Followers

Saturday 28 July 2012

KUIH BUAH MELAKA

Hari ni dah 8 Ramadhan..baru berpeluang nak update blog. Itu pun dalam 8 hari tu sebenarnya tiap2 hari masak tapi yang sempat snap gambar pun cuma 3. Huuuuhuu sedeyyyy...tak tau kenapa rasa macam tak berapa nak ingat nak snap gambar:)
Macam roti jala punya kes lah (setengah orang panggil roti kirai), roti jala sempat snap gambar tapi kari ayamnya boleh lak terlupa nak snap...camno?? Haa bab roti jala ni entry yang seterusnya ye.
Anyway bulan2 ramadhan ni lebih baik kurang2 kan cakap dan perbanyakkan ibadat..tak gitu?
Jom lah layan resipi...


KUIH BUAH MELAKA
Bahan2nya (Maaf ye akak ni main campak2 je):
Didihkan air dalam periuk lebih kurang setengah periuk. Sementara tu bolehlah sediakan bahan2 dibawah:
1/2 biji Kelapa Parut (ambil yang putih sahaja dan gaulkan dengan sedikit garam..sikit je tau)
Gula Melaka - potong kecil2 sebagai inti
Tepung pulut - titik pewarna hijau dan sedikit perasa pandan keatas tepung kemudian bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebiji doh.
Gambar bancuhan tepung..ehsan En Google

Cara Membuatnya:
Ambil sedikit bancuhan tepung tadi (lebih kurang besar sedikit dari saiz guli). Bulatkan kemudian tekan dibahagian tengah dan masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi secukupnya. Jangan banyak sangat nanti tak boleh tutup terkeluar pulak gula tu nanti.
Gentel bulat2..
Beginilah rupanya bila dah masuk inti - ehsan En Google lagiii..;)
Bila dah siap gentel masukkan kedalam air mendidih tadi. Bila kuih dah terapung diatas air maknanya kuih dah masak. Angkat dan guling2kan dalam kelapa dan susun dalam pinggan.
Kalau saya biasanya tak buat bulat siap2 macam dalam gambar en. google tu. Saya gentel terus masuk dalam air mendidih...senang.

Friday 20 July 2012

KARI UDANG PEKAT

Suka makan kari? Haaa...saya ni dah darah Penang, kari tu biasalah untuk kami sekeluarga. Apakata hari ni cuba kari udang pulak. Sangat simple dan sedap. Yang penting udang kena fresh barulah air udang tu campur dengan rempah kari...fuhhhh memang best.
Kebetulan esok dah puasa dan saya nak balik kampung untuk sambut 1st Ramadhan dengan family disana. So apa stock yang ada dalam fridge tu kenalah habiskan tambahan pulak udang ni simpan lama tak sedap. Since masak ni guna apa yang ada so kari saya kali ni tanpa daun kari erkkk sebab takde stock..hehehehe

Kari Udang Pekat
KARI UDANG PEKAT
Bahan2nya:
12 ekor Udang (size ikut suka..saya guna xxl je)
*1 inci Halia
* 2 ulas Bawang Putih
* 1 biji Bawang Besar Merah
Bahan bertanda * dikisar halus
1 peket Serbuk Kari Ikan Baba's - dibancuh dengan sedikit air
1/2 biji Bawang Merah Besar - dihiris halus
4 sudu besar Minyak Masak
1 cawan Air
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga kekuningan & naik bau. Kalau ada daun kari masukkan. Masukkan serbuka kari dan masak sehingga pecah minyak (masukkan air jika perlu). Bila rempah dah pecah minyak masukkan sedikit air dan udang. Masak sehingga udang cukup masak. Jika perlukan lebih kuah boleh tambah air. Akhir sekali masukkan bawang hiris dan garam secukupnya. Bila bawang dah layu tutup api dan bolehlah bersantap..

Tuesday 17 July 2012

RPT & AS & KIM

Hari ni saya rasa nak straight to the point je.. mood dah takde nak update sebab mood ni dah sampai ke kampung.. Yeayyy Yeayyy nak balik kampung berpuasa pertama disana nanti insyaallahhh....
Haaaa apa lah tajuk ni kan...macam kod rahsia je. Sebenarnya malas nak tulis nama resipi tu panjang2..k lah jom tgk resipinya.

Roti Paratha Telur

ROTI PARATHA TELUR (RPT)
Bahan2nya:
1 peket Roti Paratha Jenama Kawan
5 biji Telur
Butter
Gula / Garam
Inilah rupanya Roti Paratha Brand Kawan
Cara Membuatnya:
Panaskan pan dengan sedikit butter. Masukkan roti paratha. Bila sebelah mulai masak, alihkan dan tekan2 sedikit supaya rotinya mengelembung. Dah garing keluarkan.
Pukul sebiji telur dengan gula atau garam ikut kesukaan anda. Masukkan sedikit butter kedalam pan tadi kemudian masukkan telur (macam kita buat telur dadar tu).
Bila telur 50% masak letakkan roti yang telah masak tadi keatas telur. Biar seketika kemudian alihkan. Bila telur dah masak angkat dan hidangkan.
Kalau nak makan roti tanpa telur pun ok. Bila roti dah masak keluarkan dari pan dan tepuk2kan roti tu. Makan lah dengan kari atau sardin..punnn sodappp.

* Ramai blogger masakan yang buat macam ni. Ada yang letak bawang bagai. Tapi sebab dah lama tengok tapi jarang buat so tak ingat siapa blogger tu. Sebab biasanya kalau resipi simple ni saya simpan dalam kepala je bila buka blog2 masakan tak salin. Tu yang tak ingat dari siapa tu..apapun halal yer..

Ayam Sambal
AYAM SAMBAL (AS)
Bahan2nya:
5 ketul Ayam dipotong kecil - gaul garam kunyit dan goreng separuh masak
2 ulas Bawang Putih - dicincang
1 biji Bawang Besar Merah - Dihiris nipis
5 sudu besar Cili Boh
1 sudu besar Sos Cili
1/2 sudu kecil Pes Asam Jawa
2 sudu besar Gula
Sedikit Serbuk Secukup Rasa Maggi
1/2 senduk minyak - guna lebihan minyak goreng ayam tadi
1 cawan Air

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan diikuti dengan bawang merah. Bila bawang dah layu masukkan cili boh, cili sos dan masak sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air dan pes asam jawa. Bila mendidih masukkan ayam dan gula.
Bila ayam masak masukkan serbuk secukup rasa secukupnya.

*Ingat ayam tadi dah digoreng dulu dengan garam dan kunyit. Dan kita juga menggunakan minyak ayam tadi so kenalah rasa dulu sebelum menambah perasanya.

Kailan Ikan Masin
KAILAN IKAN MASIN (KIM)
Bahan2nya:
2 bundle Sayur Kailan - asingkan batang dan daunnya 
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1/2 biji Bawang Besar Merah - dihiris nipis
1/2 ketul Isi Ikan Tenggiri Masin - separuh dari yang dah siap dipotong dalam botol tu
2 sudu besar Sos Tiram
Sedikit Serbuk Lada Putih
Serbuk Secukup Rasa Maggi secukupnya
4 sudu minyak masak
Sedikit air

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng ikan masin tadi sehingga masak. Asingkan.
Guna minyak yang sama tumis bawang putih dan diikuti dengan bawang merah.
Masukkan ikan masin(buang tulang dan pecah2 kan sedikit).
Masukkan sedikit air dan batang kailan.
Masak sehingga batang kailan empuk. Masukkan sos tiram dan serbuk lada. Rasa dulu sebelum masukkan serbuk secukup rasa (sebab ikan, minyak dan sos tiram dah masin).
Masukkan daun kailan dan kacau seketika sehingga daun layu sedikit. Angkat dan hidangkan.

Contoh Ikan Tenggiri Masin dalam botol

Ikan Tenggiri Masin dalam pack

Monday 9 July 2012

KACANG BENDI GORENG CILI

KACANG BENDI GORENG CILI
Bahan2nya:
15 batang Kacang Bendi - cuci, toskan dan hiris serong
*4 biji Cili Merah
*1 biji Bawang Besar Merah
*4 biji Cili Padi
* 1 1/2 sudu besar Udang Kering - direndam seketika dan dibuang airnya
Bahan bertanda * dikisar
1/2 senduk minyak untuk menumis
Garam secukupnya
1 keping Asam Keping

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga garing.
Masukkan garam dan asam keping. Kacau seketika.
Masukkan kacang bendi dan kacau sehingga masak.

*Bendi sebaiknya keringkan air sebelum dipotong ini bagi mengelakkan bendi tersebut berlendir.
*Tugas asam keping @ asam gelugor adalah untuk menghilangkan lendir bendi.
* Bila goreng cili memang memerlukan minyak yang banyak barulah cili garing dan sedap.

Saturday 7 July 2012

NASI TOMATO & KAUM KERABATNYA

Lepas buat Blended Orange Cake petang semalam terus saya terfikir nak masak nasi tomato untuk dinner...hahahaha sounds crazy rite? Tapi inilah hasilnya:


NASI TOMATO
Bahan2nya:
3 cawan beras Berasmathi - rendam selama 20minit dan toskan
*2 ulas Bawang Putih
*1 biji Bawang Merah Besar
*1 inci Halia
(*dikisar halus)
1 cawan Susu Cair Ideal
2 cawan Air
2 senduk Tomato Sos
1 Kiub Pati Ayam Maggi
2 sudu besar Minyak Sapi
2 sudu besar Minyak Masak - saya guna minyak lebihan saya goreng ayam
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih & Buah Pelaga (4sekawan)
Daun Pandan disimpul

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak didalam periuk. Masukkan herba 4 sekawan kemudian masukkan bahan yang dikisar halus tadi. Bila semua dah naik bau masukkan sos tomato dan air. Bila air mendidih masukkan kiub ayam, daun pandan & susu cair.
2. Dibahagian yang lain - Masukkan beras kedalam rice cooker kemudian tuangkan kuah tomato tadi kedalam beras dan masak seperti biasa.
3. Selalunya jika kita masak dengan rice cooker ni, api rice cooker cepat bertukar ke "keep warm" walaupun air masih belum kering. Apa saya buat biasanya saya tekan semula dengan meletakkan sesuatu seperti lidi di tempat tekan rice cooker tu dan selepas lebih kurang 10minit saya akan cabut dan biarkan nasi berada didalam keadaan "keep warm" dalam 15 minit. Kacau(garis2kan) sedikit dengan garpu.
*Eloknya masa makan taburlah sikit daun sup/daun bawang & bawang goreng.

Nasi Tomato

AYAM MASAK MERAH
Bahan2nya:
6 ketul Ayam - digaul dengan garam kunyit dan digoreng separuh masak
*2 ulas Bawang Putih
*1 biji Bawang Merah Besar
*1 inci Halia
(*dikisar halus)
3 susu besar Cili Boh
3 sudu besar Sos Cili
2 batang Serai - dititik
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih & Buah Pelaga (4sekawan) 
Garam & Gula secukup rasa
4 sudu besar Minyak Masak
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan dan serai.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing.
3.Masukkan cili boh & sos. Masak seketika sehingga cili mulai garing. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda mahukan dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Bila ayam masak masukkan garam & gula secukupnya.
* Selain ayam masak merah, nasi tomato juga sesuai dimakan bersama dengan kurma, kari dan juga rendang.

Ayam Masak Merah
Selalunya orang akan makan nasi tomato dengan jelatah atau acar tapi kali ni saya nak tukar sikit. Saya buat kerabu tapi kerabu saya simple dan masam serta pedas. Ini adalah untuk membuang rasa muak bila kita makan terlalu banyak bahan berlemak. Saya buat Kerabu Terung & Kerabu Tomato.


Kerabu Terung

Kerabu Tomato

KERABU TOMATO
Bahan2nya:
2 biji Buah Tomato - dihiris
1/2 biji Bawang Besar - dihiris nipis
5 biji Cili Padi - dihiris
1 sudu besar Sos Cili
Garam secukupnya
Sebiji Limau Nipis - ambil jusnya sahaja

Cara Membuatnya:
Gaulkan kesemua bahan...e2 sahaja.

Friday 6 July 2012

BLENDED ORANGE CAKE


BLENDED ORANGE CAKE

Bahan2nya:
1 biji buah Orange
1 cawan minyak masak - (saya guna sunflower oil)
*2 cawan Tepung Gandum 
*1 sudu teh Baiking Powder
Campurkan bahan bertanda * dan ayak - saya guna tepung naik sendiri
3 biji Telur
2 cawan Gula Halus
1 sudu teh Esen Oren - saya tambah
Beberapa titik Pewarna Kuning - saya tambah

Cara Membuatnya:
1. Belah buah orange, buang biji da pulur putih tengah. Potong kecil2 bersama kulit2nya sekali. Blend bersama minyak, gula, telur, pewarna & esen.

2. Tuang ke dalam mangkuk damasukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
3. Masukkan kedalam loyang yang telah digris dan dialas derngan kertas.Bakar pada suhu 140C selama 1jam atau sehingga kek masak.
Saya kukus selama lebih kurang 45minit.
Gebussss...

Wednesday 4 July 2012

KEK PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR

Haa..sapa nak sambung pantun tu? cepat2 siapa betul hadiahnya kek pisang yang telah dibawa belayar...hahahaha
Hari tu ada balance lagi pisang emas yg dah ranum gitu. Cari2 resipi sekali nampak ada resipi kek pisang di myresepi. Simple dan bila tengok orang yang komen bukan main lagi syioknyerrr apa lagi saya pun mulalah projek..tapi saya telah pun menjadi jebat si penderhaka dengan mengubah sikit bahan2nya..ampunn!!

 
KEK PISANG KUKUS YANG MUDAH
Resipi Asal : amydanish@myresipi.com
Diolah Oleh : Grand Dish Cafe
Bahan2nya:
1 cawan Pisang - dilecek halus (Saya guna hampir 2 cawan)
* 2 cawan Tepung Gandum
*1 st baiking powder
*1 st soda bikarbonat
4 bj telur gred A (Saya guna gred C 5 biji)
3/4 cwn minyak masak (Saya guna sunflower oil)
1 st esen banana
3/4 cwn gula

Cara-cara
Ayak tepung gandum, soda dan baking ketepikan (Saya guna tepung kek so tak perlu soda & baiking lagi).

Dalam bekas lain,putar telur dgn mixer hingga kembang (pakai tangan pun boleh).
Kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. Putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar lagi. Akhir sekali tambahkan esen pisang

Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.
Kek semasa dikukus..gebuss gitu

Inilah rupanya bila dah dipotong..

MAKAN KATAKKK???

Pernah makan katak tak..haa apa kata hari ni cuba masak katak pulak..Jom tengok!!
Comeyy lakkk katak nii erkkkk....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaa......
Peria Katak Goreng Cili Bersama Ikan Bilis
Hahahaha...jangan terkejut. Saya cuma makan peria katak BUKAN katak...
PERIA KATAK GORENG CILI BERSAMA IKAN BILIS

Bahan2nya:
3 biji Peria Katak - belah 2 buang biji dan potong nipis2. Celur air panas dan toskan.
*6 biji Cili Merah
*1 biji Bawang Besar Merah
Mesin bahan bertanda * jangan terlalu halus dan jangan terlalu kasar
Segenggam Ikan Bilis - digoreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
 
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Saya guna minyak goreng ikan bilis tadi. Masukkan bahan yang telah dimesin dan goreng sehingga garing. Masukkan garam dan rasa. Jika cukup perasanya masukkan peria dan kacau seketika. Kemudian masukkan ikan bilis gaul rata dan terus angkat.
 
 
*Petua kalau nak cili garing cepat, masukkan garam masak masak cili. Tapi jangan banyak sebab minyak ikan bilis dan ikan bilis itu sendiri dah masin.
*Kalau nak tahu samada cili dan masak atau belum, lihat warna cili akan bertukar kegelapan sikit dari warna asal. Itu maknanya cili mulai masak. Kacau selalu supaya cili garing dan tidak hangit.
* Jangan masukkan ikan bilis terlalu awal atau goreng bersama cili terlalu lama sebab nanti ikan bilis akan lembik.
Dan saya makan dengan sayur juga...ok kan..sihat kan...;)
 
 
Petola Tumis Air
PETOLA TUMIS AIR
Bahan2nya:
3 ulas Bawang Putih - dihiris nipis
1 sudu kecil Minyak Masak
1 biji Petola - dibuang kulit dan dipotong bulat
Air secukupnya
Sedikit Serbuk Lada Sulah
Serbuk Maggi Secukup Rasa

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak tumis bawang putih. Bila bawang dah kekuningan masukkan air,lada sulah dan serbuk maggi secukup rasa. Ikut suka lah jika nak kuah banyak letak banyaklah. Bila air dah mendidih masukkan petola dan masak sehingga lembut. Rasa dan bila perasanya menepati citarasa anda..angkat dan hidangkan.

Monday 2 July 2012

SAMBAL TEMPE

Tempe ni dulunya merupakan makanan orang Indonesia dan Jawa. Walaubagaimanapun Tempe kini menjadi makanan kepada semua bangsa tidak mengira apa agama dan keturunan mereka. Mungkin kerana orang sekarang lebih mementingkan khasiat yang terkandung didalam sesuatu makanan itu maka tidak hairanlah masyarakat Cina makan Kerabu, India makan Dim Sum dan Melayu makan Rasem & Hailam Mee.
Hari ni setelah 2 hari saya Tempe tu memerap dalam fridge akhirnya saya buat juga. Tapi Tempe yang saya beli kali ni kurang baik sebab bila potong je hancur. Takpe lah takkan nak buang kan... so inilah rupanya..


SAMBAL TEMPE
Bahan2nya:
1 ketul Tempe - saya guna yang dalam daun pisang yang bentuk 3 segi. Dipotong nipis dan digoreng garing
1 biji Bawang Besar - dihiris nipis dan digoreng garing
4 ulas Bawang Putih - dihiris nipis dan digoreng garing
Segenggam Ikan Bilis - digoreng garing
Segenggam Kacang Tanah - digoreng
3 sudu besar Cili Boh
1 sudu kecil cuka
Garam & Gula secukupnya
2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak.(Saya guna minyak bekas saya goreng bahan2 tadi). Masukkan cili dan masak sehingga garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan cuka. Pastikan cili betul2 pekat barulah masukkan bahan yang telah digoreng, tempe, ikan bilis dan kacang dulu. Gaul rata. Akhir sekali baru masukkan bawang besar dan bawang putih kacau sekejap dan terus angkat. Bila sejuk boleh lah masukkan kedalam bekas kedap udara.



JJCM @ SAHARA OASIS JALAN AMPANG

Sabtu lepas kawan kami dari Norway, Rune & Cat datang ke KL. Lebih kurang setelah hampir 11bulan mereka meninggalkan KL kini mereka kembali bercuti dan pastinya peluang ini menggembirakan kedua2 belah pihak. So untuk meluangkan masa dengan mereka yang hanya bercuti di KL selama 3 hari, kami telah bawa mereka dinner di Sahara Oasis Restaurant di Jalan Ampang. Restoran ni baru dibuka dan merupakan company yang sama dengan Sahara Tent di Bukit Bintang.

Apa yang menarik disini suasananya amat berbeza. Tatarias dan persekitarannya amat selesa. Kami mengenali pemilik restoran tersebut, Pavlo kerana beliau merupakan teman baik kepada "bapak kami", Naji. Beliau seorang yang baik, peramah dan pandai mengambil hati pelanggan.
Pavlo (kiri) & Naji
Tatarias yang berkonsep ala2 oasis itu mempunyai 3 bahagian dimana anda boleh memilih untuk menikmati hidangan dalam suasana taman iaitu di sebelah kiri sebaik sahaja anda melangkah masuk ke restoran tersebut.

Garden Area

Dengan hiasan pokok palm dan bangku kayu serta hiasan lampu2 menimbulkan suasana romantik 
Di sebelah kanan pintu masuk ada disediakan Mini market yang menjual barang2 dari Iran.
Anda juga boleh memilih untuk makan dibahagian tengah restoran "open area" samada yang berbumbung atau tidak berbumbung. Sepanjang dinding restoran dikelilingi oleh pancutan air yang amat mendamaikan suasana. Hiasan lampu2 dan kerusi dengan hiasan dari timur tengah disertakan dengan lagu2 Arab membuatkan kami semua begitu tertarik untuk memilih ruang tersebut.

Pancutan air yang diletakkan disekeliling dinding restoran. Ini kawasan yang tidak berbumbung.

Bahagian penyediaan air

Shisha..pilih jer.
Di tengah2 restoran diletakkan perhisan kuda.. Cat & kudanya..
Kami memilih untuk duduk dikawasan yang berbumbung 
Jika anda rasa tidak selesa untuk duduk dikawasan yang terbuka, anda boleh memilih untuk duduk di kawasan yang berhawa dingin. Bilik yang berhawa dingin ini dihiasi dengan langsir yang pelbagai warna.

Sebelah kiri bilik berhawa dingin
Sebelah kanan bilik berhawa dingin. Masih mengekalkan pancutan air di dinding.
Restoran ini menyediakan makanan dari Timur Tengah. Pelbagai jenis nasi seperti Beriyani, Mandi dan beberapa jenis lagi. Saya memang admire dengan nasi mereka ni kerana berasnya panjang2...tak percaya? Tengok ni...

Nasi Mandi
Inilah menu2 yang telah dipilih oleh kami. Sebagai starter kami telah memilih untuk makan roti bersama Humus iatu pes kacang kuda bersama campuran minyak zaitun. Sesuatu yang anda mesti cuba jika ke restoran timur tengah ini.
Roti & Humus
Sebagai main course kami telah memilih...

Mandi Chicken untuk saya & Harith
Sebenarnya dari pengalaman kami makan di Sahara Tent dulu, Nasi untuk Mandi Chicken disana amat sikit. Jadi kali ini kami memesan sepinggan seorang. Tapi bila saja hidangan sampai depan mata..terbeliak mata kami. Akhirnya apa lagi terpaksa tapau.
Nasi mereka ni dimasak didalam lubang khas yang dinyalakan arang didalamnya. Beras dimasukkan kedalam periuk bersama ayam dan bahan2 lain kemudian periuk tersebut dimasukkan kedalam lubang yang disediakan. Kemudian dimasak selama 3-4jam. Itu yang sedap sebab air ayam telah masuk kedalam nasi. Terus terang saya katakan saya lebih suka makan nasinya sahaja sebab semua rasa ada disitu.

Inilah rupanya lubang untuk memasak nasi. Boleh lihat kesan arang dibawahnya.

Terdapat 2 lubang disitu bagi menampung keperluan jika banyak tempahan.
Jika anda tak mahu makan nasi, anda boleh pilih makanan seperti ini..

Shish Taouk untuk Cat - Isi ayam yang di grill bersama salad bawang, sos dan roti

Mixed Grill untuk Rune. Tanpa ayam sebab dia alergik ayam

Mixed Grill untuk Naji
Dan untuk pemanis mulut (dessert), Pavlo bawakan pada kami Baklawa iaitu sejenis kuih/manisan yang berasal dari Lubnan. Kekacang yang hancurkan dengan gula dan diapit dengan pastri. Saya pernah makan Baklawa ni tapi dulu rasanya sangat manis. Yang ni "just nice" dan paling best ianya hasil kerja tangan pemiliknya sendiri, Pavlo.
Baklawa
Masing2 mulut penuh dengan Baklawa
Tea Cup...cantikkk. Kesian Pavlo..nak tau cerita? Baca sampai habis.
Bila masing2 merungut kekenyangan, Pavlo bawakan kami teh arab bagi melawaskan perut2 kami. Tapi yang menjadi perhatian kami ialah cawannya..comel!!
Apapun nasihat saya jika anda bukan "pemakan" (kuat makan) lebih baik order sejenis dan kongsikan kerana setiap satu hidangan saiznya sama besar dan sesuai dengan saiz pak arab...Apa pun 2 - 2 tangan naik thums up untuk Pavlo & Sahara Oasis atas hidangannya yang memang BEST!!!
Harith & Naji

Me & Cat

Harith & Rune
Ini pula buah tangan dari Rune & Cat..
For chocolate lovers..its me!!
Dan kami cari satu KL untuk bagi cawan teh macam kat Sahara Oasis tu sebagai souvenir kat diaorang tapi tak dapat. Kesudahannya kami "cilok" dari Pavlo 6pcs...hehehehe. Nanti kalau dah jumpa kami bagi balik ye Pavlo..jangan marahh!!

Rate: 5/5
Sahara Oasis
243b,Lorong Nibong off Jalan Ampang,
Ampang, Kuala Lumpur.
Opening Hours: 11am - 4am (Mon-Sun)
Dibelakang Victoria Station.