Followers

Wednesday 30 January 2013

TASTY BUTTER CRAB


Lately tengah cuba untuk tidak makan nasi waktu malam. Semalam meratah ayam. Lauk apa agaknya yang boleh membuat kita leka dan terlupa untuk makan nasi bila kita makan lauk tu.

Dengan apa yang ada saja dan suka yang simple dan cepat tetapi sedap maka terhasillah lauk ni...Haaaa amik ko..ratahlah...

Nak tau sedap ke tidak cubalah...


TASTY BUTTER CRAB

Bahan2nya:
2 ekor Ketam Bunga - dibersihkan dan dipotong 2
Ketam digaul dengan garam, serbuk lada hitam dan kunyit serta 2 sudu besar tepung jagung. Panaskan minyak untuk deep fried. Goreng ketam seketika dalam 2-3minit. Angkat dan asingkan.

Bekas perap ketam tadi jangan basuh dulu. Boleh masukkan air kedalamnya untuk sos nanti.

Bahan Sos:
1 sudu besar Minyak Masak - akak guna balik minyak goreng ketam tadi
1 sudu besar Mentega
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
3 biji Cili Padi - dihiris halus
Beberapa helai Daun Kari
3 sudu besar Susu Cair
1/2 cawan Air - akak masukkan air kedalam bekas ketam tadi.
Serbuk Maggi Secukup Rasa secukupnya
1/2 sudu kecil Gula


Cara2nya:
Panaskan minyak dan mentega. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau. Masukkan cilipadi dan daun kari. Kacau seketika. Masukkan air dan susu. Bila air hampir mendidih masukkan ketam dan masak dalam 1-2minit. Perasakan dengan serbuk secukup rasa dan gula. Angkat dan hidangkan panas2.

#Kuah boleh ditambah dengan memasukkan air sedikit.
#Kuah pekat disebabkan bekas tepung jagung yang digunakan.

Thursday 24 January 2013

TEMPAHAN ROTI JALA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1434/2013

Salam Maulidur Rasul buat semua..semoga kehebatan, kepintaran, kebijaksanaan dan segala sikap2 terpuji Rasulullah menjadi contoh untuk kita dan untuk mendidik anak2 kita dimasa akan datang..amin..

Bila ada hari2 sebegini pasti ada yang buat jamuan bagai kan..so akak dapat order Roti Jala ni tempahan dari Shima, Security Office, Viva Mall...mulanya dia nak 11am, katanya ada jamuan sempena Maulidur Rasul dan dia nak sehari sebelum jamuan. Nak simpan dirumah dulu katanya dan esoknya nak bawa ke jamuan. Akak tak galakkan macam tu sebab nanti tak fresh lagi. Akak bagitau dia Viva Mall tu dekat je dengan rumah akak. 4 minit (kalau tak jem lahh) boleh sampai. Alhamdulillah dia setuju...

Tapi sehari sebelum dia tukar ke 8.30am. Akak ok jerr.. so pagi tadi bangun 4.45am terus buat..sekejap je siap. Dalam 8.15am dia dah received... packing dia minta asing2kan sebab sebahagian tu dia nak bawa balik. Shima ambil roti sahaja kari mungkin dia buat sendiri...

Thanks Shima..





Akak buat pattern ni..untuk order cepat sikit.





Saturday 19 January 2013

FRUIT TART


Salam..sekarang ni mood untuk belajar terus terusan membara dijiwaku..cewahhhh. Semalam untuk kali ke2 akak buat Fruit tart. Yang pertama masa birthday anak buah hujung tahun 2012 akak dah try..sambutan ok.

Semalam try lagi sekali kali ni meriah sikit..alhamdulillah juga sambutannya ok. Tapi as usual akak masih belum berpuas hati. Masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Sebaik saja akak pasti dengan resepinya akak akan share ok...sementara ni kita layan gambar duluuuuu...

1st time cuba...


haaa...ni 2nd time cuba...hehehehe..nampak tak perubahannya..haaa..jangan putus asa. cuba lagiii..




TEMPAHAN ROTI JALA

Hari ni dah siapkan tempahan 400 gulung Roti Jala dan 2 ekor Kari Ayam Berkentang. Alhamdulillah siap pada masanya. Pelanggan minta dihantar ke sekolah tempat dia mengajar di Batu Caves.


Tempahan dari Cikgu Kartina Khalid..tq sis




Tempahan dah siap untuk dihantar

MENU KATERING

MENU KATERING

 Kami juga menyediakan katering untuk majlis kecil-kecilan seperti majlis harijadi, bertunang, jamuan keluarga, mesyuarat, jamuan pejabat dan sebagainya. Menu dan harga boleh dirunding.
Insyaallah rasanya pasti tidak mengecewakan anda…
 


NASI

Nasi Putih
Nasi Minyak
Nasi Tomato
Nasi Hujan Panas

LAUK PAUK

AYAM

Masak Merah
Masak Kicap
Masak Lemak Cili Padi dengan Kentang
Masak Kari dengan Kentang
Masak Rendang
Masak Kurma dengan Kentang
Masak Halia

Goreng Cili
Goreng Kunyit
Goreng Biasa
Goreng Berempah
Goreng Pandan

DAGING

Masak Hitam Berempah
Masak Kari dengan Kentang
Masak Rendang
Masak Lemak Cili Padi
Masak Asam Pedas
Masak Kurma dengan Kentang
Masak Halia
Goreng Cili
Goreng Kunyit
Rebus


IKAN

Kari Ikan Masin dengan Nenas
Masak Merah
Masak Kari dengan Bendi
Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin dengan Nenas
Masak Asam Pedas
Masak Sweet Sour 
Masak Taucu
Goreng 
Bakar

UDANG


Masak Lemak Cili Padi dengan Timun
Masak Kari Pekat
Goreng Kunyit
Sambal Tumis dengan Petai

SOTONG

Goreng Kunyit
Sambal Tumis

TELUR

Masak Kicap
Masak Cili Padi
Masak Kari
Masak Kurma
Sambal Tumis
Telur Masin

SAYUR 

Bendi Asam Rebus Belacan
Campur
Dalca
Kacang Goreng Kicap dengan Hati dan Pedal Ayam
Kacang Panjang Goreng dengan Tempe
Kobis Goreng
Masak Lemak Cili Padi Labu
Masak Lemak Cili Padi Nangka
Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku
Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi
Masak Lemak Putih Kobis/Pucuk Manis
Terung Goreng Taucu & Udang Kering

KERABU

Kerabu Pucuk Ubi & Udang
Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh & Kerang
Kerabu Tomato
Kerabu Sardin
Kerabu Mangga
Kerabu Terung
Kerabu Kacang Botol
Kerabu Kacang Panjang
Kerabu Suhun


ULAM ULAMAN (Mengikut Yang Ada di Pasaran)

Bendi
Jantung Pisang
Kacang Botol
Pucuk Ubi
Timun
Kacang Panjang
Pucuk Gajus
Daun Selum

ACAR

Jelatah (Timun & Nenas)
Acar Rampai (Timun, Lobak Merah, Bawang)

PENCICAH

Sambal Belacan
Air Asam
Sambal Tomato
Ikan Masin

MINUMAN


Sirap
Orange Sunquick

PENCUCI MULUT


Agar-agar
Buah-buahan


Peralatan seperti bekas tray, flask nasi, pinggan polysterene, sudu plastik dan tisu disediakan. (Jika terdapat sebarang masalah pada barangan yang dipinjamkan pihak pelanggan harus bertanggungjawab sepenuhnya)

Tiada pramusaji disediakan.

Tempahan: Hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum majlis.
Penghantaran: Termasuk dalam kos pakej.
Cara Pembayaran: Deposit 50% diperlukan sebaik pengesahan pesanan dibuat. Jika pelanggan membatalkan pesanan setelah pengesahan, deposit akan dikira hangus. Baki bayaran adalah BWT atau COD.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila hibungi Hasnie di talian 017-3287554.

MENU MAKANAN BUNGKUS

MENU MAKANAN BUNGKUS


1.      Nasi Minyak / Nasi Tomato / Nasi Hujan Panas
Ayam Masak Merah + Jelatah (Acar Timun & Nenas) – RM4.80

2.     Nasi Minyak / Nasi Tomato / Nasi Hujan Panas
Daging Masak Kicap Berempah + Jelatah (Acar Timun & Nenas) – RM5.00

3.     Nasi Minyak / Nasi Tomato / Nasi Hujan Panas
Ayam Rendang + Jelatah (Acar Timun & Nenas) – RM4.80

4.     Nasi Putih
Ayam Masak Lemak Cili Padi / Kari + Sambal Belacan + Sayur / Ulam (Ikut yang ada di pasaran) – RM4.80

5.     Nasi Putih
Kari Ikan Tongkol + Sambal Belacan + Sayur / Ulam (Ikut yang ada di pasaran) – RM4.80

Untuk nasi minimum 50 pek bagi setiap set. Menu boleh dirunding mengikut selera pelanggan dengan harga yang berpatutan.

6.     Bihun / Mee / Koe Teow Goreng – RM3.80 / pek. (Minimum order 50 pek)

7.      Roti Jala 
100 gulung – RM25.00. Minimum order 100 gulung.
100 gulung roti jala 2 warna - RM28.00.
Kari Ayam Berkentang (1 ekor) – RM38.oo 
Jika mahukan individual pek, caj akan dikenakan mengikut harga bekas.

Untuk makanan lain boleh dirunding.

  
Packaging: Polysterene + Sudu
Untuk clear box-food container tambahan harga mengikut harga pasaran.

Penghantaran: Percuma sekitar KL sahaja atau RM10 – 15 mengikut tempat.
            Cara Pembayaran: Akan diberitahu ketika pesanan dibuat.


KATERING SERVIS

KATERING BERPATUTAN TAPI PASTI SEDAP UNTUK MAJLIS KECIL - KECILAN ANDA....

Sekali rasa pasti nak lagi..




Berminat sila hubungi / sms :
Hasnie Sidek di talian 017 - 328 7554
Selewat-lewatnya 5 hari sebelum untuk katering lauk pauk & 3 hari sebelum tempahan kuih muih atau kuantiti yang sedikit.



NASI LEMAK KUKUS SAMBAL AYAM

Menu sarapan hujung minggu...



NASI LEMAK KUKUS SAMBAL AYAM

Bahan Nasi Lemak:
2 cawan Berasmathi - dibasuh dan direndam 20minit dan toskan
1 1/2 cawan Santan Pekat
1 1/2 cawan Air - dicampur dengan 1/4 sudu kecil garam
Daun Pandan
1 inci Halia - dihiris halus (boleh juga dititik atau dihiris sekeping - sekeping)

Cara Membuatnya:
Panaskan kukusan. Campurkan semua bahan dan kacau rata. Kukus selama 30minit atau sehingga masak.

* Akak kacau setiap 10 minit untuk pastikan beras dibahagian bawah tak mampat dan terlalu kembang. Akak kacau menggunakan chopstick supaya beras tidak hancur terutama sekali bahagian tepi dan bawah.

*  Sebelum angkat kacau dengan senduk tapi perlahan2. Pastikan santan benar2 kering dan nasi betul2 masak. Angkat sebaik nasi masak bagi mengelakkan nasi hancur.

* Sesetengah resepi angkat dan tos rendam air sejuk dan kukus dan tos lagi..tapi akak tak buat macam tu. Akak buat sekali lalu je..alhamdulillah sedap.
 

SAMBAL AYAM

Bahan2nya:
8 ketul Ayam - potong kecil, digaul garam kunyit dan digoreng.
3 sudu besar Cili Boh - akak pakai cili mesin sendiri
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 inci Halia - dihiris halus
1 biji Bawang Merah Besar - dipotong kasar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula
Sedikit air

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga layu dan naik bau. Masukkan cili dan masak sehingga garing dna pecah minyak. Masukkan sedikit air. Masukkan ayam dan masak sehingga pekat. Masukkan bahan perasa secukupnya..Angkat dan hidangkan.

Nasi lemak ni sedap dimakan bersama kacang dan ikan bilis goreng serta timun..tapi stok timun takde so akak tak letak lah..



 

Friday 4 January 2013

UDANG GULUNG RANGUP

Resepi ni terhasil bila selalunya kalau buat popiah bila intinya dah habis tapi kulit popiah masih ada lagi. Bila dah buka dari plastik selalunya kulit tu tak boleh tahan lama. Apa lagi mulalah mencipta..jom layan


Asalnya breakfast akak buat popiah goreng biasa2 je laa pastu ada balance kulitnya. Udang pulak ada stok dalam fridge. Maka jadilah resepi seperti diatas...

Simple je. Potong kulit memanjang dan lebarnya lebih kurang 5mm - 10mm. 

Sementara tu udang buang kepala dan kulit tapi tinggalkan sedikit ekornya. Perap udang dengan garam, lada hitam dan sedikit tepung jagung.

Ambi kulit popiah yang telah dipotong tadi dan gulung pada udang sehingga selesai.

Panaskan minyak dan goreng dengan cara deep fried. Alhamdulillah walaupun akak gulung agak tebal tapi tetap rangup...Selamat Mencuba.. 


Thursday 3 January 2013

BERAKHIRNYA 2012 SELAMAT DATANG 2013

Berakhir sudah 2012 kini kita dah pun masuk ke tahun 2013. Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di tahun baru ini.
Tiada apa yang menarik cuma penghujung 2012 akak dan adik serta 1 family kakngah balik rumah mama di Ipoh. Kebetulan pulak adik perempuan akak tu saja nak buat birthday anak2 dia yang kedua2nya jatuh pada bulan 12. Maka akak pun tumpanglah kereta diaorang..menyendeng balik ke Ipoh.
31hb Dec genaplah 18tahun arwah bapak meninggalkan kami sekeluarga. Semoga arwah sentiasa ditempatkan bersama2 orang yang beriman..amin.
Akak sempatlah snap gambar apa yang patut masa balik hari tu..jom layan.
Ni gelagat anak saudara akak yang no 11..pantang nampak camera..