Followers

Saturday 28 July 2012

KUIH BUAH MELAKA

Hari ni dah 8 Ramadhan..baru berpeluang nak update blog. Itu pun dalam 8 hari tu sebenarnya tiap2 hari masak tapi yang sempat snap gambar pun cuma 3. Huuuuhuu sedeyyyy...tak tau kenapa rasa macam tak berapa nak ingat nak snap gambar:)
Macam roti jala punya kes lah (setengah orang panggil roti kirai), roti jala sempat snap gambar tapi kari ayamnya boleh lak terlupa nak snap...camno?? Haa bab roti jala ni entry yang seterusnya ye.
Anyway bulan2 ramadhan ni lebih baik kurang2 kan cakap dan perbanyakkan ibadat..tak gitu?
Jom lah layan resipi...


KUIH BUAH MELAKA
Bahan2nya (Maaf ye akak ni main campak2 je):
Didihkan air dalam periuk lebih kurang setengah periuk. Sementara tu bolehlah sediakan bahan2 dibawah:
1/2 biji Kelapa Parut (ambil yang putih sahaja dan gaulkan dengan sedikit garam..sikit je tau)
Gula Melaka - potong kecil2 sebagai inti
Tepung pulut - titik pewarna hijau dan sedikit perasa pandan keatas tepung kemudian bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebiji doh.
Gambar bancuhan tepung..ehsan En Google

Cara Membuatnya:
Ambil sedikit bancuhan tepung tadi (lebih kurang besar sedikit dari saiz guli). Bulatkan kemudian tekan dibahagian tengah dan masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi secukupnya. Jangan banyak sangat nanti tak boleh tutup terkeluar pulak gula tu nanti.
Gentel bulat2..
Beginilah rupanya bila dah masuk inti - ehsan En Google lagiii..;)
Bila dah siap gentel masukkan kedalam air mendidih tadi. Bila kuih dah terapung diatas air maknanya kuih dah masak. Angkat dan guling2kan dalam kelapa dan susun dalam pinggan.
Kalau saya biasanya tak buat bulat siap2 macam dalam gambar en. google tu. Saya gentel terus masuk dalam air mendidih...senang.

No comments:

Post a Comment