Followers

Wednesday 26 December 2012

KEK KUKUS ASAM MANIS

Bila buka blog masakan Masam Manis terjatuh cinta lah pulak dengan resipi beliau, Kek Kukus Asam Manis tu. Apa lagi dah terjatuh cinta maka terbuatlah..hehehehe.. Akak follow 100% resepinya dan alhamdulillah menjadi dan sedap gebusss gituuu...
Kalau nak tengok resepi blog asal nya bolehlah DISINI.
 
 
KEK KUKUS ASAM MANIS
Bahan2nya:
325gm Mentega
250gm Gula Castor
300gm Tepung Naik Sendiri
6 biji Telur (Akak guna gred B)
1 sudu kecil Esen Vanilla
100gm Asam Manis - potong kecil2
 
Cara Membuatnya:
Panaskan periuk kukus. Akak balut tutup periuk dengan kain. Boleh juga balut acuan dengan foil untuk mengelakkan air wap menitik atas kek.
 
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masuk kan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan esen vanilla. Akhir sekali masukkan tepung dan asam. Bila adunan dah sebati masukkan kedalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dilapik dengan kertas.
Kukus selama 1jam atau sehingga kek masak. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan..
Inilah rupanya Asam Manis tu. Kat Tesco pun ada yang timbang punya. Size besar sikit..
 
Sumber En Google
Kebetulan nak menjengah anak buah, birthday diaorang pulak 2-2 bulan Disember. Saja lah bawa suka2.
* Abaikan kek kecik yang aada atas tu. Sebab nak bagi diaorang happy kitaorang beli kek kecik yang ada angry bird & letak atas kek asam manis tu...hehehehe..

*Akak nak ucapkan terima kasih kepada blogger2 masakan yang tidak jemu2 menyumbang dan berkongsi resepi. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua dan menambahkan lagi ilmu kalian. Semoga kalian semua tabah dan jangan berputus asa walaupun ada segelintir pihak yang tak bertanggungjawab mencuri gambar kalian dan mengaku resepi anda sebagai hak mereka.
 


Tuesday 18 December 2012

BUTTER PRAWN

Haaaaaaaa......lagi resepi yang dah lama mengidam nak buat akhirnya dapat juga buat. Alhamdulillah rasanya adoooo...yeahhh!!!!!
 
Jom laaa tengok resepinya...layannnnn!!
 
 
BUTTER PRAWN
Bahan2nya:
 
Bahan Udang:
15 ekor Udang saiz XL - gaul dengan sedikit garam dan lada hitam. Perap dalam 1-2 jam.
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Telur Putih 
Gaul dengan udang yang telah diperap tadi dan goreng dengan minyak yang banyak dan betul2 panas. Jangan terlalu lama agak udang bertukar warna angkat, tos dan ketepikan.
 
Bahan Egg Floss:
4 biji Telur Kuning - akak guna saiz kecil
Secubit Kiub Pati Ayam Knorr
Sedikit Daun Kari
Pukul sebati. Guna minyak udang tadi tapi jangan panas. Ikut petua dalam youtube ni. Boleh juga klik Butter Prawn Datin Hasnah. Memang cantik cuma masa akak buat tu minyak terpanas sikit. Tapi masih tidak mengecewakan. Cuma abaikan suara2 didalam video tu..hehehe.
Ok bila dah siap floss tos dan asingkan.

Bahan Sos:
3 sudu besar Butter
1 sudu besar minyak masak - akak guna minyak udang tu supaya rasa udang tu kekal.
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
3 biji Cili Padi - dihiris halus
Daun Kari
Kiub Pati Ayam Knorr
2-3 sudu Susu Cair - akak guna 2 sudu santan pekat sebab stok susu habis :)
Gula secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Bila kekuningan masukkan susu, gula dan kiub pati ayam secukupnya. Biarkan pekat seketika. Masukkan udang telah digoreng tadi dan kacau rata. Kemudian masukkan separuh dari egg floss tadi dan kacau sehingga betul2 sebati dan udang nampak garing.
Angkat dan toskan minyak. Sebelum hidang taburkan dengan separuh lagi egg floss...memang sedapppp.
 
 
Untuk 1st time buat memang puas hati laaahhh..lainkali nak buat floss bagi cantik2..hehehehe.

*Akak ulangkan apa yang dicakap oleh Datin dalam video tu ye. Minyak jangan panas katanya dan api kena lah sangat2 perlahan. Tuang sikit telur untuk tengok minyak tu panas atau tak. Kalau telur yang dituang tu masuk dalam minyak tak masak maknanya cukup minyak sepanas tu. Masukkan telur sebelah tangan dan sebelah tangan lagi kacau sehingga semua telur tu habis. Kemudian baru besarkan api dan kacau sedikit2 sehingga telur bertukar ke brown colour. Letakkan daun kari.
 


Sunday 16 December 2012

KARIPAP SARDIN

Dah breakfast? Selalunya masak pagi2 ni memang malaskan? Hari ni tak tau nak buat apa so fikir punya fikir akak buat je karipap sardin. Kalau nak buat karipap biasa lama pulak nak siapkan inti. Ni nak buat la ni (cakaporang utara) nak makan dan dan ni jugak. Jenuh lah dok perah otak ni macamana nak cepat...
Tiba2 terpandang microwave...hahahahha apa lagi. Jom buat inti segera...
 
 
KARIPAP SARDIN
Bahan2 Intinya:
2 biji Kentang -  dipotong dadu kecil
1 biji Bawang Besar Merah - didadu kecil
2 sudu besar Cili Boh - akak blend sendiri
1 tin kecil Sardin - akak guna Ayam Brand
Garam dan gula secukupnya
 
Cara Membuat Inti:
Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Rasa perasanya kemudian masukkan kedalam microwave. Akak guna mid high selama 8 minit. Sementara tu akak buat kulitnya.
 
Bahan Kulit:
3 cawan Tepung Gandum
3 sudu besar Minyak masak yang dipanaskan
Air garam secukupnya
 
Cara Membuat Kulit:
Tuangkan minyak keatas tepung. Ramas2 sehingga menjadi seperti serbuk roti. Letak air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jadikan bebola kecil2 sebesar duit 20sen.
 
Canai tepung. Letakkan inti  ditengah.
Tutupkan doh tadi (dari atas kebawah). Tekan tekan sikit bahagian tepi tu supaya rapat.
Kelim (lipat/gentel) bahagian tepi. Kalau tak pandai kelim boleh pakai acuan je. Akak kelim sendiri.
Goreng dengan cara deep fried. Kalau mama saya dia tak suka gelembung2 tu. Saya suka pulak kalau gelembung2 banyak. Lagi banyak lagi best hehehe. Pastikan minyak jangan terlalu panas semasa mula2 nak goreng.
 

Saturday 15 December 2012

SPAGHETTI GORENG UDANG KERING

Bila stock dalam fridge banyak dah habis jadi akak masaklah apa yang adooo... layannnn
 
 
SPAGHETTI GORENG UDANG KERING
Bahan2nya:
1/2 pek Spaghetti - direbus dan toskan
 
Bahan Tumis dan ditumbuk:
2 ulas Bawang Putih
20 ekor Udang Kering - direndam dulu
7 biji Cili Padi - boleh tambah jika nak lebih pedas
 
Kobis - kuantiti ikut suka
2 sudu besar Sos Tiram
Kicap Pekat secukupnya
Sedikit Serbuk Secukup Rasa
Minyak untuk menumis
Air jika perlu
 
Hiasan:
Isi ayam goreng
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing dan naik bau. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan bahan perasa secukupnya. Masukkan 3-4 sudu besar air jika terlalu kering. Bila semua sudah sebati masukkan spaghetti dan kobis. Kacau sehingga masak dan semuanya sebati. Angkat dan hiaskan bersama ayam goreng.
 
 
* Walaupun resepi ni nampak simple dan macam tak percaya je tapi memang sedap sebab ada rasa udang kering dan pedas. Ada rasa manis2 sikit dari sos tiram...
 
 
 

SEAFOOD CURRY NOODLE / MEE KARI SEAFOOD

Selalunya kalau nak makan mee kari mesti ke Old Town..alasannya dekat, buka sampai lewat malam (sebab selalunya lepas tutup kedai baru leh keluar makan) dan paling penting dah takde pilihan lain...walaupun rasanya sekadar bolehhh laaa..
 
So semalam terrajin sikit buatlah sendiri mee kari dan akak guna seafood sepenuhnya..jom intai resipi..
 
 
MEE KARI SEAFOOD (dalam 3-4 orang makan)
Bahan2 Blend:
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
1 biji Bawang Besar Merah
 
3 sudu besar Cili Boh (akak blend cili kering)
1 peket kecil Serbuk Kari Daging Babas - dibancuh jadikan pes
1 tangkai Daun Kari
2 batang Serai - dititik
1/2 cawan Santan Pekat
1 ekor Ketam - dipotong 4
4 ekor Udang - saiz xl
 
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
4 cawan air
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak (akak guna dalam 3/4 senduk). Tumis bahan blend sehingga naik bau. Masukkan serai dan daun kari. Kemudian masukkan rempah kari dan cili boh dan masak sehingga rempah masak dan pecah minyak.
Masukkan santan dan air. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan ketam. Ketam tu akak potong 4 dan ketuk2 sikit kulitnya supaya isi ketam keluaran bercampur dalam kuah. Beberapa minit sebelum tutup api akak baru akak masukkan udang dan bahan perasa. 
 
 
Tauhu Goreng, Fish Cake & Fish Ball secukupnya - akak guna fish cake/ball yang mixed steamboat.
Mee Kuning - celur seketika je
Taugeh - boleh celur jika suka. akak suka tak celur rangup sikit.
Daun Pudina
Bawang Goreng
 
Cara Hidangan:
Masukkan mee kedalam mangkuk. Letakkan taugeh atas mee.
Panaskan kuah kari. Masukkan tauhu, fish cake/ball kedalam kuah yang mendidih tu. sekejap saja sebab taknak terlalu kembang. Angkat dan aturkan keatas mee tadi. Letakkan udang dan ketam juga.
Tuangkan kuah secukupnya. Taburkan bawang goreng dan daun pudina.
Makan bersama sambal udang kering.
 
 
SAMBAL MEE KARI
Bahan2 Blend:
Segenggam Udang Kering - direndam
4 sudu besar Cili Boh
1 biji Bawang Besar Merah
 
1/2 sudu besar Minyak
Garam dan Gula secukupnya
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan blend. Tambah sikit air dan masak sehingga cili masak dan agak pekat. Masukkan garam dan gula secukupnya.
 
Ini mangkuk akak..yang gambar lain tu semua gambar mangkuk Harith. Siap bertambah lagi. Nak tengok gambar mangkuk ke2 Harith?...

Tu dia....siap masukkan balance ketam dalam kuah tu...hahahahahha....saya suka..saya suka..
* Untuk dapatkan kuah yang sedap pastikan seafood yang digunakan fresh.

Wednesday 12 December 2012

KUIH SERIMUKA @ 121212

Salam...wahhh cantik kan date hari ni? 12.12.12...bukan mengagungkan tarikh ni dan bukan menganggap tarikh ni keramat bagai tapi sekadar teruja melihat nombor belas terakhir sebab selepas ni dah takde dah 13.13.13 ke 14.14.14 ke...kannn.
 
Bukan apa ada segelintir yang fanatik sangat2 ni, semua orang buat salah. Tengok tv salah, tengok bola salah,tengok wayang salah,Najib makan kedai mamak daun pisang salah...yang dia semua betul. Sampaikan bila kita kata hari ni 12.12.12 pun salah. Dah macam kesalahan kita ni macm menyembah berhala pulak...adoiiii.Penatlah nak melayan kerenah orang macam ni...
 
Apapu misi akakkk tetap diteruskan juga. Belajar dan terus belajar membuat sesuatu yang bukan baru tapi baru bagi akakkk. Kuih tradisional seterusnya yang akak cuba ialah Kuih Serimuka. Selalu tengok orang tua2 dulu buat tak payah bertimbang bagai. Semua main agak2 je. Sejujurnya akak senang begitu. Kita dapat mengagak kepekat..kecairan..sesuatu bancuhan tu sendiri. Jadi akak pun buat kuih ni semalam dengan sukatan mengikut pandangan mata dan sentuhan akak. Tapi pada masa yang sama akak kira jugalah berapa sudu yang akak masukkan supaya anak cucu cicit nanti bila buka blog ni boleh lah mencubanya ..insyaallah.

  
KUIH SERIMUKA
Bahan2 Lapisan Atasnya:
5 sudu makan Tepung Gandum
1 1/2 sudu makan Tepung Beras
4 biji Telur
1 1/2 kotak kecil Santan M & S
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil Jintan Manis
1 biji Bawang Merah Kecil
Esen Pandan dan Pewarna Hijau secukupnya.
 
Cara Membuatnya:
Satukan semua bahan dan blend sebati.
 
*Jika kebiasaannya kuih serimuka yang kebanyakan orang buat adalah tanpa jintan dan bawang tapi mama selalu buat macam tu dan rasanya amat berbeza.
*Tambah atau kurangkan garam gula mengikut citarasa masing2.
 
Bahan Lapisan bawah:
400gm Beras Pulut - direndam sekurang2nya 5jam. Lebih lama lagi baik.
1/2 kotak kecil Santan M & S
1/2 cawan Air
1/2 sudu kecil garam
 
Cara Membuatnya:
Toskan pulut. Campurkan dengan semua bahan2 yang lain. Kukus selama 20 minit. Keluarkan dan masukan pulut kedalam acuan yang bersesuaian. Tekan sehingga betul2 mampat.
Tuangkan bancuhan lapisan atas tadi keatas pulut yang telah di mampatkan.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.

*Tudung kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya air wap tidak menitis keatas kuih semasa mengukus.

 
 

Thursday 6 December 2012

SEMAKIN LAMA...(TAK LEH CAKAP TUA)

Lama tak update rasanya. Kesihatan kurang mengizinkan sehingga kan harijadi pun sambut atas katil bertemankan selimut dan bantal. Inilah demam yang paling panas selama 37 tahun ni. Alhamdulillah 1st Dec lepas genap umur saya 37 dan kalau ikut tahun, 2013 je dah jadi 38..
Macam tak percaya je kan. dah 38 tahun saya di dunia ni dan bila difikirkan apa pencapaian yang besar saya lakukan? haaa....jawap2.
Takpelah biarlah hati ini yang tahu. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan saya. Tak lupa juga terima kasih atas hadiah yang diberikan...syukur.
 

 
Bila badan tak sihat demam, tekak sakit,mulut pahit yang terasa nak makan yang masam dan pedas. Walaupun pedastak sesuai untuk sakit tekak tapi tekak juga yang minta...abis camno...hahahhaa
 
 
RESIPI 1
ASAM REBUS LABU AIR
Bahan2nya:
1 biji Labu Air (saiz kecil) - buang kulit dan dipotong
*5 biji Cili Padi
*1 labu Bawang Besar Merah
*1 inci Belacan
*1 sudu besar Udang Kering - direndam dulu. Tos buang airnya.
3 cawan Air
2 keping Asam Keping/Gelugor
Garam secukupnya
 
Cara Membuatnya:
Tumbuk halus bahan yang bertanda *. Masukkan kedalam periuk bersama semua bahan2 yang lain kecuali labu. Bila air mendidih masukkan labu dan masak sehingga lembut. Cukupkan perasa kemudian boelh dihidangkan.
 
 
RESIPI 2
SINGGANG TENGGIRI MASIN BERSAMA BENDI
Bahan2nya:
10 biji Kacang Bendi
1 ketul Ikan Tenggiri Masin - saya guna bahagian kepala
3 cawan Air
3 ulas Bawang Putih - dihiris nipis
2 inci Halia - dihiris nipis
1 biji Bawang Merah Besar - dihiris nipis
1/2 inci Lengkuas - dipotong 2
2 keping Asam Keping
5 biji Cili Padi - diketuk sedikit
Garam Secukupnya
 
Cara Membuatnya:
Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bendi dan ikan masin. Bila sudah mendidih masukkan ikan masin dan bendi masak sehingga bendi berubah warna. Cukupkan perasanya dan siap untuk dimakan.