Followers

Saturday 28 January 2012

Order & Anak2 Buah (Sebahagiannya)

Ni order sebelum CNY dulu. Sikit je tapi saja suka2 nak snap. Ada customer order Bihun & Nasi Goreng. Kalau sebelum2 ni ada order mesti tak sempat nak snap gambar. Sebabnya bila kita yang masak, kita yg nak siapkan segalanya...at the end mesti kelam kabut. Macam ni pun gambar Nasi Goreng tak sempat snap..dah di balut...apa pun x nampak.:(


CNY hari tu GDC (Grand Dish Cafe) tutup 3 hari. Apa lagi inilah peluang nak balik Ipoh. Taknak balik Sabtu sebab jalan jem teruk. Balik Ahad kot2 ok sikit (kononnya)..hampehhh dekat Rawang je dah sangkut. Apa lagi, Harith pun decided exit kat Bukit Beruntung. Pergi jengah anak2 buah & maknya sekali. Sempatlah snap gambar diaorang dengan Harith.



Kesian Qalish.....sampai "terpeleot" kepala dibuatnya..........

Laju...laju...."aku nak kahwin dengan anak raja".. kalau perasan dalam video ni Harith ada marah Qaleesya sebab bila Qaleesya cakap buai bunyinya macam "boy"....hahahahaha...tak larat nak gelak.

Thursday 19 January 2012

Udang Goreng Kunyit Ala Grand Dish

Hari ni setelah beberapa hari tak makan nasi, saya dengan langkah yang agak malas akhirnya memasak Udang Goreng Kunyit ni. Boring sangat2 bila tiba masa untuk makan. Dah tak tahu nak makan apa. Kadang2 rasa tak nak makan makanan sendiri. Nak makan masakan orang lain. Nak beli nanti rasa tak sesuai dengan selera tekak. Susah betul. Dulu masa sebelum buka cafe ni, suka sangat makan western food. Tapi bila dah masak sendiri, dah buka cafe sendiri rasa mual pun ada nak makan western food lagi.
Kadang2 rasa marah juga dengan diri ni, "kenapalah kau tak nak bersyukur wahai diri. Ada orang diluar sana tu susah nak dapat makan. Tapi kau yang penuh makanan depan mata ni pulak, memilih sangat." Itulah lumrah manusia. Ya Allah semoga KAU jadikan aku orang yang sentiasa bersyukur...amin.
Oklah so apa lagi...moh lerrr kita cuba resipi ni..... :))



UDANG GORENG KUNYIT ALA GRAND DISH
Bahan2nya:
15-20 ekor Udang - Buang hujung kepala, kaki dan ekor je. Rasa manis air dari kepala udang tu yang sodapp.
*1 sudu besar Serbuk Kunyit
*1 sudu kecil Lada Putih
*1 sudu besar Serbuk Pati Ayam Knorr
*Garam secukup rasa.
Semua bahan2 bertanda * digaul bersama udang dan diperap seketika.
 
Bahan untuk menumis:
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1/2 labu Bawang Besar - dihiris nipis

Bahan untuk dikisar halus:
**1/2 labu Bawang Besar
**3 ulas Bawang Putih
**1 inci Halia

Sayur (potong ikut selera masing2):
1 batang Lobak Merah

3 batang Kacang Panjang
Bunga Kobis secukupnya
Minyak untuk menumis
Air jika perlu

Cara2nya:
Panaskan minyak. Masukkan bahan menumis dan goreng sehingga kekuningan. Masukkan bahan yang dikisar halus tadi dan masak sehingga garing.
Kemudian masukkan udang yang telah diperap tadi bersama sayur2an. Jika mahukan sedikit berkuah,bolehlah dimasukkan sedikit air. Kacau sehingga udang & sayur masak. Siap untuk dihidangkan.
(Saya suka masak sayur tu setengah masak. Manakala udang pula biasanya jika kita masak seafood jangan masak terlalu lama)


 

Wednesday 18 January 2012

Nasi Goreng Mama

Salam....hhmmmmm tengok tajuk kat atas mesti hairan kan??? Kenapa mama errkkk..bukan papa, tok, nenek ker??? Sebenarnya mama selalu masak nasi goreng macam ni masa kitaorang semua kecil2 dulu. Fuhhh..syiok gilerr kalau dapat nasi goreng ni. Tapi mama taklah letak macam2. Simple2 je sebab anak ramai kan so jimat2lah sikit.
Masaknya simple dan rasanya ramai orang pun tahu nak buat macamana. Tapi nak juga kongsi resipinya disini agar dapat dipanjangkan buat semua kawan2.

NASI GORENG MAMA

Bahan2nya:
1 mangkuk nasi putih
1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
Beberapa keping hirisan daging
1 sudu besar Cili Giling
1 sudu besar Cili Sos
1 sudu besar air - untuk memasakkan cili
1 sudu besar Kicap Cair
1/2 sudu kecil Kicap Pekat
Secubit Serbuk Pati Ayam Knorr
Lobak Merah dihiris halus
Sawi dipotong 1/2 inci panjang
Kobis dihiris halus
1 biji Telur Mata Kerbau
Sedikit Bawang Goreng
Sedikit  Ikan Bilis Goreng
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara2nya:
Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan. Masukkan daging & kacau sedikit. Masukkan cili giling & sos cili dan juga air. Masak sehingga cili berbau harum dan pecah minyak.
Masukkan kicap cair & pekat serta serbuk pati ayam Knorr. Kacau lagi kemudian masukkan lobak merah, sawi & kobis. Kaup balik kan seketika dan terus masukkan nasi putih. Bila nasi sudah masak bolehlah dihias dengan bawang goreng, ikan bilis & telur mata kerbau. Selamat Mencuba..










Sunday 15 January 2012

Terung Goreng Bersohun

Terung lagi...hehehehe. Sebenarnya saya ni penggemar terung. Terung bakar cicah dengan sambal atau air asam, atau kerabu terung macam Harith buat tu. Dimakan dengan nasi panas2, ikan goreng...hmmmm cukup buat saya tambah nasi (& of course menaikkan badan ku..:(( ). Tapi kalau terung dalam kari tu saya kurang sikit. Makan.. cuma tak berapa minat sangat. Saya suka kalau terung tu lembik. Mama pula kalau masak tak mahu terung dalam karinya tu lembik....hhmmmm. Lain orang lain seleranya kan.
Ok hari ni saya nak kongsi resepi yang saya telah mula buat masa saya mula2 belajar masak dulu. Bila saya nampak je terung sekarang ni mesti saya terfikir nak buat macam tu. Kalau adik yang makan dia akan kutip sohun dan "serdak2nya" saja. Orang lain dirumah ada yang suka dan mungkin ada yang tak. Apapun saya sukerrrrr...so saya buatlahhhh...so saya makanlahhhhh....hehehehehehe.




TERUNG GORENG BERSOHUN
Bahan2nya:
2 biji Terung Panjang - dihiris serong & nipis2 dan digaul dengan garam kunyit macam kita nak goreng ikan / ayam tu.
*Segenggam Ikan Bilis digoreng
*1 labu Bawang Besar Merah
*2 Ulas Bawang Putih
Bahan2 yang bertanda * hendaklah ditumbuk halus
Sedikit Serbuk Lada Putih
Setengah sudu Serbuk Kunyit
Garam jika perlu
Segenggam Sohun - direndam hingga lembut. (Kuantiti boleh ditambah jika suka)
Minyak secukupnya
Sedikit air

Cara2nya:
Panaskan minyak. Kalau boleh minyak tu banyak sikit sebab nak menggoreng terung yang telah di"marinate" tadi. Biar agak tenggelam terung tu. Bila dah kekuningan angkat dan toskan.
Di kuali yang lain, panaskan minyak lebih kurang 1 - 2 sudu besar. (Gunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng terung tadi). Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi bersama serbuk kunyit. Masak sehingga naik bau dan kekuningan. Setelah itu masukkan terung dan sedikit air (lebih kurang suku cawan). Bila terung mulai lembut, masukkan sohun dan lada putih. Rasa dulu sebelum masukkan garam. (Biasanya saya tak masukkan garam sebab terung tadi dah digaul dengan garam kunyit dan ikan bilis pun dah masin.) Kacau hingga kering dan sohun lembut. Siap untuk dihidangkan.

Friday 13 January 2012

Kerabu Sardin Harith Style...

Salam...wah kebelakangan ni rajin bebenor erkkk. Asyik masukkan resipi jerk. Tapi yang simple2 je lah kan. Lagipun ni resipi Harith lagii...:) Pada yang bertanya & mencuba resipi yang lepas2 ni, thanks lah ye. Walaupun tak komen di facebook atau blog tapi secara direct ada je yang bertanya. Buat Cheryl, seperti yang telah dijanjikan, inilah resepi Kerabu Sardin yang abang buat tu. Dah rasakan? Haaaa...apa lagi buat lah kat rumah ok...
Buat Eda Zamri...kalau rasa malas2 tu ni lah resipi paling ringkas dan cepat untuk dimakan. Macam yang Cheryl cakap semalam kalau dihidangkan dengan ulam-ulaman, telur masin & sambal belacan, makan dengan nasi panas ni pun SODAPPPPP....



KERABU SARDIN
Bahan2nya:
1 tin besar Ikan Sardin (apa2 brand pun boleh,saya guna King Cup)
2 labu Bawang Besar Merah - hiris nipis,cuci dan lerai2kan. (kalau bawang tu besar sangat 1 labu pun cukup)
7 biji Cili Padi (ikut suka kalau nak pedas tambahkan,begitu juga sebaliknya.)
Jus limau nipis & garam secukup rasa

Cara2nya:
Hancurkan ikan sardin bersama dengan sosnya sekali. Masukkan cili padi dan bawang besar,kacau rata. Masukkan jus limau nipis & garam secukupnya.
Taraaa.....dah siap. Dah boleh makan. Tapi lebih sedap kalau dapat sejukkan dulu dalam peti ais. Biar rasa masam tu menyerap kedalam ikan....fuhhh...speechless!!!

Thursday 12 January 2012

Hati & Pedal Ayam Masak Kicap

Haaa...lately makanan yg simple2 je saya hidangkan. Kadang2 yang simple tu yang lebih menyelerakan. Silap2 bertambah nasi nanti..:)
Hari ni saya nak share resipi Hati & Pedal Ayam Masak Kicap. Memang favourite saya masak kicap ni terutama sekali bulan puasa. Kalau waktu sahur tu selera makan kalau ada masak kicap. Tak kiralah masak kicap apapun, ayam ke, ikan ke, hati pedal ke even telur pun jadi lahhh..
Ini resipi Harith lagi. Kalau saya yang buat memang berjela lah bahan2nya. Harith ni kadang2 buatnya simple tapi makan sedap...air tanganlah tu.Hmmm..alhamdulillah.

HATI & PEDAL AYAM MASAK KICAP

Bahan2nya:
8 ketul Hati & Pedal Ayam (4 each)-dibersihkan dan dipotong kecil. Diperap bersama
2 sudu besar Kicap Kipas Udang (Manis)
1 sudu kecil Kicap Cair
Garam secukup rasa (jika perlu)

2 inci Halia - Dihiris halus
5 batang Kacang Panjang - dipotong lebih kurang satu inci
1 labu Bawang Besar Merah - dibelah 4,cuci dan lerai2kan.
Minyak untuk menumis

Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumis halia sehingga terbit bau & garing. Masukkan hati & pedal ayam yang telah diperap dengan kicap & garam tadi. Masak sehingga agak garing.
Bila dah cukup masak, masukkan kacang panjang & bawang besar yang telah dibelah 4 tadi. Kacau sekejap dan angkat. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih..


Saya suka kalau hati & pedal tu garing. Kalau korang tak suka keras sangat janganlah masak lama. Pada saya kalau garing tu kuranglah sikit rasa atau bau ayam...;) Ok...cuba tau...






Wednesday 11 January 2012

Terlupa????? @#$%^&*%# :((

Hai dah tua2 ni tak tau lah,asyik terlupa jerrr.. bulan November lepas Company Registration dah tamat pun tak sedar. Tau-tau semalam buka jer fail dah hampir 2 bulan expired. Mujurlah hari ni terus ke SSM prosesnya sangat cepat. 
Isi form,ambil no, denda RM30, renew 2 tahun RM120 siap tak sampai 30min. Cuma yang tak bestnya kualiti sijil tu kurang baik. Hanya print dengan A4 paper je. Syabas atas proses yang amat cepat SSM...jimat masa.
Anyway alhamdulillah..semuanya settle. Harap2 takde yang terlupa lagi lah lepas ni. Harith pun sama sekarang, kuat sangat terlupanya. Hmmmm...elok lah tu. Jangan lupa nak amik bayaran dari customer udah lerrr :D....

Kerabu Terung Ala Harith

Kerabu terung ni dah lama dan selalu buat. Asal je takde selera nak makan, haaa...inilah pembuka selera. Dah lama dan selalu ambil gambar tapi ni baru nak masukkan. Ni air tangan Harith. Sedap kalau dia buat kerabu... ;) ( dengan harapan esok2 buat lagi erkkk..). Makan dengan nasi panas2, takde lauk lain pun takpe....


Kerabu Terung
2 batang terung panjang (dibakar hingga lembut,dibuang kulit)
5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah atau sebaliknya)
1 labu bawang besar merah (dihiris halus dan dicuci bersih,leraikan)
Jus limau nipis mengikut citarasa anda. (Saya suka masam so lebihkan sikit jusnya)
Sedikit garam (secukup rasa)

Cara2nya:
Picit2kan terung supaya hancur kemudian gaulkan bersama cili padi dan bawang besar. Masukkan jus limau nipis dan garam secukup rasa.
Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng....hhmmmmm walllaaaa.... Selamat Mencuba..

Tuesday 10 January 2012

Late Entry Again!!! :(( - Grand Dish 1st Anniversary 05112011

Hmm...entry terlewat lagiii..hehehehehe. Memang tak menang tangan sejak semua pembantu berhenti. Ada yang dah pergi oversea, ada yang berhenti sebab perempuan. Bila berkait dengan perempuan mulalah concerntration pada kerja hancur. Main handphone, takde mood bila bertengkar atau ada masalah....hmmm pening2.
Anyway setelah lalui pelbagai cabaran & masalah akhirnya saya & Harith berpakat untuk menjalankan sendiri bisnes ni tanpa pembantu. Kami lah waiter/waitress, kami lah tukang buat air, kami lah chef & kami lah yang buat delivery....tapi kami BAHAGIA...
Akhirnya setahun dah Grand Dish Cafe bawah jagaan kami. Alhamdulillah....syukur padamu Ya Allah. Semoga segalanya berjalan lancar dan rezeki kami bertambah dari hari ke hari...AMIN.
Again cake from Su's Cake Pavillion... thanks Yeo & Naji.

Tiup jangan tak tiup...


 




Inilah gelagat bapak budak......:)) thanks Zamri sebab memeriahkan suasana................