Tempe ni dulunya merupakan makanan orang Indonesia dan Jawa. Walaubagaimanapun Tempe kini menjadi makanan kepada semua bangsa tidak mengira apa agama dan keturunan mereka. Mungkin kerana orang sekarang lebih mementingkan khasiat yang terkandung didalam sesuatu makanan itu maka tidak hairanlah masyarakat Cina makan Kerabu, India makan Dim Sum dan Melayu makan Rasem & Hailam Mee.
Hari ni setelah 2 hari saya Tempe tu memerap dalam fridge akhirnya saya buat juga. Tapi Tempe yang saya beli kali ni kurang baik sebab bila potong je hancur. Takpe lah takkan nak buang kan... so inilah rupanya..
SAMBAL TEMPE
Bahan2nya:
1 ketul Tempe - saya guna yang dalam daun pisang yang bentuk 3 segi. Dipotong nipis dan digoreng garing
1 biji Bawang Besar - dihiris nipis dan digoreng garing
4 ulas Bawang Putih - dihiris nipis dan digoreng garing
Segenggam Ikan Bilis - digoreng garing
Segenggam Kacang Tanah - digoreng
3 sudu besar Cili Boh
1 sudu kecil cuka
Garam & Gula secukupnya
2 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak.(Saya guna minyak bekas saya goreng bahan2 tadi). Masukkan cili dan masak sehingga garing. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan cuka. Pastikan cili betul2 pekat barulah masukkan bahan yang telah digoreng, tempe, ikan bilis dan kacang dulu. Gaul rata. Akhir sekali baru masukkan bawang besar dan bawang putih kacau sekejap dan terus angkat. Bila sejuk boleh lah masukkan kedalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment