Followers

Thursday 16 August 2012

"KEKASIHKU" KEMBALI


Syukur alhamdulillah..insyaallah esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Seperti kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamod dalam Semanis Kurma semalam..anggaplah Ramadhan itu sebagai "kekasih" kita.
Kekasih kita kembali setelah setahun menyepi..apa persiapan diri bagi menyambutnya? Tunjukkan yang sifat yang baik2..yang molek..yang cantik..kerana kita amat rindukan "dia"..
Luangkan masa yang ada untuk bersama"nya" sebaik mungkin..beramal dan beribadah dengan"nya" sepuas2nya..kerana Allah S.W.T hanya memberikan masa sebulan sahaja untuk kita bersama..
Dan kemudian "dia" akan pergi dan kita akan merindui"nya" kerana selepas setahun kemudian ia kembali dan kita tidak pasti samada kita akan bertemu dengan"nya" lagi ataupun sebaliknya...


KACANG RUGGED...Haaa??? Rugged kerr???

Entahlah dari mana datang nama ni tapi resipi ni dah terlalu lama saya belajar dan sebelum ni hampir setiap tahun saya buat tapi beberapa tahun kebelakangan ni entah kenapa tak pernah buat. Tahun ni tergerak hati nak buat pulak.
Resipi ni saya belajar dari jiran aka kawan aka guru sejarah saya semasa tingkatan 1. Kak Zai namanya. Beliau ni jiran saya semasa saya tinggal di Balai Polis Kampung Baru Buntong, Ipoh dulu.Seusia 13 tahun saya dah berminat mempelajari resipi-resipi dari jiran dan teman. Alhamdulillah resipi yang mudah dan cepat ni hendak saya panjangkan kepada teman2 semua.



KACANG RUGGED
Bahan2nya:
1kg Kacang Tanah
*2 biji Telur
*1 labu Bawang Putih
*1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
*1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
*1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
*Garam dan gula secukupnya
*Lada Putih & Lada Hitam secukupnya
Tepung Gandum secukupnya
Minyak untuk menggoreng (deep fried)
Blend bahan2 yang bertanda * hingga sebati

Cara Membuatnya:
Campurkan bahan yang telah di blend kedalam kacang. Gaul rata.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga telur dan tepung menyaluti kacang.Jangan terlalu banyak tepung cukuplah sekadar menyaluti kacang dan telur kering.
Panaskan minyak dan goreng dengan api yang perlahan agar kacang masak dengan baik dan tepung tidak hangus atau masak mengejut.
Bila kacang berwarna keperang perangan angkat dan toskan minyak. Pastikan benar2 sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Bila masukkan garam dan gula pastikan rasanya sedikit masin dan manis kerana bila dicampur dengan tepung rasa masin & manisnya akan berkurangan.


Sunday 12 August 2012

BISKUT SUSU

Biskut ni dah lama saya tengok resipinya di myresipi.com. Cuma tahun ni berkesempatan nak buat. Lucunya masa buat saya tak terfikir yang resipi ni ada baiking powder. Mulanya saya buat bulat kecil lama2 saya buat bulat sebesar guli. Sekali masuk dalam oven terkejut beruk makkkk..dah macam kuih apam dah. Takpelah untuk family makan bukan untuk jual. Tapi rasanya memang sedap walaupun saya bukan peminat susu.
Kalau nak tengok resipi asalnya klik disini. Saya buat 2 adunan.

BISKUT SUSU
Bahan2nya:
500gm Tepung Jagung
1 tin Susu Pekat (normal size)
2 sudu kecil Baiking Powder
Sedikit mentega untuk menguli
Pewarna Biru & Kuning
Gula manik sebagai hiasan
Papercup secukupnya

Cara Membuatnya:
Campurkan tepung jagung, baiking powder dan susu. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit mentega dan uli sehingga menjadi doh.
Asingkan kepada 2 bahagian dan warnakan satu bahagian biru dansatu bahagian kuning.
Cubit sedikit adunan biru dan campurkan dengan sedikit adunan kuning. Bulatkan sebesar guli. Celupkan kedalam manik gula dan masukkan kedalam papercup.
Bakar selama 15minit dalam kepanasan 180C.

BISKUT Y

Salam...lebih kurang seminggu sahaja lagi kita bakal meraikan hari lebaran, hari raya Aidilfitri. Ini bermakna hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Entah tahun depan kita sempat meraikannya lagi atau tidak..sejujurnya tahun ni hati ni teramatlah sayu dalam menghitung hari hari terakhir Ramadhan...

Dalam pada kesibukkan menjalani ibadah puasa, terawih dan sebagainya, persiapan raya juga tidak dilupakan. Saya telah siapkan beberapa biskut yang mungkin boleh dikongsikan bersama teman2 semua.

Biskut Y ni sebenarnya saya dapat resipi dari seorang kawan. Dia bawa biskut ni ke tempat kerja kami dulu dan saya pun merengek minta resipi. Bila dia kata simple saya memang tak percaya tapi percayalah hanya ini resipinya. Saya simpan resipi ni dari zaman remaja dan sehingga sekarang setiap tahun saya pasti buat. Malah ia telah menjadi kegemaran anak2 buah saya.



BISKUT Y
Bahan2nya:
1 buku mentega (saya guna buttercup - 250gm)
1 cawan gula kasar (gula makan yang kita buat air tu)
Tepung secukupnya (lebih kurang 3 cawan)

Cara Membuatnya:
Nyahbekukan mentega pada suhu bilik. Kemudian kacau rata dengan gula. Tak perlu pukul sampai kembang seperti kita buat biskut biasa. Cuma gaulkan sekata mentega dengan gula sahaja.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Terap dengan acuan dan bakar lebih kurang 20minit dengan api 180C.
Selamat Mencuba... 

Wednesday 1 August 2012

ROTI JALA @ ROTI KIRAI

Macam yang saya tulis dalam entry yang lepas, masa buat roti jala ni saya terlupa nak snap gambar kari ayamnya. Anyway layan je la resipi roti jala ni erkk. Selain makan dengan kari boleh juga makan dengan sambal sardin atau kuah durian.


ROTI JALA @ ROTI KIRAI
Bahan2nya:
2 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur
Secubit Garam
Sedikit Pewarna Kuning
1 cawan Air

Cara Membuatnya:
Satukan semua barang kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan habiskan air biar bancuhan pekat sedikit. Masukkan dalam blender dan blend. Tengok kepekatannya. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Pastikan kepekatan tepung tu boleh keluar melalui lubang acuan kira ok lah.
Panaskan pan. Lebih sesuai guna flat pan atau non stick pan sebab ia tak melekat dan flat. Kalau takde flat pan guna kuali biasa pun boleh. Masukkan tepung kedalam acuan dan kiraikan atas pan secara membulat. Bila kuih dah masak angkat dan gulungkan atau boleh juga dilipat 3 segi.

Selamat Mencuba....