Followers

Wednesday, 4 July 2012

KEK PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR

Haa..sapa nak sambung pantun tu? cepat2 siapa betul hadiahnya kek pisang yang telah dibawa belayar...hahahaha
Hari tu ada balance lagi pisang emas yg dah ranum gitu. Cari2 resipi sekali nampak ada resipi kek pisang di myresepi. Simple dan bila tengok orang yang komen bukan main lagi syioknyerrr apa lagi saya pun mulalah projek..tapi saya telah pun menjadi jebat si penderhaka dengan mengubah sikit bahan2nya..ampunn!!

 
KEK PISANG KUKUS YANG MUDAH
Resipi Asal : amydanish@myresipi.com
Diolah Oleh : Grand Dish Cafe
Bahan2nya:
1 cawan Pisang - dilecek halus (Saya guna hampir 2 cawan)
* 2 cawan Tepung Gandum
*1 st baiking powder
*1 st soda bikarbonat
4 bj telur gred A (Saya guna gred C 5 biji)
3/4 cwn minyak masak (Saya guna sunflower oil)
1 st esen banana
3/4 cwn gula

Cara-cara
Ayak tepung gandum, soda dan baking ketepikan (Saya guna tepung kek so tak perlu soda & baiking lagi).

Dalam bekas lain,putar telur dgn mixer hingga kembang (pakai tangan pun boleh).
Kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. Putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar lagi. Akhir sekali tambahkan esen pisang

Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.
Kek semasa dikukus..gebuss gitu

Inilah rupanya bila dah dipotong..

No comments:

Post a Comment