Followers

Monday, 2 July 2012

JJCM @ SAHARA OASIS JALAN AMPANG

Sabtu lepas kawan kami dari Norway, Rune & Cat datang ke KL. Lebih kurang setelah hampir 11bulan mereka meninggalkan KL kini mereka kembali bercuti dan pastinya peluang ini menggembirakan kedua2 belah pihak. So untuk meluangkan masa dengan mereka yang hanya bercuti di KL selama 3 hari, kami telah bawa mereka dinner di Sahara Oasis Restaurant di Jalan Ampang. Restoran ni baru dibuka dan merupakan company yang sama dengan Sahara Tent di Bukit Bintang.

Apa yang menarik disini suasananya amat berbeza. Tatarias dan persekitarannya amat selesa. Kami mengenali pemilik restoran tersebut, Pavlo kerana beliau merupakan teman baik kepada "bapak kami", Naji. Beliau seorang yang baik, peramah dan pandai mengambil hati pelanggan.
Pavlo (kiri) & Naji
Tatarias yang berkonsep ala2 oasis itu mempunyai 3 bahagian dimana anda boleh memilih untuk menikmati hidangan dalam suasana taman iaitu di sebelah kiri sebaik sahaja anda melangkah masuk ke restoran tersebut.

Garden Area

Dengan hiasan pokok palm dan bangku kayu serta hiasan lampu2 menimbulkan suasana romantik 
Di sebelah kanan pintu masuk ada disediakan Mini market yang menjual barang2 dari Iran.
Anda juga boleh memilih untuk makan dibahagian tengah restoran "open area" samada yang berbumbung atau tidak berbumbung. Sepanjang dinding restoran dikelilingi oleh pancutan air yang amat mendamaikan suasana. Hiasan lampu2 dan kerusi dengan hiasan dari timur tengah disertakan dengan lagu2 Arab membuatkan kami semua begitu tertarik untuk memilih ruang tersebut.

Pancutan air yang diletakkan disekeliling dinding restoran. Ini kawasan yang tidak berbumbung.

Bahagian penyediaan air

Shisha..pilih jer.
Di tengah2 restoran diletakkan perhisan kuda.. Cat & kudanya..
Kami memilih untuk duduk dikawasan yang berbumbung 
Jika anda rasa tidak selesa untuk duduk dikawasan yang terbuka, anda boleh memilih untuk duduk di kawasan yang berhawa dingin. Bilik yang berhawa dingin ini dihiasi dengan langsir yang pelbagai warna.

Sebelah kiri bilik berhawa dingin
Sebelah kanan bilik berhawa dingin. Masih mengekalkan pancutan air di dinding.
Restoran ini menyediakan makanan dari Timur Tengah. Pelbagai jenis nasi seperti Beriyani, Mandi dan beberapa jenis lagi. Saya memang admire dengan nasi mereka ni kerana berasnya panjang2...tak percaya? Tengok ni...

Nasi Mandi
Inilah menu2 yang telah dipilih oleh kami. Sebagai starter kami telah memilih untuk makan roti bersama Humus iatu pes kacang kuda bersama campuran minyak zaitun. Sesuatu yang anda mesti cuba jika ke restoran timur tengah ini.
Roti & Humus
Sebagai main course kami telah memilih...

Mandi Chicken untuk saya & Harith
Sebenarnya dari pengalaman kami makan di Sahara Tent dulu, Nasi untuk Mandi Chicken disana amat sikit. Jadi kali ini kami memesan sepinggan seorang. Tapi bila saja hidangan sampai depan mata..terbeliak mata kami. Akhirnya apa lagi terpaksa tapau.
Nasi mereka ni dimasak didalam lubang khas yang dinyalakan arang didalamnya. Beras dimasukkan kedalam periuk bersama ayam dan bahan2 lain kemudian periuk tersebut dimasukkan kedalam lubang yang disediakan. Kemudian dimasak selama 3-4jam. Itu yang sedap sebab air ayam telah masuk kedalam nasi. Terus terang saya katakan saya lebih suka makan nasinya sahaja sebab semua rasa ada disitu.

Inilah rupanya lubang untuk memasak nasi. Boleh lihat kesan arang dibawahnya.

Terdapat 2 lubang disitu bagi menampung keperluan jika banyak tempahan.
Jika anda tak mahu makan nasi, anda boleh pilih makanan seperti ini..

Shish Taouk untuk Cat - Isi ayam yang di grill bersama salad bawang, sos dan roti

Mixed Grill untuk Rune. Tanpa ayam sebab dia alergik ayam

Mixed Grill untuk Naji
Dan untuk pemanis mulut (dessert), Pavlo bawakan pada kami Baklawa iaitu sejenis kuih/manisan yang berasal dari Lubnan. Kekacang yang hancurkan dengan gula dan diapit dengan pastri. Saya pernah makan Baklawa ni tapi dulu rasanya sangat manis. Yang ni "just nice" dan paling best ianya hasil kerja tangan pemiliknya sendiri, Pavlo.
Baklawa
Masing2 mulut penuh dengan Baklawa
Tea Cup...cantikkk. Kesian Pavlo..nak tau cerita? Baca sampai habis.
Bila masing2 merungut kekenyangan, Pavlo bawakan kami teh arab bagi melawaskan perut2 kami. Tapi yang menjadi perhatian kami ialah cawannya..comel!!
Apapun nasihat saya jika anda bukan "pemakan" (kuat makan) lebih baik order sejenis dan kongsikan kerana setiap satu hidangan saiznya sama besar dan sesuai dengan saiz pak arab...Apa pun 2 - 2 tangan naik thums up untuk Pavlo & Sahara Oasis atas hidangannya yang memang BEST!!!
Harith & Naji

Me & Cat

Harith & Rune
Ini pula buah tangan dari Rune & Cat..
For chocolate lovers..its me!!
Dan kami cari satu KL untuk bagi cawan teh macam kat Sahara Oasis tu sebagai souvenir kat diaorang tapi tak dapat. Kesudahannya kami "cilok" dari Pavlo 6pcs...hehehehe. Nanti kalau dah jumpa kami bagi balik ye Pavlo..jangan marahh!!

Rate: 5/5
Sahara Oasis
243b,Lorong Nibong off Jalan Ampang,
Ampang, Kuala Lumpur.
Opening Hours: 11am - 4am (Mon-Sun)
Dibelakang Victoria Station.

2 comments:

  1. hye..nk tanya restoren ni ada lg ke.. cantik n mknan pn nmpak sdap. nak try tp nk survey dlu.
    brp nak spend duit datang sini ye? harga makanan pula camne ye.. syer la ngan saya..
    maseh..
    juliana_dolly@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi juliana...salam perkenalan. Sahara Oasis masih ada di jalan ampang, bersebelahan dengan hock choon, belakang victoria station restaurant.mknan arab yang sedap tapi portionnya besar.kalau order lebih baik share, takut tak habis.
      saya tak ingat sangat harganya tapi bolehlah tahan mahalnya. kalau 2 orang makan rasanya atleast rm100 mesti ada dlm poket tau.. :)

      Delete