Followers

Tuesday 28 June 2011

Tragedi & Bufday Simon...

Dah hampir seminggu tak buka blog. Bukan bz sngat pun tapi sebab entahlah.. dalam minggu lepas minyak tertumpah kat seluruh tangan dari jari manis ke siku. Minyak tengah panas tuu.. dok goreng ayam.
Kelam kabut jugalah Harith mencari ubat gigi. Tapi belum sempat sapu, Yeo (kawan kitaorg) bagi ubat ni......

Ok sangat ubat niii..yang melecur merah tu langsung tak meninggalkan kesan. Sapu 2-3 kali dah ok. Fuhh lega...bukan apa, dah banyak sangat parut di kiri kanan tangan nii...

Pastu tu 23hb hari tu Bufday Simon. Jiran sebelah (mini market) Grand Dish. Buat suprised kat dia. Beli kek, donut & masak2 sikit...enjoyyy!!!



Bufday boy ni kerja di mini market sebelah Grand Dish Cafe. Selalulah jadi teman tengok CSI Miami kalau ada kelapangan..anyway, Hepi Bufday Simon & wish u many happy returns of the day.... 

Monday 20 June 2011

Pelita Nasi Kandar KLCC

5 hari lepas, kawan ajak pergi makan2 kat Pelita Nasi Kandar sebelah KLCC. Dah malam sangat. Tapi ok jugalah sebab saya & Harith tak makan apa2pun dari tengahari...bad habit, suka makan malam2.

Nasi Kandar, lauk sotong sambal + peria goreng + sayur bendi + telur masin..fuhhh macam makan tengahari jerrr..its mine okkk :(

Ni pulak Harith punyer...teringin nak makan mee goreng mamak katanya..yelahhh i buat takde menitik peluh kan ..kan...kan..??? tu yang u g cari mee goreng mamak tu..hehehehe

Ni Yeo Han punyer...roti telur + roti planta.... cayalahhh bro!!!

Overall the taste ok..cuma servisnya lambat ya amat. Lama kitaorang sampai, semua waiter buat tak pandang jer. Panggil pun suruh kita tunggu. Ada yg buat2 tak nampak bila kita panggil...hhuuuhhuu.. Yang senang makan nasi kandar jer macam saya. Tak payah tunggu untuk makanan lama2 tapi air sama juga lah problemnya...lambattt..

Saturday 18 June 2011

Cacio E Pepe


Salam...hmmm kesibukan melanda diri. Rindu rasanya kalau tak dapat buka blog. Oklah, ni nak cerita tentang Pasta Cacio E Pepe simple saja. Butter, Cheese & taburan lada hitam yang telah di hancurkan. Cukup creamy sesuai kepada sesiapa yang gemar makan cheese. Akak buat ni guna pasta Penne. Ikut minat masing2 lah. Kalau guna Conchiglie pun sedap. Kita tengok gambar dulu ok..nanti bila ada masa akak akan masukkan resipi dan cara membuatnya...                                           
 

Thursday 16 June 2011

Spring Roll & 1st Follower

Hai..rasa lama tak buka blog.Hari ni bila buka saja ada dapat sorang follower  secubitgaramnor67@blogspot.com  . Alhamdulillah...thanks sebab sudi jadi follower. Sebenarnya saya pun dah lama follow blog ni. Harap dapat beri tunjuk ajar pada saya org baru ni.

 
Ok lah dalam sibuk2 semalam sempat juga buat Spring Roll @ Popiah ala2 Grand Dish gitu. Sebenarnya ini bukanlah menu baru buat semua orang, cuma mat2saleh kat sini suka bebenor dengan Spring Roll ni. Bahan2 nya main agak2 jer.. so kalau berminat bolehlah cuba ye...




Bahan2nya:
* Sengkuang
* Lobak Merah
Kacang Panjang dipotong kecil
Taugeh
Udang kering (ditumbuk halus)
Bawang Merah ditumbuk
Minyak untuk menumis inti & menggoreng
Kulit popiah
Garam
Lada Sulah
Kiub pati ikan bilis Knorr
Bahan yang bertanda * perlulah dihiris halus

Tumis bawang merah dan udang kering yang telah ditumbuk halus.

Bila udang dan mula garing masukkan semua sayur2 yang telah dipotong tadi. Masak sehingga sayur agak layu (lembut). Tapi kalau saya, lebih suka kalau sayur tu jangan terlalu lembut sebab nanti bila dah siap kita nak goreng lagi. Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis Knor (sedikit demi sedikit), lada sulah & garam jika perlu. Perlu berhati2 sebab udang kering dah masin. Pastikan inti tadi kering supaya senang membalutnya nanti.
Bila inti dah agak sejuk, gulung dengan kulit popiah. Tak sempat nak ambil gambar cara membalut sebab kalut dengan customer masa tu.. :(

Panas kan minyak untuk menggoreng. Goreng sehingga kekuningan. Toskan dan hidangkan bersama sos kesukaan anda....







Monday 13 June 2011

Nasi Ayam Penyet

Ini sebenarnya kes hari Jumaat lepas. En Harith Irfan, Yeo & Simon punyer kes laahh..tiba2 jer teringin nak makan Nasi Lemak Antarabangsa kat Jalan Ampang tu. Saya malas nak campur...lantak lah korang nak g mana ke..nak beli apa...

Sekali diaorang sampai jer Jalan Ampang, Nasi Lemak Antarabangsa dah tutup daaaa....HAHAHAHAHA...yg dibawa balik Nasi Ayam Penyet. Tak pula saya tau nama restorannya, maklumlah yg pegi tu pun semuanya lelaki.



Ini lah rupanya Nasi Ayam Penyet tu.1 set RM9.35. Nasi putih, kobis, timun & kacang panjang mentah, ayam penyet & teh O ais limau. Pada pedapat sayalah, tiada apa yg istimewanya nasi ni selain dari "keriuk2" yg ada atas ayam yg telah dipenyetkan tu. Sambalnya pun biasa2 jerr...sedap sambal kawan saya buat lagi, Pn.Aini...hehehehe



Apapun bila dah makan ramai2 macam ni, habis juga. Juz ok lah untuk alas perut...

Mee Sedap Yang Diolah Rasanya


Kalau kebiasaannya Mee Sedap hanya dimakan begitu saja tapi bagi di Grand Dish, saya biasanya mengolah sikit rasa asal mee tersebut dan jadilah mee sedap yang lain dari yang lain....:)

Mee Sedap yang biasanya rasa"plain" jerr, saya tambahkan sedikit cili dan kicap menjadikan rasanya WOWWWWW!!!! Pedas...hangat...betul2 SEDAPPPP!!!! Kena pulak dgn telur goreng half cook...Fuhhhh!!!! Mantap....

Sunday 12 June 2011

Grand Dish Chicken Cordon Bleu


Menu ni rasanya di mana-mana pun ada tapi yang pasti rasanya berbeza-beza. Baru je cuba hujung bulan May lepas. Tapi belum lagi masuk dalam menu. Bahannya daging ayam yang digulung bersama cheese dan chicken ham. Disalut dengan bread crumb dan di bakar.


  Dihidangkan bersama roti (wholemeal) & salad...bila potong jer keluar cheese yang cair tuuu..masa tu, siapa saja yg tengok pasti terliur...hmmmm yummyyyy!!!!

Friday 10 June 2011

Penne Putanesca


Menu yang belum lagi keluar kepada customer...mungkin akan dimasukkan ke menu baru akan datang...

PERMULAAN HARI BARU

Wahhh...alhamdulillah hari ni dapat buat blog sendiri. Thans to lovelypetshome.blogspot yg memberikan inspirasi...