Followers

Monday 23 September 2013

TEMPAHAN ROTI JALA & KEK MARBLE ZEBRA

2 hari ni betul betul tak cukup tidur sebab dua hari berturut-turut customer order k Bahan serbuk koko pagi.Di sat UK an tadi) ofis buka...alhamdulillah rezeki dan kepercayaan customer tu penting.

Sikap yang akak selalu amalkan "biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita"...ni pesanan arwah bapak akak. Insyaallah dengan sesiapa saja kita berurusan pasti disenangi...
Tapi kadanng2 tu ada sesuatu yang tak dapat dielakkan seperti tiba2 jalan jem teruk dan sebagainya akak sedaya upaya akan terus berhubung dengan customer supaya mereka tak risau dan tertunggu-tunggu..

Anyway thanks to Mahathir again n again...repeat order..alhamdulillah dan juga Yati di Gombak...harap2 Yati puas hati ye...

Dah penat 2 hari tak cukup tidur..hubby pun suruh berehat dirumah..hmm orang pompuan ni kalau di suruh rehat pun mesti nak pastikan kerja rumah siap baru boleh duduk kan..
Lepas ambil panadol ingat nak tidur sekejap tapi mata ni degil pulak..akhirnya akak membaiking laaa..resepi ni akak ambil dari internet. Dah lama dah. Tak ingat blog mana.. 

Inilah dia...Kek Marble Zebra...

Bahan-bahan A:

5 biji telur

110 gram gula castor

*150 gram tepung kek

*1/2 sudu teh baking powder

Bahan * perlu diayak 

1/2 sudu besar ovalette

Bahan B:

100 gram mentega, dicairkan

3 sudu besar susu pekat manis

1 sudu teh esen vanilla

Di mangkuk yang lain, satukan:

2 sudu teh serbuk koko

4 sudu besar air

1 sudu teh coklat emulco

Hirisan:

Badam cincang 


Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah C. 

    Lenser loyang pembakar dengan mentega.   akak guna loyang 8".

2. Putar bahan A dengan kelajuan tinggi sehingga adunan pekat dan kental. 

3. Masukkan bahan B dan putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati. 

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian (guna bahan serbuk koko yang disatukan tadi)

6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.

7. Taburkan dengan badam cincang dan bakar pada suhu 190 darjah C selama 40minit. Akak guna api bawah saja. Dalam 10min terakhir akak guna api atas bawah. Bergantung pada oven masing masing k. 

8. Biarkan kek sejuk selama selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.


Saturday 14 September 2013

KERENAH MANUSIA, REPEAT ORDER & DINNER

Hmmm panjang pulak kan tajuknya..takde apalah yang serius. Saja lah..bukan apa kdg2 lemas dengan bahasa yang di gunakan dalam facebook, instagram dan sebagainya.
Dengan alasan "menegur kerana Allah/Islam" segala perkataan "bodoh" "bangang" bagai keluar..siap sumpah menyumpah lagi..maaflah nak bertanya, tak malu ke, sebaik je habis solat subuh ON fb semua semata2 mencari kesilapan orang dan memaki hamun dengan bahasa yang kesat (dgn tujuan menyedarkan kononnya)...dengan dalil segala bagai..jgn ada yg menegur balik minta sopan kan sikit bahasa, mesti di ajak berdebat..hmmm dunia2..

Cukuplah kot membebel pasal ni kann..semoga orang2 macam ni diberi hidayah oleh Allah untuk menegur/mengajar dengan lebih baik..

Oo ya..semalam ada repeat order by Mahathir di menara MPL..kalau dulu without kari ayam, this time dengan kari ayam. Adik ni nampaknya memang suka sangat roti jala akak ni. Alhamdulillah..suka sangat dia..thanks dik. Maaflah sebab akak tak snap gambar..penatlah asyik2 gambar sama kann.. tapi akak tak lupa masukkan komen adik k...

Ni akak nak share juga dinner yang disediakan oleh en hubby...hmmm sedap..jom layan gambar k.. thanks dear

Monday 9 September 2013

Tempahan Crown Regency Serviced & Suites

Alhamdulillah..rezeki datang lagi.. terima kasih Crown Regency Serviced & Suites, Jln P.Ramlee...

Menu lauk pauk yang diminta, Ayam Masak Kurma, Daging Masak Hitam Berempah, Kacang Panjang Goreng dengan Hati & Pedal Ayam. Ulam Kacang Botol & Pucuk Ubi, Sambal Belacan dan Bubur Kacang..

Hanya hantar lauk je. Peralatan mereka guna company punya...

Jom layan gambar2 yang sempat akak snap..

Pada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi akak, Hasnie di talian 017-3287554.

Tuesday 3 September 2013

Tempahan Open House & Office Syawal 2

Masih lagi dalam mood beraya...selagi tak habis bulan Syawal ni memang tak henti rumah dan office buat jamuan raya...Alhamdulillah roti jala & kari ayam akak terus di order nonstop..tak terkecuali juga nasi & lauk pauk...
Terima kasih Intan dari Bank Pembangunan, Kartina Khalid & Muhsin dari Mindef, Ieda dari RHB Jln Silang, CT dari Kajang, Farizan & Habibah dari Toyo Eng & Cons, Menara Haw Par (1company utk 2 hari yg berlainan..love to know both of u...), regular customer K.Shima dari Security Office Viva Mall, Nasrul dari Wisma KWSG Jln Kg Attap, Su dari MWE Office City Garden Condo, Yati dari Al Rajhi Bank, Liana dari Taman Dato Razali Ampang, Wani dari Menara Perkeso Jln Tun Razak ( kawan Intan, Bank Pembangunan..thanks Intan sbb rekomen), Lily repeat order kali ni ke office di Desa Pandan, Mahathir self collection di Jln Rj Chulan, Azlin untuk office di Taman Perindustrian UEP, Nor dari Shah Alam self collection di Menara Maybank KL dan Intan sekali lagi...kali ni untuk open house pulak...
Alhamdulillah...
Terima kasih semua sebab support akak...ni akak share kan feedback2 yg akak dapat dari kawan2 yg order k...
Gambar yg mana sempat akak snap je..yang lain2 tak sempat buat apa2..
Habibah dari Toyo comment direct kat akak..puashati katanya..alhamdulillah..
Thanks juga kat Azlin sebab tag gambar kat akak...love u all..