Followers

Tuesday 30 April 2013

Tempahan & PEMAHAMAN BUAT YANG TAK FAHAM

Salam semua...minggu ni sepatutnya sangat busy sebab ada order dari sebuah University tersohor di Malaysia... bila order dari jabatan kerajaan @ syarikat apatah lagi dari syarikat yang besar sepatutnya mereka ni faham dengan RULES & CONDITION.

Maaflah bukan nak marah tapi rasa teraniaya dan tak puas hati dengan sikap sesetengah mereka ni. Dah lah minta order hanya 2 hari sebelum majlis (call Khamis dan eventnya Sabtu), itupun kita terima sebab fikirkan kesian TANPA ambil atau kenakan bayaran tinggi atau tambahan bayaran...siap minta diskaun lagi.

Hari yang sama juga akak email quotation dan sms untuk bagitahu. Sepatah haram pun tak ada sebarang balasan dari mereka. Dalam email akak tulis minta confirm sebelum 10am dan jika confirm deposit 50% kenalah bank in.  Esoknya (Jumaat) 12pm baru diaorang call akak dan minta masa sikit sebab bos dalam meeting, tak boleh nak sign invois. Ok lah..kita ni memang meniaga makanan tapi pengalaman kita di pejabat dah berpuluh tahun...(jangan ingat orang kerja kedai makan ni hampehhh yerrrr)
Tunggu punya tunggu sampai 3pm tak ada jawapan...akak call. 
"Oh ya kak..saya dah pas kat bahagian akaun nanti dah bank in saya bagitahu"...

Akak yang baik hati ni masih nak tolong..."tkpe lah dik nanti kalau boleh cepat ye sebelum pukul 4pm...please ya dik sebab esok dah event. Kalau tak bank in akak tak boleh consider confirm dan beli barang..for safety"... 

Kesilapan akak lakukan sekali lagi sebabkan yakin dan percaya akak keluar beli barang juga. Cuma 1/3 dari keperluannya. Bila ke tempat yang kedua untuk beli balance barang hati akak mula tak sedap sebab dah pukul 5pm tak ada sebarang reply dari pihak mereka. 

Akak call sekali lagi dan replynya : "Eh eh..akaun dept dah ambil no akaun akak tadi saya ingatkan diaorang dah masukkan. Nanti saya check..."
Yang best part yang akak tak boleh lupa dia kata, " Ala kak jangan risau lah kak dah confirm punya. Akak hantar je makanan tu esok".

WHATTT??? Kau ingat kami katerer2 kecik ni mengong ke? Sekarang pun kau lepas tangan nanti bila barang dah hantar kau boleh kata duit under acc dept so saya tak leh buat apa2..habis tu mana secure kami ni?

Tunggu sampai 5:15pm tak ada jawapan. Berkali-kali akak call diaorang cancell call akak. Dalam 5:25pm macam tu diaorang call balik dan bagitahu, 
" Sorry kak diaorang kata mesin atm tu rosak"....

Maaflah ye...akak cancellkan terus order tu ON THE SPOT. Sebab pada akak walaupun korang ni kerja di University ternama dan tertua di Malaysia ni tapi cara kerja korang sangat2 tak sistematik. Nak kata ilmu dan etika kerja korang tu 1/3 dari ilmu akak yang tak pandai ni pun TAK ADA. Sedih betul...buatkan akak terfikir..betul ke korang ni call dari university tu??? hmmmm...belajar lagi lah dik ooiiiiii jangan kerana korang orang beranggapan university korang tu lahirkan siswazah yang hampehh..

Nasiblah akak ni ada cafe sendiri. Barang yang dah dibeli tu guna pakai di cafe tapi separuh je. Separuh lagi tak boleh guna.  Takpelah bukan rezeki. 
Akak tulis ni bukan nak aibkan sesiapa tapi sebagai peringatan buat semua bakal customer dan katerer kecil macam akak ni supaya pastikan kita ada secure di pihak kita dulu agar kita tak teraniaya macam ni.

Buat semua yang nak order (untuk syarikat atau pejabat):

1. Order atleast 3 hari sebelum majlis. Kalau terdesak dan perlukan cepat atau kurang dari 3 hari boleh dibincang tapi deposit juga kena cepat. Kalau nak order untuk event yang lebih dari 1 hari, order biarlah seminggu sebelum.

2. Akak akan emailkan quotation samada setuju atau tidak TOLONGLAH REPLY. Cukuplah sekadar perkataan SUDAH TERIMA, TERIMA KASIH. Kalau setuju tulislah SETUJU / CONFIRMED. Kalau tak setuju boleh dibincang. Kalau tak jadi reply jawap TAK JADI. Jangan diam je...akak perlukan jawapan ni semua sebab kalau ada order dari orang lain untuk date yang sama akan boleh tolak atau pertimbangkan.

3. Biasanya kalau kes urgent ni akak akan tetapkan masa bila kena bank in deposit. Kalau boleh jangan lah drag masa tu sebab pihak akak pun nak prepare. Sebaik deposit masuk baru dikira CONFIRMED.

4.Bila deposit dah masuk akak akan email invoice dan balancenya akan akak collect sewaktu customer terima barang...

Senangkan...safe untuk kedua-dua pihak. 

Bagi personal order pulak biasanya based on trusted. Kalau mereka nak quotation dan invoice akak hantar. Biasanya akak tanya sebab ada yang sesetengahnya tak ada email. Alhamdulillah untuk yang order personal ni lebih senang dan tak ada masalah macam company punya.

Anyway akak bersyukur sebab walaupun teraniaya tapi masih rezeki tak putus.

*Thank untuk Ezza dari Bukit Jalil atas tempahan Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca Sayur, Jelatah & Papadom. Suka akak bila baca sms Ezza puas hati sangat dengan masakan akak..alhamdulillah...siap masuk dalam fb lagi...

*Thanks pada Kak Shima dari Viva Mall (repeat order) Roti Jala & Kari Ayam. Thanks for your continuous support...:)

**Maaf ye..tak tahu kenapa gambar tak boleh nak upload pulak... 





Saturday 20 April 2013

MINGGU YANG BZ, PENGHIJRAHAN & TEMPAHAN

Salam semua..

Minggu yang amat busy..

Bermula dengan...JJCM dengan kawan2 City Garden di Yuen Steamboat, Bandar Sunway, Jumaat 12042013..hari penghijrahan juga..alhamdulillah..syukur kepada Allah Taala yg membuka hati ini untuk berhijrah..amin.



Next day, Sabtu 13042013 service kereta di Perodua Subang Jaya sebab urgent kena balik Ipoh than nak balik kampung di Pulau Pinang sebab Pak Lang accident.
Lepas service nasib baik patah balik cafe dulu..sekali Harith check kereta diorang tak letak besi hook bateri tu..rupa2nya stand bateri tu patah..Ya Allah..samada mekanik patahkan atau memang patah dari asal tapi apa yang diaorang buat ni salah.
Sepatutnya:
1. Diaorang kena panggil masa service tu dan maklumkan pada kita kalau betul bukan diaorang yang buat..
2. Diaorang kena maklumkan pada kita sewaktu service dilakukan supaya kita boleh decide samada nak ganti sekarang (kalau duit mencukupilah) atau alternatif lain..

Ni tak...tanpa sebarang information, akak pun selamba je bawa balik KL dengan bateri yang terkontang kanting  dalam enjin kereta..mujurlah tak jadi apa2..

Sebab kelam kabut nak balik Ipoh, akak ikat je dulu manually dan redah Ipoh..yelah.Perodua half day Sabtu...akak pulak urgent..
Balik dari Ipoh akak call diaorang..ayat clise..minta maaf & 15% discount kalau ganti which is akak kena BAYAR RM70++....apa ke heiiii nyerrrr...tutup buku!! Kalau akak mood baik akak diam dan tukar kat luar..kalau mood tak baik akak SERANGGGGGG!!!

Ahad 14042013...ke Hospital Bukit Mertajam melawat Pak Lang yang kena langgar. Teruk juga laa sebab Pak Lang pun dah 60tahun..kaki patah, pendarahan dalam kepala & paru2 agak lemah..selepas operate, masuk ICU dan sekarang dah keluar dan tinggal dengan Pak Cik Im..terima kasih pada Faizal (sepupu) juga yang menjaga. Disamping melawat Pak Lang akak juga berkesempatan lah berjumpa dengan semua saudara mara..alhamduillah..


Balik KL Isnin, Selasa kena siapkan order Roti Jala dan Kari Ayam dari Nur Hayati, Al-Rajhi Bank Jalan Ampang untuk jamuan di pejabat...terima kasih banyak.
Feedback yang diterima: Salam Kak..alhamdulillah sedap..Diaorang tak percaya I order from internet je. Puji melambung..Hahaha.. Thanks Kak, definitely will order again..


Alhamdulillah..order lagi dik ya..:)

Khamis 18hb April 2013, 2 Tempahan dari :
Nurul, Bukit Nenas - Roti Jala & Kari Ayam - repeat order ni..alhamdulillah feedback dari Nurul ni tak pernah mengecewakan..maaf lah dik akak tak sempat ambil gambar..

2nd order dari Siti Hayati, Menara LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), Jalan Sultan Salahuddin - Nasi Putih, Kari Ikan Masin & Nenas, Ayam Goreng Berempah, Ikan Bawal Goreng, Ulam2an, Sambal Belacan, Air Sunquick & Buah Tembikai...terima kasih banyak2.


Jumaat & Sabtu 19 & 20042013 - Kak Long (adik sepupu) order - Bihun Goreng, Nasi Goreng Kampung, Kari Ikan Bawal, Roti Jala & Kari Ayam + Nasi Putih..thanks Kak Ling sebab support kakcik na... :)


Sabtu 20042013 - Order dari Najib, Bangsar..bungkus Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam Berempah, Jelatah..walaupun ada masalah dengan masa dan talian handphone yang bermasalah tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..
Harith yang delivered sebab akak dah lunyai..lembik letih...kata Harith, Najib ni saudara baru dan cacat penglihatan..Ya Allah..terima kasihlah sebab sudi order dengan akak..semoga Najib terus diberi hidayah, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah s.w.t..amin.

Rasanya inilah entry yang paling panjang kot sebab combined seminggu punya order...apapun terima kasih lah pada yang order. Jika ada yang terlebih terkurang minta dihalalkan...


* Akak tulis semua ni bukan berniat nak menunjuk2 tapi sebagai penghargaan kepada pelanggan dan cara akak berterima kasih pada semua yang membuat tempahan... :)

Tuesday 9 April 2013

ASAM TUMIS IKAN PARI

Cuaca panas2 ni tak tahu nak masak apa..sampai sakit urat kepala  ni panasnya..
Baru panas dunia di akhirat nanti..hhmmmm...Nauzubillah...

K lah berbalik pada lauk hari ni, akak ke Jusco tadi pastu ternampak ikan pari, bau pun ok tak hancing so akak belilah seketul panjang. Cari bendi mak aiii besar2 gedabak..keras pulak tu. akhirnya akak ambil tomato je lah. 

Ok jom layan resepinya dulu..


ASAM TUMIS IKAN PARI

Bahan2 dan cara membuatnya boleh ikut turutan gambar

Bahan2nya:
1 & 2: 
Bahan Blend (gambar 1 & 2):
1 biji Bawang Besar Merah
2 keping belacan - dalam 1 1/2 inci lebar,1/2 cm tebal

3: 1 ketuk panjang Ikan Pari -dipotong kecil
4: 1 biji Bawang Besar Merah - dihiris nipis
     2 biji Buah Tomato - setiap sebiji dipotong 4
     Daun Kesum secukupnya

1 senduk Cili Boh/giling - tambah jika mahu lebih pedas
1/2 sudu kecil Paste Asam Jawa - kalau nak lebih masam boleh tambah.
2 cawan Air
Garam & Gula secukupnya
4 sudu besar Minyak Masak - untuk menumis


Cara Membuatnya:

5: Panaskan minyak. Tumis bawang merah yang dihiris sehingga kekuningan. 
6: Masukkan bahan blend dan tumis sehingga naik bau.
7: Masukkan cili boh.
8: Masak sehingga cili masak dan pecah minyak.
9: Masukkan 2 cawan air & asam jawa dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan ikan dan masak sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan tomato & daun kesum biarkan mendidih seketika, masukkan perasa dan tutup api.


* Akak masak ni tak pekat sangat. Kalau nak pekat bolehh doublekan bahan blended dan cili boh.



Monday 8 April 2013

RENDANG AYAM GRAND DISH

Entah kenapa tekak ni teringin benar nak makan rendang..semalam buatlah. Nak makan dengan nasi panas2 kononnyalah.. Memang masak sebelum ke cafe lagi. Separuh untuk bekalan Harith & staff dan separuh lagi untuk akak dirumah.

Ke cafe sekejap kemudian cadangnya nak balik terus..(terbayangggg rendang).. tapi tah macamana terfikir nak ke Tesco Ampang. Pastu tersangkutlah pulak di Manjakaki..dekat 2jam jugalah melayan urut.

Keluar dari situ niat memang ada nak balik tapi tiba2 adik ajak ke Hospital Sg Buluh ziarah adik ipar dia yang admitted kat sana. Teruslah kesana pulak...
Nak tukar baju ke nak g terus ni...dalam dok fikir tu dah terlajak terus ke highway Sg Buluh..

Balik dari sana sampai KL dah maghrib..kelam kabut lah naik lift..sekali cari kunci rumah takde pulak...Hahh!! sudah...

Tawakal je lah, naik je..kot2 ada housemate dlm rumah. Ketuk punya ketuk dah sejam menunggu....baru dibuka..(hampehhh tull)

Dah masuk rumah tak boleh masuk bilik pulakkkk..huuwaaaahhhh!!!!!

Punyalah sedih..hmmm..malam baru boleh makan rendang dengan nasi yang dipanaskan semula....

Dah lama layan akak membebelkan, ok jom layan resepi lakk...




RENDANG AYAM GRAND DISH

Bahan2nya:
1/2 ekor Ayam - akak suka potong kecil baru terasa. masukkan dalam kuali tanpa minyak dan biarkan air kering. akak panggil proses ni matikan air.

Bahan Blend Halus:
6 ulas Bawang Putih
3 biji Bawang Besar Merah
3 inci Halia
1 1/2 inci Lengkuas
7 batang Serai
5 biji Cili Padi - nak pedas tambah lagi

1 kotak kecil Santan M&S
1 senduk Cili Giling/Mesin/Boh
Garam dan gula (jika perlu) secukup rasa
1 helai Daun Kunyit - dihirs halus

Cara Membuatnya:
Matikan air ayam (seperti gambar diatas). Tujuannya kita taknak terlalu banyak air semasa masak rendang ni. Takut nak tunggu air kering ayam dah hancur.

Bila air dah kering masukkan bahan blend, santan dan cili giling sekali. Masak sehingga ayam, cili dan bahan blended masak dan sebati. Sebaiknya sehingga pecah minyak.
Akak masukkan garam semasa proses ni. Mengikut mama akak kalau masuk garam masa ni ayam tak hancur. Tapi jangan masukkan gula atau ajinomoto (jika guna) sebab boleh melembutkan ayam dan mengakibatkan ayam hancur.

Bila cili dan ayam dah masak perasakan secukupnya. Masukkan daun kunyit dan masak seketika lagi. Kalau suka berkuah jangan biarkan kering sangat. Macam akak suka sedang2..tak banyak dan tak kurang kuahnya..

 
Macam ni lah cara akak masak rendang.. nak cuba?? Cuba erkkkk...

 

TEMPAHAN & JJCM

06hb Mac yang lepas selamat sudah menghantar tempahan dari Nita di Taman Pinggiran USJ..Alhamdulillah..walaupun jalan jem gilerr kami akak sampai sebelum majlis berlangsung.


 Terima Kasih banyak2 Nita...

Balik dari delivered terus balik berniaga seperti biasa..letih. Kenalah reward diri sendiri kan? Kami ke Carini Food Station (lagiii..heheheh)...

Ni lah yang kami makan...alhamdulillah berbaloi..


Wednesday 3 April 2013

AYAM MASAK RENDANG ASAM

Salam...lama rasanya tak update resepi kan..kalau tak silap akak lah kan akak ada update dulu pasal perkataan "rendang" ni..

Kalau orang utara rendang bermaksud goreng/masak. Biasanya belah kampung arwah bapak yang cakap macam ni..Perlis.

Ok hari ni akak seperti biasa lah nak update masakan yang simple tapi memang membuka selera pada yang mencubanya. Kalau tak lalu makan inilah lauk yang akak akan masak..memang layan..

AYAM MASAK RENDANG ASAM

Bahan2nya:
1/2 ekor Ayam - dipotong kecil
Gaul garam kunyit dan goreng. Ketepikan..

Bahan Blend:
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
2 biji Bawang Besar Merah

1 biji Cili Hijau - dihiris serong
1 tangkai Daun Sup - dipotong panjang 1/2 inci
1 biji Bawang Besar Merah - dihiris kasar
1/2 sudu kecil Pes Asam Jawa Adabi - boleh tambah jika mahu lebih masam.
1 cawan Air
2 sudu besar Minyak untuk menumis.
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan blend sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan air dan asam jawa biarkan mendidih seketika. Masukkan ayam dan masak sebati dan mendidih.
Bila ayam nampak sebati dengan kuah masukkan bawang hiris, daun sup dan cili hijau. Masak sehingga daun sup dan bawang layu. Jika kurang air boleh tambah sedikit. Tapi masakan ni sedap kalau pekat..
Masukkan garam gula secukup rasa. 
Masakan ni perlu ada rasa masam jika kurang tambahkan sedikit asam mengikut citarasa masing masing.


Masak lauk pauk ni biasanya ikut citarasa kita sendiri. Apa yang perlu ditambah dan dikurangkan.....

Selamat Mencuba..



 

Tuesday 2 April 2013

TEMPAHAN 30 & 31HB MAC 2013

Alhamdulillah..minggu terakhir bulan mac yang mana juga hari2 terakhir cuti sekolah, akak busy ya amat..

Menyediakan tempahan Khaidir dari Jalan Ipoh untuk makan tengahari pada 30hb, sorry tak sempat nak ambil gambar. Khaidir order Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Jelatah, Papadom dan Air Sunquick.

Malam pula untuk Linda dari Wangsa Maju....Nasi Hujan Panas, Jelatah, Ayam Masak Merah & Air Sunquick.

Manakala Ahad 31hb untuk Dina dari Puchong. Dina order Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Jelatah..bungkus.




Syukur sangat2 sebab semua feedback yang akak dapat mereka berpuas hati dengan makanan diaorang...alhamdulillah. 

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi akak, Hasnie di talian 017-3287554.