Followers

Saturday 7 July 2012

NASI TOMATO & KAUM KERABATNYA

Lepas buat Blended Orange Cake petang semalam terus saya terfikir nak masak nasi tomato untuk dinner...hahahaha sounds crazy rite? Tapi inilah hasilnya:


NASI TOMATO
Bahan2nya:
3 cawan beras Berasmathi - rendam selama 20minit dan toskan
*2 ulas Bawang Putih
*1 biji Bawang Merah Besar
*1 inci Halia
(*dikisar halus)
1 cawan Susu Cair Ideal
2 cawan Air
2 senduk Tomato Sos
1 Kiub Pati Ayam Maggi
2 sudu besar Minyak Sapi
2 sudu besar Minyak Masak - saya guna minyak lebihan saya goreng ayam
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih & Buah Pelaga (4sekawan)
Daun Pandan disimpul

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak didalam periuk. Masukkan herba 4 sekawan kemudian masukkan bahan yang dikisar halus tadi. Bila semua dah naik bau masukkan sos tomato dan air. Bila air mendidih masukkan kiub ayam, daun pandan & susu cair.
2. Dibahagian yang lain - Masukkan beras kedalam rice cooker kemudian tuangkan kuah tomato tadi kedalam beras dan masak seperti biasa.
3. Selalunya jika kita masak dengan rice cooker ni, api rice cooker cepat bertukar ke "keep warm" walaupun air masih belum kering. Apa saya buat biasanya saya tekan semula dengan meletakkan sesuatu seperti lidi di tempat tekan rice cooker tu dan selepas lebih kurang 10minit saya akan cabut dan biarkan nasi berada didalam keadaan "keep warm" dalam 15 minit. Kacau(garis2kan) sedikit dengan garpu.
*Eloknya masa makan taburlah sikit daun sup/daun bawang & bawang goreng.

Nasi Tomato

AYAM MASAK MERAH
Bahan2nya:
6 ketul Ayam - digaul dengan garam kunyit dan digoreng separuh masak
*2 ulas Bawang Putih
*1 biji Bawang Merah Besar
*1 inci Halia
(*dikisar halus)
3 susu besar Cili Boh
3 sudu besar Sos Cili
2 batang Serai - dititik
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih & Buah Pelaga (4sekawan) 
Garam & Gula secukup rasa
4 sudu besar Minyak Masak
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan dan serai.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing.
3.Masukkan cili boh & sos. Masak seketika sehingga cili mulai garing. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda mahukan dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Bila ayam masak masukkan garam & gula secukupnya.
* Selain ayam masak merah, nasi tomato juga sesuai dimakan bersama dengan kurma, kari dan juga rendang.

Ayam Masak Merah
Selalunya orang akan makan nasi tomato dengan jelatah atau acar tapi kali ni saya nak tukar sikit. Saya buat kerabu tapi kerabu saya simple dan masam serta pedas. Ini adalah untuk membuang rasa muak bila kita makan terlalu banyak bahan berlemak. Saya buat Kerabu Terung & Kerabu Tomato.


Kerabu Terung

Kerabu Tomato

KERABU TOMATO
Bahan2nya:
2 biji Buah Tomato - dihiris
1/2 biji Bawang Besar - dihiris nipis
5 biji Cili Padi - dihiris
1 sudu besar Sos Cili
Garam secukupnya
Sebiji Limau Nipis - ambil jusnya sahaja

Cara Membuatnya:
Gaulkan kesemua bahan...e2 sahaja.

No comments:

Post a Comment