Followers

Tuesday 21 February 2012

Grand Dish Cafe Menu

We're Islam (halal) cafe located at City Garden Condominium, Ground Floor, Persiaran Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur.













Sunday 12 February 2012

Grand Dish @ Madam Lim's Kitchen Jusco Maluri

Hari ni 11 February 2012, birthday Harith. Happy Birthday dear... So kitaorang cuti hari ni. Bukan sebab birthday tapi sebab memang sebulan sekali kami cuti. Dan esok jugerrr...:D sebab ada hal yang perlu diuruskan.
So kami dah bercadang yang kami akan makannnnn jerrr kerja nya hari ni. Mula2 kami ke Jusco Maluri. Actually xde plan nak makan special utk "brunch" so kami pun ke Jusco, tengok2 apa yg boleh dimakan. Maka..masuklah kami ke Madam Lim's Kitchen. Actually dah pernah makan beberapa kali...xsedap mana pun. Tapi x tau lah..masih nak masuk juga bila lalu depan restoran tu. 
Anyway inilah yg kami makan dan macam saya tadi "taste"nya lebih baik di foodcourt atau pasar malam...oooppsss!!!

Ini Sup  Kentang & Lobak Merah. Memang diberi kepada setiap orang sebagai appetizer. Rasanya ok...plain soup.
 
Apa lagi Harith suka bebenor.... (jangan makan banyak sebab nanti malam ada lagi..hehehehe)

Air kami order Watermelon Juice Jumbo, share berdua. Lupa nak bagitahu masa order jangan letak gula...hhuuuhhuu. RM8.90/glass.

Ini yang saya order, Siam Style Fried Rice, RM6.90. Simple fried rice with prawn and fried chicken meat...rasanya 3.5/10...

Ini pulak pilihan Harith, Mun Fan (Gravy Rice), RM6.90. Orang yang suka vege..ok. Taste ok coz Chinese style biasalah kuahnya a bit sticky.

 Deep Fried Chicken Wings, RM8.50.

Akhirnya saya minta...ini. Supaya ada rasa sikit...hhuuhhuu..

Overall Rating : 5/10
Reason: Taste biasa2 saja..nothing special (ini mengikut rasa saya & apa yang saya order k)
Kalau ada yang berminat bolehlah ke:
 
Madam Lim's Kitchen Restaurant
Lot G15A, Ground Floor,
Jusco Taman Maluri Shopping Centre,
Jalan Jejaka, Taman Maluri,
Cheras, 55100 Kuala Lumpur
 


Monday 6 February 2012

Lunch - Ayam Goreng Cili


Ha....inilah lunch dengan Harith semalam. Ayam goreng cili dan sayur tumis. Simple je tapi sedap. Resipi ni mama punya. Dari kecik sampai sekarang seisi rumah suka kalau masak cili ni. Kadang2 mama buat dengan daging, potong kecik2 pun sodapp. Yang kat atas ni saya malas nak potong so saya buat je 2 ketul ayam, sorang satu dengan Harith. Punyalah banyak cili saya guna sampai terlebih2 cilinya, tak nampak ayam. Cili yang lebih jangan dibuang. Nanti boleh buat nasi goreng....x caya??? nanti tengok ye...
Ni saya bagi resipi ayam je ye...sayur tumis tu takkan tak tau nak buat kot....hehehehehe.

AYAM GORENG CILI

1 ekor Ayam - dipotong kecil. Perap dengan garam kunyit & goreng sehingga 80% masak.

Bahan untuk dikisar:
10 batang Cili Merah
5 batang Cili Padi (jika suka pedas)
2 labu Bawang Besar Merah
Jika boleh jangan kisar terlalu halus / terlalu kasar. Biar ada kasar2 sikit, halus sikit
Garam jika perlu
Perasa (jika perlu)

Cara2nya:
Panaskan minyak (gunakan minyak goreng ayam tadi. Minyak anggaran untuk menumis bahan kisar. Jika sewaktu menggoreng nampak minyak kurang boleh masukkan minyak lagi). Tumis bahan kisar sehingga cili hampir garing, masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak & cili garing. Masukkan garam jika perlu. Angkat dan hidangkan.
*Perlu diingatkan minyak ayam dan ayam itu sendiri dah masin. Rasa dulu sebelum anda masukkan garam & perasa(jika perlu)

Jemput makan.....

Haaaa..ni pulak macam saya katakan tadi. Memang ada cili yang lebih so saya simpan dalam fridge. Esoknya saya buat nasi goreng simple je. Tak payah pening2 fikirkan sarapan...
Tak payah resipi kot..just tumis bawang putih, masukkan sosej, sayur2, cili tadi dan sedikit sos tiram. Rasa dulu sebab cili dan sos tiram dah masin...

Friday 3 February 2012

SUAMI ISTERI LELAKI PEREMPUAN

Hari ni terbaca kisah Penyanyi Dangdut Ani Mayuni Teruk Dipukul Suami Kerana Sarapan Pagi. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya tetapi kalau dah sampai tuan punya badan boleh pergi buat report, maknanya ianya benar2 berlaku. Terfikir sejenak...apa lah agaknya yang bermain di fikiran seorang lelaki sewaktu dia memukul seorang perempuan. Tak kira lah isteri, anak, ibu, adik atau saudaranya atau mungkin hanya sahabat. Tidakkah terdetik rasa simpati dihati lelaki tersebut atau mungkin sedikit rasa kesian terhadap orang yang dipukul?
Masyaallah...apakah mereka merasakan diri mereka lebih gagah maka mereka berhak "naik tangan"sesuka hati? Tidakkah mereka terfikir sebebanr-benarnya tindakan mereka adalah tindakan seorang lelaki "DAYUS"  dan lebih sesuai digelar "JANTAN DAYUS". 
Kalau ditanya pasti alasan2 yang diberikan adalah seperti "isteri saya tu mulut celupar, tak boleh tahan" ATAU " hari2 dia membebel, bosan..penat tau nak dengar" ATAU "dia terlalu mengongkong saya,rimas".
Soalan saya:
1. Kalau dah rasakan tak boleh bersatu lagi, kenapa tak dilepaskan? Kenapa mesti pukul? Jawapan yang dah biasa kita dengar..."Islam tak galakkan/tak suka penceraian. Sebab tu Islam meletakkan kuasa talak pada lelaki kerana lelaki punya 9 akal & 1 nafsu manakala perempuan punyai 1 akai & 9 nafsu. Sebab perempuan buat sesuatu tanpa berfikir. Sebab tu kuasa pada suami".
Oooo..masa ni ingat Islam, masa pukul tak fikir yang Islam? Masa sepak terajang tak fikir pulak ini tidak diajar dalam Islam. Tidakkah anda tahu yang Islam tak suka lelaki dayus????

2. Apakah anda rasa dengan memukul, isteri anda akan berubah?

3. Kenapa anda tak sanggup lepaskan? Alasan biasa, sebab anak2. Tidak ke anda fikir yang anak2 bakal membesar dalam suasana yang sangat2 tidak sihat dan kemungkinan besar anak2 akan membuat yang sama pada orang2 disekelilingnya. Tidakkah anda rasa bertanggungjawap dalam membentuk generasi yang akan datang?

Jangan Islam digunakan sebagai alasan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Jangan anak dijadikan alasan sedangkan anda sebenarnya tidak layak digelar sebagai seorang "BAPA" atas sikap buruk anda itu. 
Bukan saya nak beremosi tetapi sebagai seorang wanita saya rasa amat marah pada lelaki yang bersikap begini. Namun syabas pada Ani Mayuni kerana beliau berani membuat laporan polis. Bukan seperti sesetengah wanita yang tak mahu membawa kes ini ke depan hanya kerana "SAYA MASIH SAYANGKAN DIA", "FIKIRKAN ANAK2 JE, KALAU TAK..", "KESIAN KAT DIA, SAYA TAHU DIA BUKAN APA TU, DIA CUMA TERTEKAN"....
Iyolah tuuu...sayanglah..kesianlahh...tertekanlah sangat. Diri sendiri yang patut dikesiankan, diri sendiri yang merasa sakitnya, anak2 yang patut difikirkan demi masa depan mereka. 

Bukan saya kata penyelesaiannya adalah penceraian tapi cari jalan penyelesaian yang lebih baik bukan hanya menadah tangan & redha. Islam tak suka orang yang mudah berputus asa. Saya yakin kalau kita berani jantan2 keparat tu takkan beraninya letak tangan kat badan kita ni. Kita perlu hormat suami kita BUKAN takut suami kita. Rasa hormat dari kedua2 belah pihak amat penting. Jika rasa hormat itu hilang sampai sanggup sepak terajang..apa lagi nak disayang.

Buat semua suami & isteri / lelaki & perempuan:

Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita. 

BERSYUKURLAH SENTIASA......Wassalam.....
Too Phat & Yassin - ALHAMDULILLAH

Thursday 2 February 2012

SAYUR LOBAK MASIN BERDAGING


Siapa tahu apa itu Lobak Masin (itu apa yang family saya panggillah), atau sesetengah orang panggil sayur jeruk.

Inilah rupanyer tapi yang ni saya dah potong2. Terlupa pulak nak ambil gambar sebelum potong. Mama saya pernah masak lemak cili padi dengan daging pun sedap. Buat asam pedas/rebus punn sedap. Sebenarnya masak ni terpulang pada kita. Kalau rajin mencuba apa pun boleh.
Ok saya pulak suka masak begini tumis dan masak dengan asam jawa lagi. Sedap terasa masam masinnya. Tapi kalau nak masak sayur ni kena rendam dan basuh bersih2 sebab banyak pasir kat dalam sayur tu.Nanti tak leh makan pulak.

Sayur Lobak Masin Berdaging

Bahan2nya:
Sepokok Lobak Masin/Sayur Masin - dipotong & dicuci bersih
2 ulas Bawang Putih
200gm Daging - dihiris (ayam pun boleh,lebih sedap kalau dengan tulang2nya)
1 labu Bawang Besar - dihiris nipis 
2 inci Halia - dihiris halus
1/2 sudu kecil Serbuk Lada Putih
Air asam jawa secukupnya
Kicap Cair secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih diikuti dengan halia dan bawang besar. Bila dah naik bau masukkan daging dan kacau sebentar. Masukkan air asam jawa (boleh tambah air biasa jika mahu berkuah dan tidak terlalu masam). Bila air mula mendidih masukkan sayur, lada dan kicap cair. Masak sehingga sayur lembut. Tambah perasa (jika kurang) mengikut citarasa anda. Bolehlah dihidangkan.
Saya suka masak sayur ni biar agak pekat sikit.Biar rasa masamnya. Kicap masin jangan terlalu banyak kerana sayur ni pun dah masin. Sedapnya sayur ni bila dicampur dengan daging atau ayam ataupun udang, rasa rencah2 tu lah yang membuatkan sayur ni sedap.

Wednesday 1 February 2012

Ayam Masak Cili Kering Bersos Tiram & Masalah Meng"Copy/Paste"

Salam...hari ni saya terbaca dalam Dapur Tanpa Sempadan tentang satu blog ni yang copy paste semua resipi CMG ni kedalam blog dia. Kalau nak tahu apa halnya baca disini. Kenapalah ada manusia yang macam ni? Kenapa mereka tak nak bertatih macam saya (yang tak pandai berblog ni) buat blog sendiri, buat resipi sendiri...tak kisah lah kalau bermula dengan resipi "Nasi Putih" atau "Ikan Goreng" pun. Yang penting bila kita buat semuanya sendiri, kita akan rasa kepuasannya.
Bukan mudah bagi seseorang blogger tu nak berkarya dan mengeluarkan idea terutama sekali yang berkaitan dengan masakan. Dah lah idea untuk resipi,idea untuk menghias & idea untuk ambil foto lagi. Orang lain pulak dengan mudah copy paste semuanya dan masuk kedalam blog mereka. Tak malu ke?
Sorrylah kalau saya sedikit emosi. Sejujurnya saya tak kenal pun siapa CMG tu. Tapi saya bermula sebagai silent reader (bertahun2 lamanya) blog beliau dan beberapa blog masakan lain lagi seperti Myresipi , Secubit Garam dan banyak..banyak..banyak.. lagi. Dan kerana mereka inilah telah memberi inspirasi kepada saya untuk membuat blog sendiri. Walaupun tidak sebaik mereka tetapi seperti yang saya katakan tadi,jika ianya dari hasil titik peluh sendiri pastinya kita akan dapat kepuasannya.
Buat sesiapa yang telah atau bercadang untuk meng"copy/paste" hak orang lain..tolonglah fikirkan semasak2nya. Jangan jadi pencuri..... sekian,terima kasih!!

Ok..sekarang saya nak berkongsi satu resipi yang tak tau datang dari mana. Semalam dok fikir apa nak masak yang ringkas dan cepat. Maka terhasillah resipi ni (resipi campak2 jerr)...


AYAM MASAK CILI KERING BERSOS TIRAM

Bahan2nya:
200 gram Isi Ayam dihiris - diperap dengan garam,serbuk lada putih & serbuk kunyit (agak2 ye macam kita goreng ayam tu je. tapi jangan banyak sangat garam sebab nanti ada perasa lain lagi)
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 labu Bawang Besar Merah - dipotong dadu
5 tangkai Cili Kering - dipotong serong (boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
Sayur - Lobak Merah & Baby Corn (kuantiti & cara potong ikut selera masing2)
1 1/5 sudu besar Sos Tiram
1/2 sudu kecil Serbuk Pati Ayam Knorr
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bawang besar & masak sehingga layu. Masukkan cili kering dan masak hingga naik bau pedasnya dan sedikit garing. Masukkan ayam dan goreng hingga sedikit garing. Bila ayam garing masukkan sayur dan sedikit air untuk melembutkan sayur tadi. (perlu diingat masakan ni jenis kering. tak perlu air banyak cukup sekadar untuk melembutkan sayur je). Bila sayur mulai lembut masukkan sos tiram dan serbuk pati ayam Knorr. Kacau rata, rasa cukup masinnya dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.