Followers

Thursday 31 May 2012

Mee Goreng + Nasi Goreng Mama + Sup Sempoi = Ular Sawa

Ok tak tajuk macam tu? Betullah kan bila dah makan kenyang mestilah jadi ular sawa...hahahahaha. Actually nasi goreng mama dengan sup simple tu menu dinner semalam. Resipinya ada disini. Sup nya pulak simple je..air, chicken ball, crab stick dan sedikit serbuk secukup rasa...(syyyy...jangan bagitahu orang tau).
Nasi Goreng Mama

Sup Simple
Ni pulak "brunch" hari ni. Kes tak sempat breakfast, terus ke lunch.
Mee Goreng
MEE GORENG
Bahan2nya:
200gm Mee Kuning
1 ulas Bawang Putih - dicincang halus
Isi Ayam - dipotong kecil
2 sudu besar Cili Boh
3 sudu besar Sos Cili
Kicap Pekat & Kicap Cair secukupnya
Sawi
Kobis
Taugeh
1 sudu besar minyak masak

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak. Masukkan cili boh dan sos cili. Letak sedikit air jika terlalu kening. Masak cili sehingga pecah minyak. Masukkan kicap cair dn kicap pekat secukupnya diikuti dengan sayur, mee dan akhir sekali taugeh. Masak seketika dan bolehlah dihidangkan.
Simple je mee ni tapi yang membuatkannya sedap ialah kicapnya. Siap import dari Ipoh lagi..pernah nampak kat kl tapi macam terhad je. Apapun cubalah ye..


Wednesday 30 May 2012

Dinner Semalam + Breakfast Hari Ni..

Haaa..kan senang bila dua meal disatukan..senang keje.heheheh.. Untuk dinner lauk semua sayur..hehehehe. sihatkan? KOnon...
Taugeh Goreng
Taugeh goreng ni saya campur dengan lobak merah dan daun bawang. Sayur goreng simple je tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan lobak merah kemudian diikuti dengan sayur lain dan tambah perasa.
Terung Goreng Cili
TERUNG GORENG CILI
Bahan2nya:
3 biji Terung Bulat - dipotong ikut selera masing2.Bakar sikit untuk lembutkan.
*1 biji Besar Merah
*3 ulas Bawang Putih
*6 biji Cili Padi - boleh tambah atau kurangkan ikut selera
*4 biji Cili Merah
*1/2 inci Belacan
*4 ekor Udang Basah
*Garam secukupnya
Semua bahan bertanda * ditumbuk tapi jangan terlalu halus dan jangan terlalu kasar
3sudu besar minyak masak untuk menumis 

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga garing dan naik bau.Masukkan terung dan masak sehingga sebati.Boleh letak sedikit gula jika suka.

Memanglah dinner makan sayur tapi bangun pagi tadi dah buat cucur pulak..hampehhhh. Saya tak suka cucur yang manis so saya buat cucur jagung tapi pedas,macam cucur udang lah tanpa gula.

Cucur Jagung
CUCUR JAGUNG
Bahan2nya:
2 batang Jagung Manis - diambil isinya sahaja
1 1/2cawan Tepung Gandum
1 biji Bawang Besar - dipotong dadu
5 ekor Udang Basah - dipotong kecil2
Sedikit Daun Bawang - dihiris kecil
1 biji Telur
Sedikit Lada Putih
Air garam secukupnya.
Minyak untuk deep fried

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Sementara tunggu minyak panas, satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Bila adunan sebati bolehlah digoreng sehingga kekuningan.

Tuesday 29 May 2012

Laksa Goreng

Jemu dengan mee, koeteow & bihun....haaaa masak ni..
Laksa Goreng
LAKSA GORENG
Bahan2nya:
200gm Laksa Basah
2ulas Bawang Putih
8biji Cili Padi - ditumbuk halus
10ekor Udang
Kicap Kipas Udang Manis secukupnya
Kicap Cair secukupnya
1/2 kiub Kiub Pati Ayam Knorr
Taugeh & Daun Bawang
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih. Bila dah mula naik bau masukkan udang dan diikuti dengan cili padi. Tumis sehingga cili garing dan masak. Masukkan air,kicap kipas udang,kicap cair dan kiub ayam. Kacau seketika kemudan masukkan laksa,daun bawang dan taugeh. Goreng sehingga masak angkat dan hidangkan.

Roti Bakar Berinti Sardin

Roti Bakar Berinti Sardin
Inilah menu sarapan pagi ni. Simple je..rasa dah tak tahu nak masak apa.. tak payahlah resipi bagai kan.. saya masak sardin campur dengan cili boh sikit, garam,lada hitam,bawang besar dan kentang dipotong dadu halus. Perah asam limau sikit..dah siap. Masukkan dalam pembakar roti dan bakar seperti ini...
Dalam tempat pembakar roti
Dah masak potong tengah dan jadilah seperti ini...
Senangkan...cubalahh.

Monday 28 May 2012

Resipi Malas & Campak2 jerrr..

Kadang2 mati akal tak tau nak masak apa. Haaa...ni je lah yang adoo...
Daging Masak Berempah
DAGING MASAK BEREMPAH
Bahan2nya:
300gm Daging - direbus dengan air (agak tenggelam daging) dan 3 sudu besar Kicap Kipas Udang (Manis). Air jangan dibuang.Bila dah masak hiriskan nipis2 dan gaulkan dengan bahan2 dibawah:
*3ulas Bawang Putih
*1biji Bawang Besar (Merah)
*2inci Halia - semua bahan * dikisar halus
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar

1 Kulit kayu manis, 2 Bunga lawang, 2 Bunga Cengkih
4 sudu besar Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau. Masukkan daging yang telah diperap tadi,goreng seketika sehingga daging dan rempah nampak mulai garing. Masukkan air rebusan daging tadi dan masak sehingga pekat. Tak perlu garam atau gula sebab dah cukup perasanya. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak.
Bendi rebus..haa yang ni tak payah lah resipi erkkk...kalau tak tau jugak nak buat hmmm entah lerr..
Bendi Rebus

Masak Lemak Cili Padi Bayam dengan Udang
Yang ni pun dah macam menu ulangan lah kan. Cuma bezanya tekak ni lately nak makan sesuatu yang lembik..sayur lunyai, maggi lembik giler...teruk kan. So bayam ni jadilah sasarannya...gambar ni ambil masa tengah mendidih..hmmm tak sabar nak makan. Actually nak makan ni dengan telur masin...Sapa2 yang tengah diet tu cuma menu bendi tu jer yang sesuaiiiii...hehehehehe..
Yee Mee Sizzling Syle
YEE MEE SIZZLING STYLE
Bahan2nya:
1ketul Yee Mee
1ulas Bawang Putih - dicincang halus
2keping hirisan Halia
2batang Cili Kering - dipotong kecil
Sedikit Isi Ayam sebagai rencah
3 keping cendawan kering - direndam sehingga kembang dan dihiris
1 1/2 cawan air
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu kecil Kicap Cair
1 sudu kecil Kicap Pekat
1batang Sawi - potong panjang2
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit Minyak Bijan

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan halia dan cili kering kemudian masukkan isi ayam dan cendawan kering. Kacau seketika kemudian masukkan air diikuti dengan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Bila air mulai mendidih masukkan sawi dan diikuti dengan yee mee. Masak sehingga mee sedikit lembu tetapi jangan terlalu lembut, biar kenyal sikit. Rasa dulu kalau kurang garam boleh tambah. Masukkan lada hitam dan miyak bijan dan boleh terus angkat dan hidangkan. Boleh makan bersama cili padi kicap.
Sebaiknya mee ni biarlah berkuah sikit. Setengah orang suka letak tepung jagung tapi saya tak suka.
Saya guna cendawan ni. Vanilla beans kata En Google ni. Ni pun gambar "dialah" saya pinjam..hehehe. Saya rendam cendawan ni sbelum tidur malam, esok pagi dah boleh masak. Kembang sangat..

Monday 21 May 2012

Resipi-resipi Tertunggak

Bila dah tertulis title macam tu maksudnya mestilah banyakkan resepi yang tertunggaknya kan? hahahahah banyaklah sangat yerr....Sebenarnya lately ni rajin masak sikit. Mood memasak sudah mali... Inilah antara lauk pauknya. Ada yang sesetengah tu tak payah lah nak di tulis lagi resipinya erkkk sebab sama je cuma bahan utamanya ditukar.
Ketam Masak Lemak Cili Padi
Macam masak lemak ketam ni rujuk je resipinya di sini . Tapi tak saya tak letak timun.
Sayur Goreng dengan telur..tak payah resipi erkk
Udang Goreng Asam
Udang Goreng Asam
Bahan2nya:
15 ekor Udang - dipotong hujung kepala dan ekor diperap dengan garam dan sedikit serbuk kunyit
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 biji Bawang Besar - dihiris
1/2 biji Capsicum Hijau - dihiris
Sedikit Air Asam Jawa
Minyak untuk menumis
Serbuk Lada Putih secukup rasa

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang yang telah diperap tadi. Masak sehingga udang separuh masak. Masukkan air asam. Bila udang masak dan kuah memekat, masukkan bawang besar, capsicum dan serbuk lada. Siap untuk dihidangkan.

Ini pulak resipi kerabu. Ini cara mama buat kerabu dan kamai sekeluarga memang suka dengan kerabu yang macam ni. Kalau kerabu yang pakai kelapa parut tu memanglah sangat2 kurang. Resipi ni main campak2 jerr tau. Kalau rasa nak makan, cuba buat sendiri erkkk...hehehe


Kerabu Pucuk Paku & Taugeh
Bahan2nya:
1 ikat Pucuk Paku - dipotong kecil dan dicelur
Taugeh - dicelur
Sambal Belacan - (cili merah, cili padi dan belacan ditumbuk dan dicampur dengan air asam jawa)
Kerisik
Udang - dibuang kulit dan dimasak dengan sangat2 sediit air dan secubit garam.
Halia - dihirs halus
Bawang besar - dihiris halus
Cara Membuatnya:
Campurkan semua bahan dan gaul rata. Udang masukkan sekali dengan airnya. Rasa kalau kurang garam, tambah sikit. Dan makan dengan Ayam Goreng Berempah Simple jer. Ayam ni saya perap dengan garam, kunyit, bawang merah, bawang putih dan halia yang dimesin halus. Simple kann?

Saturday 19 May 2012

Selamat Hari Ibu 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 diseluruh dunia. Buat mama rasanya belum terlambat nak diucapkan. Terima kasih kerana menjaga kami dari kecil sampailah sekarang. Nasihat mama tak putus2 pada kami. Selalu menegur kami atas apa jua yang kami lakukan. Terima kasih... Semoga Allah merahmati hidup mama selamanya..amin.
Tahun ni tak dapat balik sambut hari ibu dengan mama. Saya cuma sempat buat penghantaran kek yang diorder melalui http://www.leenacake.blogspot.com/ . Ini first time saya order dari Lina ni. Buat suprised kat mama lah kononnya. Bagus juga ada servis macam ni. Jumaat call, sabtu bank in duit dan ahad sampai. Mama agak terkejut kata adik sebab yang tahu hal ni cuma saya dan adik je. Alhamdulillah mama suka sebab mam tak suka kek yang ada icing (saya pun). So saya order kek Lemon Yogurt Cake with buah2an. So inilah hasilnya tapi gambar ni adik ambil selepas kek ni diaorang dah potong sikit. Tak sabar katanya..
Bila mama kata sedap insayaallah lainkali bolehlah order lagi.... :)

Saturday 12 May 2012

Ikan Bawal Emas Masak Pedas & Kangkung Goreng

Ikan Bawal Emas Masak Pedas


Kangkung Goreng
Hari ni Grand Dish off so apa lagi..kena masak di rumah. Ala kadar je lah. Pagi2 dah ke Jusco beli barang. Punya ghairah nak masak sampai lupa yang Jusco buka 10am. Hmm..terpaksalah tunggu gantikan pak guard lak. Masuk je terus grab Ikan Bawal Emas & Ketam. Sayur pulak Kangkung & Sawi Susu. Tapi untuk hari ni saya masak ikan dan kangkung dulu. Inilah resipi untuk hari ni.
Pening tak tengok photo ikan ni? ahhahaha jenuh pusing x leh jugak. Takpe lah janji rasanya mengancam gitu..
Ikan Bawal Emas Goreng Pedas

Bahan2nya:
1 ekor Ikan Bawal Emas - gaul garam kunyit dan digoreng garing
2 ulas Bawang putih - dihiris nipis
1/2 labu Bawang Besar Merah - dihiris nipis
3 inci Halia Muda - dihiris halus
1 batang Serai - dihiris halus (batangnya titik dan gunakan untuk menumis)
1 kuntum Bunga Kantan - dihiris halus
8 biji Cili Padi - dihiris halus. Boleh tambah jika nak lebih pedas
3 sudu besar Perencah Cili Campuran Segera Masfood
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sampai naik bau. Masukkan bunga kantan, serai dan cili padi. Goreng sehingga agak garing. Masukkan Perencah Cili Campuran Segera Masfood. Tak perlu tambah gula atau garam kerana perencah ni dah cukup rasanya. Biar masak seketika kemudian tuangkan keatas ikan yang digoreng garing tadi.
Inilah rupanya perencah tu. Saya beli di Jusco.
Inilah rupa bahan2 semasa ditumis.
Haaa??? Kangkung nak resipi?? Tak payahlah kot errrkkk....:D

Sunday 6 May 2012

Sup Ayam Simple Ya Amattt & "Gu"nya...

Fuhhhh...amacam title macam tu? Haaa ni lah menu hari Sabtu sempena dengan cuti umum Hari Wesak (eh..eh..ada kena mengena ke?). Rasa macam nak hirup sup je. Sebenarnya dalam kepala ni dok fikir nak buat sambal tumis udang tapi masa yang sama nak hirup sup. At last buat sup jugak. Simple je sup nya. Dengan takde daun sup nya..tibai je lahhh..ditambah pulak dengan "Gu"nya...fuhhh kecur air liur dibuatnya..
Sup Ayam Simple Ya Amattt...
Sup Ayam Simple Ya Amatttt

Bahan2nya:
3 ketul Ayam - dipotong kecil (Saya guna 2 kepak dan 2 peha)
Bahan untuk dimesin halus:
2 inci Halia
1 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih

1 bungkus Sup Bunjut Adabi
4 cawan Air
1 batang Lobak Merah - potong ikut selera masing2
Garam secukup rasa
1 kiub Pati Ayam Knorr

Cara Membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali kiub ayam dan garam. Masak sehingga mendidih dan sehingga ayam dan lobak merah lembut. Masukkan garam dan kiub ayam. Biar mendidih. Siap... Boleh taburkan bawang goreng & daun sup semasa dihidangkan. Saya takde daun sup tapi sedap juga. Rasa manis dari bawang, ayam dan lobak merah tadi memang rasa yang asli. Tak percaya buatlah..

Dan saya makan dengan ini.....
Sambal Belacan Cili Api, Timun dan Ikan Tenggiri Masam
Saya kalau sup lebih suka guna yang tulang2 dan isi yang lembut. Saya tak suka kalau isi dada rasa keras je. Dan Harith pulak masak rebung..saya ni tak makan rebung. Pilih rebung pun tak pandai apatah lagi nak masak. So Harith masak rebung style dia lah....
Rebung Goreng Cili Kering
Rebung Goreng Cili

Bahan2nya:
2 batang rebung kuning - dihiris halus
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
2-3 batang Cili Kering - dipotong kecil atau dimesin kasar
1/2 sudu besar Sos Tiram
1/2 sudu besar Sos Ikan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam jika perlu

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putihh hingga naik bau. Masukkan cili kering. Goreng sehingga cili sedikit garing. Masukkan rebung. Kacau rata. Masukkan sos tiram & sos ikan. Jika kurang masin bolehlah masukkan garam sedikit. Masak kering dan sehingga rebung masak. Angkat dan hidangkan..