Followers

Tuesday 16 August 2011

Menu Berbuka Terlewat Entry :)

Salam Ramadhan yang ke 16 hari ni...wahhhhh.. dah 16hari kita berpuasa. Tinggal lebih kurang 14hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..insyaallah. Lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang di corong radio dan shopping mall. Surirumah pula dah mula sibuk didapur dengan kuih-kuih rayanya. Shopping mall sibuk dengan jualan murah/jualan raya/mega raya sales nya. Jalan-jalan raya sesak terutama sekali yang berhampiran Bazar Ramadhan dan shopping mall. Kedai-kedai yang menjual barang untuk membuat kuih raya mula dipenuhi orang ramai, sampaikan berbaris sehingga keluar kedai. Hmmmm....tapi saya...macam ni lah. Sampai sekarang jangan kata kuih raya, masak berbuka pun kelam kabut..heheehe. Sampaikan entry diatas tu yang minggu lepas punya baru nak masukkan. Busy?? Busykah saya ni??? atau membz kan diri......entahlahhhh. Tapi yang pasti memang tak cukup masa.... Kuih raya? tunggulah bila balik raya nanti kot buat di kampung je jawapnya...
Oklah, cukuplah membebelkan. Menu diatas tu sebenarnya menu terkejut/malas/takde idea. Fikir punya fikir akhirnya terhasillah menu2 ni.
  
Masak Lemak Putih


Telur Masin (belilah ye, balik rebus jer), Sambal Ayam Simple & Donashi dari Big Apple (given by my neighbour, Simon).
Yang saya masak cuma Masak Lemak Putih & Sambal Ayam Simple tu je. Jom ikuti resipinya dibawah ni...

Masak Lemak Putih
Bahan2nya:
2-3 keping sayur fucuk (setiap keping dipotong 4 dan direndam dalam air)
4 keping/helai sayur kobis (dipotong ikut suka)
1 batang lobak merah (dipotong)
Sedikit sahun direndam (jangan banyak sangat, nanti kembang dalam kuah)
2 ulas bawang merah dihiris halus
Ikan bilis/udang kering/udang hidup (bahan perencah ni ikut pilihan)
1 kotak santan M&S (tuang santan dalam bekas sebagai santan pekat. Masukkan sedikit air dalam kotak, goncang & buat sebagai santan cair)

Cara2nya:
Bawang, lobak merah, bahan perencah & santan cair disatukan & dimasak sehingga lobak lembut. Masukkan santan pekat,terus kacau supaya tidak pecah minyak. Bila mula mendidih, masukkan sayur kobis & dan fucuk. Garam secukup rasa. Sebelum angkat masukkan sahun.

Sambal Ayam Simple
Bahan2nya:
5 ketul ayam goreng
4 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air untuk kuah

Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih & bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili giling, masak sehingga garing dan cili betul2 masak. Masukkan sedikit air (ikut samada nak berkuah atau tidak. Saya lebih suka kuahnya pekat)  dan ayam. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukupnya.

Saturday 13 August 2011

Ikan Goreng Asam Jawa & Sambal Ikan Tongkol

Salam buat semua..Macamana puasa setakat ni? Semoga semuanya ok ok saja. Semenjak bermulanya Ramadhan sehingga sekarang, diri dihimpit kesibukan yang teramat sangat. Sampaikan nak update blog pun susah. Sempat juga snap gambar lauk2 berbuka tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Mungkin resipi2 yang akan saya masukkan ni agak terlewat tapi ok jugalah kan...daripada "diam" terus.
Oklah, hari tu masa dok fening-fening  dok cari idea nak masak apa dengan ikan tongkol yang ada dalam frezeer tu, saya ke website ni link. Memang dari mula saya mengikuti blog/website masakan, website inilah yang menjadi pilihan utama. Saya terberkenan dengan resipi dari HaSue ni. Resipi yang mudah dan sedap sangat. Terima kasih kerana berkongsi resipi ni.

Inilah hasilnya Ikan Goreng Asam Jawa. Tapi saya tak habis disini. Ikan ni saya buat sambal yang amat simple. Kalau berminat bolehlah mencuba yerr...

Sambal Ikan Tongkol

Bahan2nya:
1 ekor ikan Tongkol size sederhana (dipotong kecil) & digoreng seperti resipi diatas.
1 biji bawang besar (dimesin halus)
3 ulas bawang putih (dimesin halus)
4 sudu besar cili giling
Garam & Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah dimesin halus. Bila bawang dah naik bau, masukkan cili giling. Masak sehingga cili betul2 garing dan cukup masak. Masukkan sedikit air (agak2 saja. Saya masukkan sikit sebab tak mau terlalu berkuah). Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan, garam & gula secukup rasa.


Inilah rupanya Sambal Ikan Tongkol saya. Simple kan??? bulan puasa ni biasanya lauk2 yang macam ni lah  yang cepat laku berbanding lauk lain. Tapi sorrylah, saya suka pekat sampaikan tak nampak bentuk ikan dicover dek sambal.....Selamat Mencuba..







Tuesday 2 August 2011

Ramadhan Datang Lagi...


Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi. Syukur kehadratNYA akhirnya kita masih berkesempatan menyambutnya tahun ini. Ramadhan pertama amat bermakna buat saya kerana dapat balik berbuka dan bersahur dengan mama & keluarga, alhamdulillah.....ahamdulillah...alhamdulillah.......
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ibadah kita diberkati Allah S.W.T...