Followers

Saturday 23 March 2013

TEMPAHAN ROTI JALA DAN KARI AYAM 20130323


Alhamdulillah cuti sekolah dah mula..mudah2an murah rezeki..amin. Tempahan yang dah pun selesai dihantar hari ni....

Ini tempahan dari Ella, Seksyen 10, Wangsa Maju...alhamdulillah..thanks lainkali order lagi erkkk... :)

Sebenarnya ada lagi satu tempahan 400 roti jala sahaja tapi tak sempat nak snap gambar sebab dok kalut continue second order...terima kasih daun keladi Pn. Amizah dari Ampang...:)



 

Tuesday 19 March 2013

LUNCH LEPAS GERAM....???

Sabtu lepas ke rumah adik di Bukit Beruntung. Sebelum sampai singgah makan di hentian Jejantas Sg Buluh. Waktu tu dah malam..maklumlah lepas tutup cafe je baru gerak. Lapar tapi rasanya taknak makan KFC. Singgah lah di satu kedai makan yang berhampiran dengan area wash room...(taknaklah mention exactly mana kedainya).

Harith ambil nasi lauk ayam masak merah, kuah tomyam dan telur goreng. Dana akak minta Harith ambil lauk ayam tu lebih sikit sebab akak nak ratah. Akak pulak makan bihun sup (seems like makan bihun dengan air kosong je). Air kopi kosong (harith) dan sirap limau(akak).

Akak stop makan bihun sup half way sebab memang takde rasa. Akak amik ayam 2 ketul (kecik) dari Harith dan ratah....

Dalam 4am macam tu mulalah akak terjaga dari tidur...meloya semacam. Bubuh minyak tak jalan...mula dah suspek. Tahan punya tahan sampailah pagi...rupanya Harith pun sama...lembik lunyai kami hari ahad tu. Pening adik akak tengok. Sorang masuk toilet sorang keluar..sorang masuk...sorang keluar..
 
Plan nak masak lemak lah..nak goreng ikan rebus lahhh semua tinggal plan jer..tak mampu gilerr..lepas makan ubat dah malam baru ok sikit tapi lemahnya badan tuhan saja yang tau.
Akak nak ingatkan pada semua peniaga, tolonglah jaga sikit makanan anda tu..(pesanan untuk diri sendiri jugak). Kalau akak buat report kan susah kalian...

Balik je KL apa lagi lepas geram lahhh...walaupun tak dapat ikan rebus..takpe janji ada sambal, ulam dan masak lemak..

Masak Lemak Kuning Baby Bayam, Ayam Goreng, Sambal Belacan & Ulam Jantung Pisang
Resepi lauk??
Simple je.. Masak lemak tu akak hiriskan bawang merah & bawang putih. Kalau nak aletak ikan bilis ke udang ke pun boleh masuk masa ni. Akak buat kosong je. Masak bersama santan cair dulu. Bila mendidih masukkan santan pekat dan serbuk kunyit sikit. Biar hampir mendidih masukkan bayam dan perasakan dengan garam. Masak mendidih..jangan sampai pecah minyak. Kacau selalu..jangan lama sebab bayam mudah lembut.

Ayam pulak akak potong kecik2, gaul garam kunyit, serbuk lada dan bawang blended (bawang merah, halia, bawang putih) perap sekejap dan goreng. Makan dengan samba belacan dan ulam jantung pisang...perrhhhhh...cubalah.

 Petang nya pulak akak terrajin....buat ni..

CORN MUFFIN GEBUSSSS.........


Daaaa.....jumpa lagiii...
 

Friday 15 March 2013

NASI BRIYANI AYAM PANGGANG GRAND DISH




Entah kenapa rasa nak buat nasi briyani je..akak ni tak suka daun ketumbar so nasi ni jadi sempoi je la.. kalau berbanding dengan nasi briyani yang lepas, yang ni berbeza sikit caranya..jom layannn..



RESEPI AYAM BRIYANI PANGGANG

Bahan2nya:
3 ketul Ayam digaul bersama
1 peket kecil Rempah Briyani Faiza
1 sudu kecil garam
Ayam tu akak guna dari seekor ayam yang dipotong 10

Bahan Blend:
2 biji Bawang Besar Merah
3 inci Halia
5 ulas Bawang Putih
2 biji Cili Hijau
*Simpan 2 sudu bahan blend untuk masak nasi nanti.

5 sudu besar Minyak Masak
Rempah 4 sekawan
1 cawan Susu Cair
1/2 cawan air (jika perlu)
1/2 sudu besar Tomato Paste
Garam & Gula secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan.
Masukkan bahan blend dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan tomato paste dan kacau rata seketika.
Masukkan ayam yang digaul dengan rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak.

Tunggu rempah pecah minyak sebelum masukkan susu.

Bila rempah mula pecah minyak masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Perasakan secukupnya.

Angkat ayam sahaja dan susun dalam bekas/tray yang dilapik dengan foil (jika ada) dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180 ~ 200C selama 20minit, keluarkan dan sapukan sedikit kuah ayam tadi keatas ayam dan sambung bakar lagi 10 minit atau sehingga garing sedikit.

Sebelum dibakar



RESEPI NASI BRIYANI

Bahan2:
3 cawan Berasmathi - dicuci, rendam selama sekurang2nya 30minit kemudian toskan.

Bahan Tumis:
3 sudu besar Minyak Masak
2 sudu besar Minyak Sapi
2 sudu besar Bahan Blended (yang disimpan sewaktu masak ayam tadi)
8 sudu besar Kuah Ayam Briyani Panggang
1 cawan Susu Cair
1 Kiub Pati Ayam Knorr (Jika kuah ayam dah masin kurangkan)

2 1/4 air
Sedikit Pewarna Kuning

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak dan minyak sapi.
Tumiskan bahan blended sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan kuah ayam briyani dan masak seketika.
Masukkan susu cair dan kiub ayam sehingga mendidih seketika. Tutup api.

Masukkan beras, 2 1/4 air dan bahan tumis kedalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila api dah naik, buka dan titiskan pewarna kuning 3-4 tempat dalm nasi. Kacau sedikit. Jangan terlalu lama takut nasi patah. Tutup dan biarkan api dalam keadaan "warm" dalam 15-20minit atau sehingga nasi betul2 masak.

Untuk nasi akak dah tak letak dah rempah 4 sekawan sebab dalam kuah ayam tadi akak dah letak. So masa ambil kuah untuk ayam nasi, ambil sekali rempah 4 sekawan tu. 



Monday 11 March 2013

HOMEMADE MUFFIN




MUFFIN


Perisa: Pisang, Chocolate Chips, Vanilla, Pandan, Orange, Strawberry, Blueberry


Harga: Saiz M: RM 1.40/pc (plain paper cup dan packing dengan plain plastic transparent)

                Saiz L: RM 1.60/pc (plain paper cup dan packing dengan plain plastic transparent)

Lain-lain packaging tambahan RM0.10 ~ RM0.30/sebiji. Rujuk gambar dibawah.

Packaging (gambar dari En.Google) :

Normal Packaging - Transparent Plastic

Printed Plastic Transparent tambahan RM0.10

Plastic Dome Container tambahan RM 0.30


Minimum Order: 50pcs
Order lebih dari 100pcs harga boleh dirunding.

Pick Up Point: Jalan Ampang, Viva Mall, KWC (Fashion Shopping Mall), Menara Maybank KL, TM Point Jalan Raja Chulan.
Penghantaran untuk luar KL caj penghantaran adalah diantara RM8~rm15 (mengikut kawasan)

Berminat sila hubungi/sms saya Hasnie ditalian 017-3287554.



TEMPAHAN 20130309 DAN CERITA DISEBALIKNYA..

Tempahan 09032013..Alhamdulillah..

Thanks Syah Selayang & Mr.Naji...

Sebenarnya 09hb hari tu sepatutnya ada order untuk majlis nikah di PJ. Siap hantar email confirmed, tak cukup dengan anak, maknya call lagi katakan confirmed!!

Dalam phone pun dah bincang harga bagai semua dah setuju. Dalam email dia pun kata confirmed dan setuju dengan harga siap details lagi. Akak pun hantarlah quotation harga pun sama seperti yang dibincang. Masa tu tinggal 5 hari sebelum majlis.

Biasalah meniaga macam ni kita kenalah minta deposit 50% 3hari sebelum majlis. Yelah kita pun nak jaga pihak kita juga. Nak secure..buatnya dah order tak ambik deposit tiba2 dia tak bayar ke apa ke tak mati kita..

Tunggu punya tunggu apa cerita pun takde. 3hari sebelum saya sms tanya macamana..kata confirmed. Dia balas "nanti esok saya bagitau"....banyaklah dia punya esok. Diam terusss sampai sekarang.

Akak bukan "kebulur" sangat.Tapi kita ni orang melayu beradat. Kalau tak jadi pun bagitau lah. Bukan susah pun bukan suruh buat iklan dalam suratkhabar. Sms je..
Ni kita terpaksa cancell order lain hanya untuk dia..tak ke naya.. hmmm terpaksa lah black list orang macam ni..maaf ye

Mujur jugalah akak terima order kecil ni..walaupun kecil tapi orang nya jujur...alhamdulillah..syukur.

 

Friday 8 March 2013

NASI BRIYANI PABILA LARUT MALAM....

Hahahahaha...dah macam lagu Panca Sitara....sebenarnya masa buat nasi ni dah lewat malam. Sebab tu lah bahan2nya simple bangat..takde daun ketumbar, takde daun pandan, takde kismis, takde gajus, takde bawang goreng...mana ada orang masak nasi briyani malam2 buta. Tapi dah lapar sangat dah maso tu. Nak keluar maleh. Tah macam mano termasaklah pulak briyani ni...hmmmm apo nak buek kan.

Bahan2 pun setakat apa yang adooo je laa..dah malam mano nak cekau kan barang2nya.
Tapi amazing bila rasanya...mak aiiii sodapppp!!!

Tak cayo? Cubolahhhh...



NASI BRIYANI PABILA LARUT MALAM..

Bahan2nya:
2 cawan Berasmathi - direndam 20minit dan di toskan
Bahan Blend:
4 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar Merah
1 1/2 inci halia

2 sudu besar Minyak Sapi
5 sudu besar Minyak Masak - akak guna minyak yang bekas goreng ayam

Rempah 4 Sekawan:
2 biji Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
4 Kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga

1 sudu besar penuh Rempah Briyani Faiza - bancuh dengan 1 sudu air
1 cawan susu cair dan 1 1/4 cawan air - guna cawan yang sama sukat beras
1 ketul Kiub Pati Ayam Knorr

Cara2nya:
Dalam periuk/pan/kuali yang lain..
Panaskan minyak dan minyak sapi serentak. Masukkan rempah 4 sekawan. Tumis seketika sehingga naik bau.
Masukkan bahan blend dan tumis sehingga kekuningan.
Masukkan rempah dan kacau seketika sehingga rempah masak.
Bila rempah dah masak masukkan susu cair dan kiub ayam Knorr. 
Masak sehingga mendidih kemudian tutupkan api.

Masukkan beras kedalam periuk nasi (rice cooker) dan tuangkan 1 1/4 cawan air tadi kedalamnya bersama dengan bahan2 yang dah dimasak tadi. Masak seperti masak nasi biasa. 
Bila nasi dah kering dan api nasi dah naik, titikkan sedikit pewarna kuning di 3-4 tempat didalam nasi. Biarkan nasi masak sepenuhnya. Gariskan2 dengan chopstik atau senduk tapi sikit2 je ok takut nasi patah pulak.

Siap...boleh dimakan dengan daging masak hitam, ayam masak merah...ikut selera masing2..:)

Tips Akak:
Akak tumis bahan2 tu dalam pan/periuk/kuali lain dan asingkan airnya untuk dimasukkan bersama2 dengan beras. Tujuannya ialah untk mengelakkan nasi masak sebelum waktunya.

Dari pengalaman dulu akak suka masukkan semua bahan kecuali beras dan masak dalam periuk nasi yang diletakkan atas dapur gas. Bila semua bahan dah mendidih akak masukkan beras kacau seketika dan kemudian alihkan kedalam rice cooker.

Cara ni hasilnya kurang memuaskan dan biasanya nasi belum masak tapi api rice cooker dah naik. Lepas tu kena guna lidi bagai untuk sendalkan kat tempat tekan tu. Nasi akan jadi hangit sebab waktu masak yang berebihan dan kerak banyak.

Tapi bila akak gunakan cara ni alhamdulillah..ok je. Tipulah takde kerak lansung tapi tak tebal dan tak banyak.


 

Wednesday 6 March 2013

KATERING UNTUK PERPUSTAKAAN TUN RAZAK

Salam..order ni semalam sebenarnya (05/03/2013) dari Cik Liyana dari Perpustakaan Tun Razak, KL. Alhamdulillah semuanya siap tepat pada masanya dan berjalan dengan lancar.

Liyana punya feedback " Sedap kak...exspecially Daging Masak Hitam tu.."

Alhamdulillah...terima kasih daun keladi ye dik...lainkali order lagi..hehehhe

Menu yang di order:
Nasi Hujan Panas
Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Daging Masak Hitam Berempah
Jelatah
Papadom
Buah Tembikai dan Orange
Air Orange Sunquick


Syukur Alhamdulillah...

Nak Order bolehlah call/sms akak, Hasnie ditalian 017-3287554.



Monday 4 March 2013

DARK CHOCOLATE HAZELNUT BROWNIES

Assalamualaikum...

Rindunya nak berblogging tapi apakan daya..ada je keje yang menanti. Apapun hari ni masa rehat2 dirumah. Dengan cuaca panas dan bosan yang teramat sangat..tangan ni mulalah menggatal. Untuk menghilangkan kebosanan, akak pun pergilah geledah rack barang baking akak. 
Barulah akak terperasan yang akak ada sekotak Brownies Mix Dark Chocolate brand NONA yang masih belum diusik. Hahh..apa lagi..jom masak..


DARK CHOCOLATE HAZELNUT BROWNIES

Bahan2nya:
1 kotak Dark Chocolate Brownies Mix Brand NONA
2 biji Telur Gred A
1/4 cawan air - akak guna Susu Cair
1/2 cawan Minyak - akak guna minyak jagung
Beberapa biji Hazelnut - akak letak sebiji-sebiji

Cara Membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 180C selama 30minit.
Sementara itu sediakan loyang dan griskan dengan sedikit minyak atau mentega. Akak guna acuan aluminium foil.
Masukkan brownies mix kedalam mangkuk. Masukkan telur dan air. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit.
Masukkan minyak dan pukul selama 1 minit sehingga adunan ringan dan sebati.
Akak taburkan hazelnut diatas aduanan.
Masukkan kedalam acuan dan bakar selama 45minit - 1jam.