Followers

Saturday 28 April 2012

Resipi Bersih....hehehehehehee

Haaa...terkejut tak dengar title tu? Itu sebab saya memasak menu ni semasa "Bersih 3.0" tengah ligat diluar tu hari ni. Malas lah nak layan kan. Perut tetap kena diisi juga. Contohnya bila ada yang tinggal dicondo yang saya meniaga ni pergi join "Bersih 3.0",dalam pukul 4pm dah balik...lapar. Ada jugalah rezeki cafe ni kann. Maklumlah cafe ni dalam condo, tengah2 KL. Kalau kat luar mungkin teragak-agak jugalah nak buka. Bukan apa, mula2 je kata aman nak duduk diam2 tapi lepas tu kompem lah "nakal"sikit kannnnn...
Ok lah hari ni saya masak sesuatu yang berkaitan dengan terung. Kenapa terung erkkk??? Sebabnya saya suka makan terung walaupun saya sebenarnya tidak boleh makan terung..(berapa banyak terung daaaaa....). Ok resipi pertama:

Terung Goreng Taucu

Bahan2nya:
1 batang Terung Panjang (Sederhana Besar) - goreng hingga lembut dan toskan
3 ekor Udang (nak sedap letak udang kering)
1 ulas Bawang Putih
1/2 biji Bawang Besar - dihiris
1/2 biji Cili Benggala (capsicum) Hijau - dipotong dadu
1 sudu besar Taucu Kasar
1/2 sudu Minyak Masak - untuk menumis
Secubit Lada Putih
1 sudu kecil Sos Tiram
Garam jika perlu

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak.Masukkan bawang putih & masak sehingga kekuningan. Masukkan taucu dan goreng seketika. Masukkan sos tiram, lada putih dan terung. Masukkan bawang besar & capsicum. Rasa, jika kurang garam boleh tambah.Kacau seketika..Bolehlah dihidangkan.

Saya makan dengan nasi panas & drummet ayamas (pedas)....hmmmm sedaappppp...........

Wednesday 25 April 2012

Carini Food Station Medan Selera Selayang

2 hari lepas saya & Harith buka youtube dan ternampak lah satu video ni. JJCM TV3, pengacaranya Qi. Tempat yang dia pergi tu hanya dalam medan selera Selayang Baru. Siap ada phone number sekali. So saya call untuk pastikan pukul berapa kedai tu tutup. Alhamdulillah..rezeki kami..kedai tu buka dari 5pm - 12am.
So apalagi..on the spot malam tu juga kami ke sana. Senang je nak cari tempatnya. Kalau dari kl, ikut jalan ke Hospital Selayang. Traffic light pertama selepas fly over Hospital Selayang, masuk kiri. Jalan terus..nampak masjid dikiri jalan...hhaaaaa Medan selera tu di sebelah kanan.

Gerai ini menyediakan masakan Cina & Thai. Masa mula-mula sampai tu adalah cuak sikit sebab food court..faham2 je lah kannn.. So kami pun order:

Ikan Bawal Emas Masak Asam

Ikan nya ya amat FRESH...sedap. Cukup rasa..

Terung Goreng dengan Taucu

Thai Taufu..(Kalau tak silap macam tu lah namanya..hehehehe)
Inilah yang kami order jam 11pm untuk makan berdua. Ikan tu besarrr...Kalau korang tengok ikan bawal emas di pasar tu, saiz paling besar tu lah yang kami dapat. Masuk je makanan ke mulut kami berdua terkedu...makkk sedapnyerrr. Selama kami di KL kalau nak makan ada saja yang tak kena. Rasa macam ni lahhh macam tu lahhh. Tapi yang ni rasa cukup2 jerr. Tak masin tak masam..sangat menepati selera kami..
Kami pun makan tak bersuara.... dan akhirnya...
Urrrpppp...alhamdulillah...

Kalau tokey tu tengok mesti dia senyum sampai telinga....hehehehe
Harith terus komen..kalau macam ni rasanya, ikan tu saja pun rm50 dia sanggup bayar. Sebab harga makanan tak stated clearly kat menu..kami pun bukan jenis yang bertanya selalunya...

Tibalah masanya untuk bayar...

Haaaa????? Biar betul dikkk...adik tu terkejut tengok kami sebab mungkin dia ingat kami kata mahal kot..tak pun dia dah mula risau kalau2 kami tanya ada pinggan nak basuh tak...:D. 


Amatlah berbaloi-baloi..jika dibandingkan dengan rasanya..hmmm really reasonable price. (atau mungkin kami ni yang dok tengah2 KL ni macam "jakun" sikit kot sebab KL ni apa yang murah nyerrr)

Memang salute lah kat tokey merangkap chef kedai tu..bukan senang nak jadi chef dan tokey tau. Kalau tak silap tokey dia ni Chinese Muslim.Masak sorang2 je tau. Adalah sempat  saya snap gambar curiii ni...ampunnnnn!!!!!!

Inilah tokey kedai tu..dok check stock sebelum tutup.
Rate: 5/5
Restoran Carini Foods Station
G7, Jalan SJ7,
Taman Selayang, Batu Caves,
Selangor
H/P No: 012-6868341
Off every Wednesday

Tuesday 24 April 2012

Kaw Kaw Burger Bakar Wangsa Maju

Semenjak dua menjak ni asyik tak sihat je. Semenjak tangan sakit, mungkn juga sebab urat atau tulang yang bermasalah, kesihatan pun selalu je terganggu. Demam laaa..apa laa..lost appetite laaa...
Haaa..bila dah berhari-hari tak makan nasi atau proper meal, so Harith pun apa lagi, menggelabah puyuh lahhh..(apa punya perumpamaan lah kannnn). Cari-cari idea nak makan kat mana akhirnya dia bawa gi makan di Wangsa Maju. Masalahnya untuk kami keluar makan, kami kena tunggu cafe tutup dulu baru boleh keluar. Maknanya kedai makan yang kami nak pergi mestilah sekurang-kurangnya tutup jam 12am. Kalau 24jam lagi baik..tapi kalau 24jam biasanya mamak je. Tak nak lah makan masakan mamak...buat masa ni takde selera.
Malam pun hujan tapi sebab banyak good recommendation dalam internet pasal burger ni so kami pun pergilah. Sampai je kat sana, jam lebih kurang pukul 10.20pm. Masyaallah...banyaknye kereta kiri kanan jalan, parking macam tu je. Kami pun tumpanglah sekaki ikut parking macam tu.
Sampai je kami terpinga-pinga sikit sebab tak tahu mana nak mula. Nampak ada orang "Q" so kami pun ikut belakang. Ooo...rupanya kena ambil angka giliran dulu. Punyalah ramai orang walaupun masa tu hujan. Nak tahu apa angka giliran kami???

Tadaaa..... 152. Masa tu kami tengok nombor yang dah siap masak (dengar diaorang laungkan nombor laa) 110. Makk aiiii...dok ada 42 nombor lagi ni.
Inilah rupanya set menu Kaw Kaw Burger Bakar Wangsa Maju
Ini pulak menu listnya.

Sebab memilih untuk makan disitu so kami carilah tempat duduk. Alhamdulillah dapat. Bersebelahan dengan seorang makcik ni yang nombornya 122. Katanya dia dah tunggu 2 jam..fuhhh. Kerana sebijik burger?? Memang giler..
Harith seperti biasa pergi meninjau-ninjau bahagian dapur. Tapi dia tak snap gambar sebab katanya hujan..malas.Bila dikira-kira ada 12 orang pekerja kesemuanya. Tak tahulah kalau diantaranya bos gerai burger tu kann.Tapi kalaulah di fikir balik, jumlah pekerja dan masa untuk customer menunggu rasanya kurang memuaskan lah. Sepatutnya mereka kena fikir cara yang lebih baik macamana nak buat agar customer tak tunggu lama sangat.
Ada satu family ni pun datang dari Puchong rasanya. First time juga. Mengomel benda yang sama..lambat sangat. Ada 3 canopy disediakan untuk pelanggan yang hendak makan disitu. Tapi sayangnya meja yang kotor tidak dikemas segera. Lepas customer terpekik panggil untuk kemas beberapa kali barulah diaorang datang kemas. Lampu pulak takde. Gelap sangat.
Alhamdulillah hampir 11.30pm burger kami pun sampai. Mungkin makcik tadi datang waktu puncak sebab tu kena tunggu lama. Atleast kami tunggu sejam je. Ada sorang adik tu cakap, ni pun dah kurang. Kalau dulu nombornya 300+. Mungkin sebab orang tak sanggup nak tunggu.

Ini Beef Burger ala carte (R7.50/pc) + Cheese (RM1.00 sekeping)

Ini Chicken Set. Ada 2 Chicken Sausage + Air. Air boleh pilih tapi kena ambil sendiri.

Ini Burger Tower (12keping) yang orang lain order. Tapi orang tu entah kemana. Mamat Bangla ni tengah mengomel sakan sebab cari tuan yang order..kami pulak sibuk snap gambar..hehehehehe

Overall bila makan burger ni, yang daging sedap sebab ada keasliannya dan grill means takde minyak. Tapi yang chicken tu kurang sikit sebab boleh rasa minyak ditekak saya sebab diaorang goreng. Just can say ok laaa...tapi tak boleh nak kata Uummpphhhh... Untuk datang lainkali insyaallah boleh sebab lebih baik dari makan Mc D. Walaupun ada customer yang kata..inilah yg terakhir...:(
Tapi saya puji sebab ada anak Melayu kita yang punya idea macam ni. Cuma bila ada blogger2 yang komen (seperti sayalah kann) ambillah sebagai pengajaran. Kadang2 kita ni bila berniaga kita tak sedar. Customer yang merasa jadi layaklah  mereka untuk komen dan biasanya setiap komen mereka tu ada betulnya walau bukan kesemuanya (bercakap untuk diri sendiri juga ni).
Anyway kalau ada yang berminat nak pergi tu boleh ikut map ni:


Gerai ni dibuka dari jam 5pm -12am. Kalau nak pergi tu perlu tahap kesabaran yang kuat dan lebih baik jangan pergi waktu puncak kalau taknak kena tunggu lama. Gerai ni tutup setiap hari Isnin.
Dan pada yang tak kuat makan order lah single dulu sebab untuk saya ianya mengenyangkan. Rupa-rupanya dah masuk JJCM TV3 musim baru ni errkkk..semalam baru nampak dalam youtube. Tapi minta maaf lahhh saya ni x minat tengok JJCM musim baru ni..hampehhh.

Overall rating: 3.5/5
Alasan : Perlu perbaiki tempoh masa customer kena tunggu & lampu di kanopi.










Friday 20 April 2012

Mee Udang Versi "Segera"

Haaa.. kalau dengar perkataan segera janganlah fikirkan mee segera "Ho liau" tu pulak. Sebenarnya saya ni suka sangat tengok makanan yang cina buat. Kadang2 tu terfikir macamana diaorang goreng mee ke bihun ke nampak cantik je. Kalau buat mee kari ke mee udang ke nampak rasa macam nak makan je (tapi tak lah sampai terliur tengok diaorang makan benda yang terlarang tu pulakkannn). Cuma saya ni tak kira rancangan masakan apa, atau rancangan apa saja yang melibatkan makanan saya suka tengok (tapi tak pandai2 jugakkkk). Kalau masakan cina ke, western ke kalau diaorang masuk yang tak halal tu kita ubahkan lah jadi halal. Mama selalu pesan, "kalau satu hari nanti korang mengandung, jangan sesekali teringin nak makan makanan cina. Kalau teringin pun masak sendiri."
So sebabkan teringin nak makan mee udang, saya pun cari2 lah di laman blog masakan yang kerap saya layari. Bila saja saya buka Myresipi.com terus saya dapat resipi ni. Tapi maaflah sebab saya menderhaka sedikit resipinya sebab saya tak mampu nak buat kuahnya tu..dah lapar sangat. Kalau tunggu buat kuahnya rasa tak sempat pulak. dah tu kalau buat macam ikut resipi tu mesti terjadi banyak...sapa pulak nak makan kannn.. Tapi kalau nak tahu resipi asalnya silalah ke sini.

Mee Udang Versi Segera (untuk sepinggan jerr)
Bahan2nya:
2 ulas Bawang Putih - dimesin halus
1/2 biji Bawang Merah Besar - dimesin halus
1/2 inci Halia - dimesin halus
6 ekor Udang bersaiz XXL - lagi besar & banyak lagi bagus
1 sudu besar Cili Giling - kalau nak pedas tambah lagi
Mee Kuning & Bihun - saya suka campur baru sedap
Kangkung atau Sawi
Taugeh
Sedikit Kiub Pati ayam Knorr
Garam & Gula secukup rasa
Air secukupnya (untuk kuah, ikut keperluan)
Bawang Goreng
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah dimesin tadi sehingga garing dan naik bau. Masukkan udang dan masak sehingga separuh masak. Masukkan cili giling. Masukkan sedikit air untuk memasakkan cili tadi. Bila cili mula pecah minyak masukkan air secukupnya untuk kuah. Biarkan mendidih. Masukkan kiub pati ayam, garam & gula secukupnya. Kemudian masukkan sayur, mee/bihun dan taugeh. Masak seketika dan bolehlah dihidangkan dengan menabur bawang goreng sebagai hiasan dan sebagai penambah perasa.

* Kalau dah pernah rasa mee udang mesti tahu macamana nak cukupkan perasanya kan..Mee udang ni ada sedikit manis dan selalunya manis tu datang dari udang tu sendiri. Gula tu hanya sebagai penambah saja. Lagi banyak udang yang kita letak lagi sedapppp..cubalah..


Wednesday 18 April 2012

Injured..

Ni masa di klinik

Actually problem ni dah lama..dah sebulan lebih kot.Pergelangan tangan ni sakit sgt. Kadang2 nampak uratnya membengkak. Saya ni takut ngurut so last 2 weeks saya dah ke klinik untuk dapat rawatan, dengan harapan dapatlah injection ke apa ke asalkan tak payah ngurut. Tapi ternyata doktor cuma bagi ubat urat & pain killer je tapi nampaknya langsung tak berkesan. Setelah dirisik dengan kawan2 ramai cadangkan guna perubatan cina, semalam saya dan Harith ke Kuchai Lama(tempat yg dicadangkan tu) tapi sayangnya tempat tu tutup hari Selasa.
Hari ni saya kesana sorang2. Sampai sana lebih kurang 10.30am. Siap kena ambil no lagi. No 16 pulak tu..fuhhh. Masa tu baru naik no 9.
Mengikut seorang perempuan cina(semuanya cina kecuali saya :) ) yang duduk sebelah saya, klinik ni baru je berpindah ke Kuchai Lama. Sebelum ni di Sg.Besi. Ramai yang datang untuk mendapatkan consultation. Doktornya berumur 73 tahun tapi masih kuat. Tadi ada juga yang datang dari Indonesia semata-mata untuk mendapatkan rawatan dari doktor ni (woooiiii dasat tu..).
Ini lah "farmasi"nya..segala macam akar kayu dalam tu.

Antara yang menunggu giliran..

Ada seorang pekerja melayu rupanya yang sediakan ubat...baguss

Ini agaknya gelaran/award yang dia dapat kot

Setelah hampir sejam setengah menunggu, tibalah giliran saya.
Masuk je bilik doktor tu, saya pun bagitahu apa yang sakit. Bila dia pegang tangan saya, terus dia kata "teruk ni..tangan u punya tulang sudah lari"...
Hah??? terbeliak biji mata saya. Ingatkan setakat urat je.."Habis macamana ni?"..
Doktor tu kata dia bukan dalam bidang ni. Kena pergi orang yang pakar urut dan betulkan tulang. "Ini macam manyak sakit woooo.."
Aduhh bukan lagi sakit nak makan dengan tangan pun susah. Tidur pun tak boleh..
Sekali doktor tu pun bawa keluar buku dia dan tunjukkan gambar ni kat saya. "U nampak itu tulang serupa guli punya?"
Aku pun mengangguk.... "Hahh..itu tulanglah sudah lari. U lagi sakit, lagi masak, goyang-goyang tangan aaa...lagi teruk la."
"Ok...so sekarang apa nak buat doktor?" (soalan bodoh..)
"Mesti mau betul balik. Kasih balut. Mesti letak tiang"...
Hahhh tiang?? Oooo kena letak kayu macam kayu aiskrim tu kiri kanan sebelum bandage. Doktor tu pun mula pegang tangan saya dan picit di bahagian tulang yang sakit tu....."Aiyaa...manyak teruk ni..manyak terukkk..." mulut dia berbunyi tapi tangan dia terus memicit dan betulkan tulang tu. Sakitnya tuhan aje yang tahu..berkerut muko den..
Sekali bunyi "plakkk".... pastu doktor tu cakap "Aaa..sekarang sudah masuk balik.Sudah ok, u boleh balik"..
"Ok doktor?" terkejut bila dia kata ok.
"Sekarang ok laaa. u kena pergi urut punya tempat juga. Mesti mau balut. Makan ubat pun tak guna.Tak boleh buat apa2 punya. U boleh balik laa. Tak payah bayar."
Lagi lah terkejut..dia taknak ambil sesen pun sebab dia cuma tolong je. Lagipun ini bukan bidang dia. Dia lebih kepada consult dan beri akar kayu untuk kesihatan je. Tak sangka ada lagi orang yang macam ni.Sanggup bagi idea dan bantu selagi boleh tanpa ambil bayaran..anyway thanks a lot lah doktor...u memang best!!
Hmmmm...manalah nak cari orang yang betul2 boleh urut niii???... 






















 













Tuesday 17 April 2012

Ayam Masak Taucu

Lama rasanya tak masukkan resipi kat blog ni. Rindu sangat2 tapi apa kan daya masa sangat2 lah tidak mengizinkan. Busy memanjang. Kali ni saya nak share resipi Ayam Masak Taucu. Saya sangat suka resipi yang simple macam ni. Makan nasi pun berselera sangat kalau dapat Ikan/Ayam rendang asam ke, goreng cili ke..even ayam/ikan goreng saja pun dah kira ok. Ditambah pulak dengan sup sayur/ sayur tumis air dan sambal belacan....fuhhh meleleh dibuatnya... :D
Dah mula lah nak merepek tu kannn so apa kata kita terus ke resipinya..

Ayam Masak Taucu
Bahan2nya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil (ikut suka sebab saya suka tulang2 je.Yg isi semua bagi staff)
Diperap bersama garam & kunyit dan goreng macam ayam goreng. Tapi kalau boleh kurangkan garamnya sebab nanti taucu tu masin.

2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 labu Bawang Merah Besar - dihiris kasar
2 inci Halia - dihiris nipis
3 sudu besar taucu - saya guna yang kasar sebab suka rasa kacang tu sebiji-sebiji.
2 cawan air
3 biji cili padi - diketuk
1/2 sudu kecil Serbuk Lada Sulah
1 sudu besar minyak masak untuk menumis - jangan banyak sebab ayam tu dah berminyak
Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan halia dan bawang besar. Tumis sehingga bawang lembut. Masukkan taucu dan dikuti dengan cili padi dan air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan serbuk lada. Masak sehingga agak pekat. Kalau nak kuah lebih masukkan air lebih..saya suka biar pekat sikit. Pastikan cukup rasanya, angkat dan hidangkan. 

Fuhhh!!!! Berasap... tak sabar nak makan..

Inilah rupanya masa tengah mendidih.

Tuesday 10 April 2012

PANAS HATIIIIIII!!!!!!!!!!!

Hari 1:
Pelanggan:
"Encik tv yang saya beli dr company encik rosak. Boleh encik hantarkan technician untuk check sbb tv tu dalam warranty lagi."

Company: "Ok, bagi butiran cik dan esok akan ada technician yg akan call cik."

Hari 2:
Pelanggan:
"Hello cik...sampai sekarang xde org call saya lagi ni. apa statusnya?"

Company: "Ooooo...kami dah EMAIL pd bahagian yg berkenaan. Bila diaorg BUKA email nanti, mereka akan col cik.."
Pelanggan: "HAH!!!!!?????"

5 Hari kemudian:
Company:
"Cik, ada tak sesiapa dari technician kami call cik?"

Pelanggan: "Tak, kenapa?"
Company: "MEMBER CARD cik dah expired. Mungkin sebab tu technician kami xleh buat apa2. Cik kena RENEW card cik dulu baru mereka boleh buat kerja."
Pelanggan
: "WHATTT???!!!!"

Keesokkan harinya:
Pelanggan: "Cik, saya dah renew member kad saya."
Company: "Ok saya dah dapat nampak dalam sistem ni. Saya akan email pada technician kami. Esok public holiday, lusa mungkin baru diaorang buka email. Jumaat mungkin diaorang akan call cikkk..."
Pelanggan: "Tuutttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Saya bukannya saja nak complaint orang tapi saya beli 2 barang tv dan fridge secara cash 2 tahun lepas. Bila tv problem sekarang dan masih dalam warranty saya ada hak untuk complaint pada syarikat berkenaan. Dah seminggu benda ni macam takde makna pada diorang. Saya pilih company ni sebab dia ada banyak branch di Malaysia ni. Jadi mudahlah untuk saya jika ada berlaku apa2. Tapi tak sangka pulak jadi macam ni.
Bayangkan kalau orang ambil secara installment, boleh tak diaorang delay bayar seminggu dua?? Alamatnya kena interest tak pun telefon berdering2 nonstop. Atau pun siap hantar orang datang ke rumah. Black list nama kalau nak ambil lain kali.
Dah lah musim bola sekarang....:( Memang sesuai dengan slogannya "BEZA MEMANG BERBEZA" beza sangat2..