Followers

Wednesday 12 December 2012

KUIH SERIMUKA @ 121212

Salam...wahhh cantik kan date hari ni? 12.12.12...bukan mengagungkan tarikh ni dan bukan menganggap tarikh ni keramat bagai tapi sekadar teruja melihat nombor belas terakhir sebab selepas ni dah takde dah 13.13.13 ke 14.14.14 ke...kannn.
 
Bukan apa ada segelintir yang fanatik sangat2 ni, semua orang buat salah. Tengok tv salah, tengok bola salah,tengok wayang salah,Najib makan kedai mamak daun pisang salah...yang dia semua betul. Sampaikan bila kita kata hari ni 12.12.12 pun salah. Dah macam kesalahan kita ni macm menyembah berhala pulak...adoiiii.Penatlah nak melayan kerenah orang macam ni...
 
Apapu misi akakkk tetap diteruskan juga. Belajar dan terus belajar membuat sesuatu yang bukan baru tapi baru bagi akakkk. Kuih tradisional seterusnya yang akak cuba ialah Kuih Serimuka. Selalu tengok orang tua2 dulu buat tak payah bertimbang bagai. Semua main agak2 je. Sejujurnya akak senang begitu. Kita dapat mengagak kepekat..kecairan..sesuatu bancuhan tu sendiri. Jadi akak pun buat kuih ni semalam dengan sukatan mengikut pandangan mata dan sentuhan akak. Tapi pada masa yang sama akak kira jugalah berapa sudu yang akak masukkan supaya anak cucu cicit nanti bila buka blog ni boleh lah mencubanya ..insyaallah.

  
KUIH SERIMUKA
Bahan2 Lapisan Atasnya:
5 sudu makan Tepung Gandum
1 1/2 sudu makan Tepung Beras
4 biji Telur
1 1/2 kotak kecil Santan M & S
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil Jintan Manis
1 biji Bawang Merah Kecil
Esen Pandan dan Pewarna Hijau secukupnya.
 
Cara Membuatnya:
Satukan semua bahan dan blend sebati.
 
*Jika kebiasaannya kuih serimuka yang kebanyakan orang buat adalah tanpa jintan dan bawang tapi mama selalu buat macam tu dan rasanya amat berbeza.
*Tambah atau kurangkan garam gula mengikut citarasa masing2.
 
Bahan Lapisan bawah:
400gm Beras Pulut - direndam sekurang2nya 5jam. Lebih lama lagi baik.
1/2 kotak kecil Santan M & S
1/2 cawan Air
1/2 sudu kecil garam
 
Cara Membuatnya:
Toskan pulut. Campurkan dengan semua bahan2 yang lain. Kukus selama 20 minit. Keluarkan dan masukan pulut kedalam acuan yang bersesuaian. Tekan sehingga betul2 mampat.
Tuangkan bancuhan lapisan atas tadi keatas pulut yang telah di mampatkan.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.

*Tudung kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya air wap tidak menitis keatas kuih semasa mengukus.

 
 

No comments:

Post a Comment