Followers

Wednesday, 18 April 2012

Injured..

Ni masa di klinik

Actually problem ni dah lama..dah sebulan lebih kot.Pergelangan tangan ni sakit sgt. Kadang2 nampak uratnya membengkak. Saya ni takut ngurut so last 2 weeks saya dah ke klinik untuk dapat rawatan, dengan harapan dapatlah injection ke apa ke asalkan tak payah ngurut. Tapi ternyata doktor cuma bagi ubat urat & pain killer je tapi nampaknya langsung tak berkesan. Setelah dirisik dengan kawan2 ramai cadangkan guna perubatan cina, semalam saya dan Harith ke Kuchai Lama(tempat yg dicadangkan tu) tapi sayangnya tempat tu tutup hari Selasa.
Hari ni saya kesana sorang2. Sampai sana lebih kurang 10.30am. Siap kena ambil no lagi. No 16 pulak tu..fuhhh. Masa tu baru naik no 9.
Mengikut seorang perempuan cina(semuanya cina kecuali saya :) ) yang duduk sebelah saya, klinik ni baru je berpindah ke Kuchai Lama. Sebelum ni di Sg.Besi. Ramai yang datang untuk mendapatkan consultation. Doktornya berumur 73 tahun tapi masih kuat. Tadi ada juga yang datang dari Indonesia semata-mata untuk mendapatkan rawatan dari doktor ni (woooiiii dasat tu..).
Ini lah "farmasi"nya..segala macam akar kayu dalam tu.

Antara yang menunggu giliran..

Ada seorang pekerja melayu rupanya yang sediakan ubat...baguss

Ini agaknya gelaran/award yang dia dapat kot

Setelah hampir sejam setengah menunggu, tibalah giliran saya.
Masuk je bilik doktor tu, saya pun bagitahu apa yang sakit. Bila dia pegang tangan saya, terus dia kata "teruk ni..tangan u punya tulang sudah lari"...
Hah??? terbeliak biji mata saya. Ingatkan setakat urat je.."Habis macamana ni?"..
Doktor tu kata dia bukan dalam bidang ni. Kena pergi orang yang pakar urut dan betulkan tulang. "Ini macam manyak sakit woooo.."
Aduhh bukan lagi sakit nak makan dengan tangan pun susah. Tidur pun tak boleh..
Sekali doktor tu pun bawa keluar buku dia dan tunjukkan gambar ni kat saya. "U nampak itu tulang serupa guli punya?"
Aku pun mengangguk.... "Hahh..itu tulanglah sudah lari. U lagi sakit, lagi masak, goyang-goyang tangan aaa...lagi teruk la."
"Ok...so sekarang apa nak buat doktor?" (soalan bodoh..)
"Mesti mau betul balik. Kasih balut. Mesti letak tiang"...
Hahhh tiang?? Oooo kena letak kayu macam kayu aiskrim tu kiri kanan sebelum bandage. Doktor tu pun mula pegang tangan saya dan picit di bahagian tulang yang sakit tu....."Aiyaa...manyak teruk ni..manyak terukkk..." mulut dia berbunyi tapi tangan dia terus memicit dan betulkan tulang tu. Sakitnya tuhan aje yang tahu..berkerut muko den..
Sekali bunyi "plakkk".... pastu doktor tu cakap "Aaa..sekarang sudah masuk balik.Sudah ok, u boleh balik"..
"Ok doktor?" terkejut bila dia kata ok.
"Sekarang ok laaa. u kena pergi urut punya tempat juga. Mesti mau balut. Makan ubat pun tak guna.Tak boleh buat apa2 punya. U boleh balik laa. Tak payah bayar."
Lagi lah terkejut..dia taknak ambil sesen pun sebab dia cuma tolong je. Lagipun ini bukan bidang dia. Dia lebih kepada consult dan beri akar kayu untuk kesihatan je. Tak sangka ada lagi orang yang macam ni.Sanggup bagi idea dan bantu selagi boleh tanpa ambil bayaran..anyway thanks a lot lah doktor...u memang best!!
Hmmmm...manalah nak cari orang yang betul2 boleh urut niii???... 






















 













No comments:

Post a Comment