Followers

Tuesday, 24 April 2012

Kaw Kaw Burger Bakar Wangsa Maju

Semenjak dua menjak ni asyik tak sihat je. Semenjak tangan sakit, mungkn juga sebab urat atau tulang yang bermasalah, kesihatan pun selalu je terganggu. Demam laaa..apa laa..lost appetite laaa...
Haaa..bila dah berhari-hari tak makan nasi atau proper meal, so Harith pun apa lagi, menggelabah puyuh lahhh..(apa punya perumpamaan lah kannnn). Cari-cari idea nak makan kat mana akhirnya dia bawa gi makan di Wangsa Maju. Masalahnya untuk kami keluar makan, kami kena tunggu cafe tutup dulu baru boleh keluar. Maknanya kedai makan yang kami nak pergi mestilah sekurang-kurangnya tutup jam 12am. Kalau 24jam lagi baik..tapi kalau 24jam biasanya mamak je. Tak nak lah makan masakan mamak...buat masa ni takde selera.
Malam pun hujan tapi sebab banyak good recommendation dalam internet pasal burger ni so kami pun pergilah. Sampai je kat sana, jam lebih kurang pukul 10.20pm. Masyaallah...banyaknye kereta kiri kanan jalan, parking macam tu je. Kami pun tumpanglah sekaki ikut parking macam tu.
Sampai je kami terpinga-pinga sikit sebab tak tahu mana nak mula. Nampak ada orang "Q" so kami pun ikut belakang. Ooo...rupanya kena ambil angka giliran dulu. Punyalah ramai orang walaupun masa tu hujan. Nak tahu apa angka giliran kami???

Tadaaa..... 152. Masa tu kami tengok nombor yang dah siap masak (dengar diaorang laungkan nombor laa) 110. Makk aiiii...dok ada 42 nombor lagi ni.
Inilah rupanya set menu Kaw Kaw Burger Bakar Wangsa Maju
Ini pulak menu listnya.

Sebab memilih untuk makan disitu so kami carilah tempat duduk. Alhamdulillah dapat. Bersebelahan dengan seorang makcik ni yang nombornya 122. Katanya dia dah tunggu 2 jam..fuhhh. Kerana sebijik burger?? Memang giler..
Harith seperti biasa pergi meninjau-ninjau bahagian dapur. Tapi dia tak snap gambar sebab katanya hujan..malas.Bila dikira-kira ada 12 orang pekerja kesemuanya. Tak tahulah kalau diantaranya bos gerai burger tu kann.Tapi kalaulah di fikir balik, jumlah pekerja dan masa untuk customer menunggu rasanya kurang memuaskan lah. Sepatutnya mereka kena fikir cara yang lebih baik macamana nak buat agar customer tak tunggu lama sangat.
Ada satu family ni pun datang dari Puchong rasanya. First time juga. Mengomel benda yang sama..lambat sangat. Ada 3 canopy disediakan untuk pelanggan yang hendak makan disitu. Tapi sayangnya meja yang kotor tidak dikemas segera. Lepas customer terpekik panggil untuk kemas beberapa kali barulah diaorang datang kemas. Lampu pulak takde. Gelap sangat.
Alhamdulillah hampir 11.30pm burger kami pun sampai. Mungkin makcik tadi datang waktu puncak sebab tu kena tunggu lama. Atleast kami tunggu sejam je. Ada sorang adik tu cakap, ni pun dah kurang. Kalau dulu nombornya 300+. Mungkin sebab orang tak sanggup nak tunggu.

Ini Beef Burger ala carte (R7.50/pc) + Cheese (RM1.00 sekeping)

Ini Chicken Set. Ada 2 Chicken Sausage + Air. Air boleh pilih tapi kena ambil sendiri.

Ini Burger Tower (12keping) yang orang lain order. Tapi orang tu entah kemana. Mamat Bangla ni tengah mengomel sakan sebab cari tuan yang order..kami pulak sibuk snap gambar..hehehehehe

Overall bila makan burger ni, yang daging sedap sebab ada keasliannya dan grill means takde minyak. Tapi yang chicken tu kurang sikit sebab boleh rasa minyak ditekak saya sebab diaorang goreng. Just can say ok laaa...tapi tak boleh nak kata Uummpphhhh... Untuk datang lainkali insyaallah boleh sebab lebih baik dari makan Mc D. Walaupun ada customer yang kata..inilah yg terakhir...:(
Tapi saya puji sebab ada anak Melayu kita yang punya idea macam ni. Cuma bila ada blogger2 yang komen (seperti sayalah kann) ambillah sebagai pengajaran. Kadang2 kita ni bila berniaga kita tak sedar. Customer yang merasa jadi layaklah  mereka untuk komen dan biasanya setiap komen mereka tu ada betulnya walau bukan kesemuanya (bercakap untuk diri sendiri juga ni).
Anyway kalau ada yang berminat nak pergi tu boleh ikut map ni:


Gerai ni dibuka dari jam 5pm -12am. Kalau nak pergi tu perlu tahap kesabaran yang kuat dan lebih baik jangan pergi waktu puncak kalau taknak kena tunggu lama. Gerai ni tutup setiap hari Isnin.
Dan pada yang tak kuat makan order lah single dulu sebab untuk saya ianya mengenyangkan. Rupa-rupanya dah masuk JJCM TV3 musim baru ni errkkk..semalam baru nampak dalam youtube. Tapi minta maaf lahhh saya ni x minat tengok JJCM musim baru ni..hampehhh.

Overall rating: 3.5/5
Alasan : Perlu perbaiki tempoh masa customer kena tunggu & lampu di kanopi.










No comments:

Post a Comment