Followers

Saturday, 28 April 2012

Resipi Bersih....hehehehehehee

Haaa...terkejut tak dengar title tu? Itu sebab saya memasak menu ni semasa "Bersih 3.0" tengah ligat diluar tu hari ni. Malas lah nak layan kan. Perut tetap kena diisi juga. Contohnya bila ada yang tinggal dicondo yang saya meniaga ni pergi join "Bersih 3.0",dalam pukul 4pm dah balik...lapar. Ada jugalah rezeki cafe ni kann. Maklumlah cafe ni dalam condo, tengah2 KL. Kalau kat luar mungkin teragak-agak jugalah nak buka. Bukan apa, mula2 je kata aman nak duduk diam2 tapi lepas tu kompem lah "nakal"sikit kannnnn...
Ok lah hari ni saya masak sesuatu yang berkaitan dengan terung. Kenapa terung erkkk??? Sebabnya saya suka makan terung walaupun saya sebenarnya tidak boleh makan terung..(berapa banyak terung daaaaa....). Ok resipi pertama:

Terung Goreng Taucu

Bahan2nya:
1 batang Terung Panjang (Sederhana Besar) - goreng hingga lembut dan toskan
3 ekor Udang (nak sedap letak udang kering)
1 ulas Bawang Putih
1/2 biji Bawang Besar - dihiris
1/2 biji Cili Benggala (capsicum) Hijau - dipotong dadu
1 sudu besar Taucu Kasar
1/2 sudu Minyak Masak - untuk menumis
Secubit Lada Putih
1 sudu kecil Sos Tiram
Garam jika perlu

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak.Masukkan bawang putih & masak sehingga kekuningan. Masukkan taucu dan goreng seketika. Masukkan sos tiram, lada putih dan terung. Masukkan bawang besar & capsicum. Rasa, jika kurang garam boleh tambah.Kacau seketika..Bolehlah dihidangkan.

Saya makan dengan nasi panas & drummet ayamas (pedas)....hmmmm sedaappppp...........

No comments:

Post a Comment