Followers

Sunday 15 January 2012

Terung Goreng Bersohun

Terung lagi...hehehehe. Sebenarnya saya ni penggemar terung. Terung bakar cicah dengan sambal atau air asam, atau kerabu terung macam Harith buat tu. Dimakan dengan nasi panas2, ikan goreng...hmmmm cukup buat saya tambah nasi (& of course menaikkan badan ku..:(( ). Tapi kalau terung dalam kari tu saya kurang sikit. Makan.. cuma tak berapa minat sangat. Saya suka kalau terung tu lembik. Mama pula kalau masak tak mahu terung dalam karinya tu lembik....hhmmmm. Lain orang lain seleranya kan.
Ok hari ni saya nak kongsi resepi yang saya telah mula buat masa saya mula2 belajar masak dulu. Bila saya nampak je terung sekarang ni mesti saya terfikir nak buat macam tu. Kalau adik yang makan dia akan kutip sohun dan "serdak2nya" saja. Orang lain dirumah ada yang suka dan mungkin ada yang tak. Apapun saya sukerrrrr...so saya buatlahhhh...so saya makanlahhhhh....hehehehehehe.




TERUNG GORENG BERSOHUN
Bahan2nya:
2 biji Terung Panjang - dihiris serong & nipis2 dan digaul dengan garam kunyit macam kita nak goreng ikan / ayam tu.
*Segenggam Ikan Bilis digoreng
*1 labu Bawang Besar Merah
*2 Ulas Bawang Putih
Bahan2 yang bertanda * hendaklah ditumbuk halus
Sedikit Serbuk Lada Putih
Setengah sudu Serbuk Kunyit
Garam jika perlu
Segenggam Sohun - direndam hingga lembut. (Kuantiti boleh ditambah jika suka)
Minyak secukupnya
Sedikit air

Cara2nya:
Panaskan minyak. Kalau boleh minyak tu banyak sikit sebab nak menggoreng terung yang telah di"marinate" tadi. Biar agak tenggelam terung tu. Bila dah kekuningan angkat dan toskan.
Di kuali yang lain, panaskan minyak lebih kurang 1 - 2 sudu besar. (Gunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng terung tadi). Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi bersama serbuk kunyit. Masak sehingga naik bau dan kekuningan. Setelah itu masukkan terung dan sedikit air (lebih kurang suku cawan). Bila terung mulai lembut, masukkan sohun dan lada putih. Rasa dulu sebelum masukkan garam. (Biasanya saya tak masukkan garam sebab terung tadi dah digaul dengan garam kunyit dan ikan bilis pun dah masin.) Kacau hingga kering dan sohun lembut. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment