Followers

Monday 8 April 2013

RENDANG AYAM GRAND DISH

Entah kenapa tekak ni teringin benar nak makan rendang..semalam buatlah. Nak makan dengan nasi panas2 kononnyalah.. Memang masak sebelum ke cafe lagi. Separuh untuk bekalan Harith & staff dan separuh lagi untuk akak dirumah.

Ke cafe sekejap kemudian cadangnya nak balik terus..(terbayangggg rendang).. tapi tah macamana terfikir nak ke Tesco Ampang. Pastu tersangkutlah pulak di Manjakaki..dekat 2jam jugalah melayan urut.

Keluar dari situ niat memang ada nak balik tapi tiba2 adik ajak ke Hospital Sg Buluh ziarah adik ipar dia yang admitted kat sana. Teruslah kesana pulak...
Nak tukar baju ke nak g terus ni...dalam dok fikir tu dah terlajak terus ke highway Sg Buluh..

Balik dari sana sampai KL dah maghrib..kelam kabut lah naik lift..sekali cari kunci rumah takde pulak...Hahh!! sudah...

Tawakal je lah, naik je..kot2 ada housemate dlm rumah. Ketuk punya ketuk dah sejam menunggu....baru dibuka..(hampehhh tull)

Dah masuk rumah tak boleh masuk bilik pulakkkk..huuwaaaahhhh!!!!!

Punyalah sedih..hmmm..malam baru boleh makan rendang dengan nasi yang dipanaskan semula....

Dah lama layan akak membebelkan, ok jom layan resepi lakk...




RENDANG AYAM GRAND DISH

Bahan2nya:
1/2 ekor Ayam - akak suka potong kecil baru terasa. masukkan dalam kuali tanpa minyak dan biarkan air kering. akak panggil proses ni matikan air.

Bahan Blend Halus:
6 ulas Bawang Putih
3 biji Bawang Besar Merah
3 inci Halia
1 1/2 inci Lengkuas
7 batang Serai
5 biji Cili Padi - nak pedas tambah lagi

1 kotak kecil Santan M&S
1 senduk Cili Giling/Mesin/Boh
Garam dan gula (jika perlu) secukup rasa
1 helai Daun Kunyit - dihirs halus

Cara Membuatnya:
Matikan air ayam (seperti gambar diatas). Tujuannya kita taknak terlalu banyak air semasa masak rendang ni. Takut nak tunggu air kering ayam dah hancur.

Bila air dah kering masukkan bahan blend, santan dan cili giling sekali. Masak sehingga ayam, cili dan bahan blended masak dan sebati. Sebaiknya sehingga pecah minyak.
Akak masukkan garam semasa proses ni. Mengikut mama akak kalau masuk garam masa ni ayam tak hancur. Tapi jangan masukkan gula atau ajinomoto (jika guna) sebab boleh melembutkan ayam dan mengakibatkan ayam hancur.

Bila cili dan ayam dah masak perasakan secukupnya. Masukkan daun kunyit dan masak seketika lagi. Kalau suka berkuah jangan biarkan kering sangat. Macam akak suka sedang2..tak banyak dan tak kurang kuahnya..

 
Macam ni lah cara akak masak rendang.. nak cuba?? Cuba erkkkk...

 

No comments:

Post a Comment