Followers

Friday 15 March 2013

NASI BRIYANI AYAM PANGGANG GRAND DISH




Entah kenapa rasa nak buat nasi briyani je..akak ni tak suka daun ketumbar so nasi ni jadi sempoi je la.. kalau berbanding dengan nasi briyani yang lepas, yang ni berbeza sikit caranya..jom layannn..



RESEPI AYAM BRIYANI PANGGANG

Bahan2nya:
3 ketul Ayam digaul bersama
1 peket kecil Rempah Briyani Faiza
1 sudu kecil garam
Ayam tu akak guna dari seekor ayam yang dipotong 10

Bahan Blend:
2 biji Bawang Besar Merah
3 inci Halia
5 ulas Bawang Putih
2 biji Cili Hijau
*Simpan 2 sudu bahan blend untuk masak nasi nanti.

5 sudu besar Minyak Masak
Rempah 4 sekawan
1 cawan Susu Cair
1/2 cawan air (jika perlu)
1/2 sudu besar Tomato Paste
Garam & Gula secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 sekawan.
Masukkan bahan blend dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan tomato paste dan kacau rata seketika.
Masukkan ayam yang digaul dengan rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak.

Tunggu rempah pecah minyak sebelum masukkan susu.

Bila rempah mula pecah minyak masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Perasakan secukupnya.

Angkat ayam sahaja dan susun dalam bekas/tray yang dilapik dengan foil (jika ada) dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180 ~ 200C selama 20minit, keluarkan dan sapukan sedikit kuah ayam tadi keatas ayam dan sambung bakar lagi 10 minit atau sehingga garing sedikit.

Sebelum dibakar



RESEPI NASI BRIYANI

Bahan2:
3 cawan Berasmathi - dicuci, rendam selama sekurang2nya 30minit kemudian toskan.

Bahan Tumis:
3 sudu besar Minyak Masak
2 sudu besar Minyak Sapi
2 sudu besar Bahan Blended (yang disimpan sewaktu masak ayam tadi)
8 sudu besar Kuah Ayam Briyani Panggang
1 cawan Susu Cair
1 Kiub Pati Ayam Knorr (Jika kuah ayam dah masin kurangkan)

2 1/4 air
Sedikit Pewarna Kuning

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak dan minyak sapi.
Tumiskan bahan blended sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan kuah ayam briyani dan masak seketika.
Masukkan susu cair dan kiub ayam sehingga mendidih seketika. Tutup api.

Masukkan beras, 2 1/4 air dan bahan tumis kedalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila api dah naik, buka dan titiskan pewarna kuning 3-4 tempat dalm nasi. Kacau sedikit. Jangan terlalu lama takut nasi patah. Tutup dan biarkan api dalam keadaan "warm" dalam 15-20minit atau sehingga nasi betul2 masak.

Untuk nasi akak dah tak letak dah rempah 4 sekawan sebab dalam kuah ayam tadi akak dah letak. So masa ambil kuah untuk ayam nasi, ambil sekali rempah 4 sekawan tu. 



2 comments:

  1. salam kenalan sedapnye...zila arini asben request nasi beriyani tp xreti sgt masak...nak cuba la ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenalan zila...hehehe akak pun tak pandai tapi cuba2 sendiri..ada lagi 1 menu nasi briyani dlm blog ni..pun mudah sgt.cuba ye..anway thanks follow..:)

      Delete