Followers

Friday 8 March 2013

NASI BRIYANI PABILA LARUT MALAM....

Hahahahaha...dah macam lagu Panca Sitara....sebenarnya masa buat nasi ni dah lewat malam. Sebab tu lah bahan2nya simple bangat..takde daun ketumbar, takde daun pandan, takde kismis, takde gajus, takde bawang goreng...mana ada orang masak nasi briyani malam2 buta. Tapi dah lapar sangat dah maso tu. Nak keluar maleh. Tah macam mano termasaklah pulak briyani ni...hmmmm apo nak buek kan.

Bahan2 pun setakat apa yang adooo je laa..dah malam mano nak cekau kan barang2nya.
Tapi amazing bila rasanya...mak aiiii sodapppp!!!

Tak cayo? Cubolahhhh...



NASI BRIYANI PABILA LARUT MALAM..

Bahan2nya:
2 cawan Berasmathi - direndam 20minit dan di toskan
Bahan Blend:
4 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar Merah
1 1/2 inci halia

2 sudu besar Minyak Sapi
5 sudu besar Minyak Masak - akak guna minyak yang bekas goreng ayam

Rempah 4 Sekawan:
2 biji Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
4 Kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga

1 sudu besar penuh Rempah Briyani Faiza - bancuh dengan 1 sudu air
1 cawan susu cair dan 1 1/4 cawan air - guna cawan yang sama sukat beras
1 ketul Kiub Pati Ayam Knorr

Cara2nya:
Dalam periuk/pan/kuali yang lain..
Panaskan minyak dan minyak sapi serentak. Masukkan rempah 4 sekawan. Tumis seketika sehingga naik bau.
Masukkan bahan blend dan tumis sehingga kekuningan.
Masukkan rempah dan kacau seketika sehingga rempah masak.
Bila rempah dah masak masukkan susu cair dan kiub ayam Knorr. 
Masak sehingga mendidih kemudian tutupkan api.

Masukkan beras kedalam periuk nasi (rice cooker) dan tuangkan 1 1/4 cawan air tadi kedalamnya bersama dengan bahan2 yang dah dimasak tadi. Masak seperti masak nasi biasa. 
Bila nasi dah kering dan api nasi dah naik, titikkan sedikit pewarna kuning di 3-4 tempat didalam nasi. Biarkan nasi masak sepenuhnya. Gariskan2 dengan chopstik atau senduk tapi sikit2 je ok takut nasi patah pulak.

Siap...boleh dimakan dengan daging masak hitam, ayam masak merah...ikut selera masing2..:)

Tips Akak:
Akak tumis bahan2 tu dalam pan/periuk/kuali lain dan asingkan airnya untuk dimasukkan bersama2 dengan beras. Tujuannya ialah untk mengelakkan nasi masak sebelum waktunya.

Dari pengalaman dulu akak suka masukkan semua bahan kecuali beras dan masak dalam periuk nasi yang diletakkan atas dapur gas. Bila semua bahan dah mendidih akak masukkan beras kacau seketika dan kemudian alihkan kedalam rice cooker.

Cara ni hasilnya kurang memuaskan dan biasanya nasi belum masak tapi api rice cooker dah naik. Lepas tu kena guna lidi bagai untuk sendalkan kat tempat tekan tu. Nasi akan jadi hangit sebab waktu masak yang berebihan dan kerak banyak.

Tapi bila akak gunakan cara ni alhamdulillah..ok je. Tipulah takde kerak lansung tapi tak tebal dan tak banyak.


 

No comments:

Post a Comment