Followers

Friday, 29 June 2012

BIHUN GORENG ala BAPAK

Kalau bercerita pasal bihun goreng, pada saya tak ada siapa yang boleh lawan bihun goreng yang arwah bapak saya buat. Kami 5 beradik (seorang dah meninggal), arwah bapak ni seorang yang garang...sangat2 garang. Bila arwah marah saya rasa tiada bapak yang segarang arwah. Tapi disebalik sikap garangnya, arwah bapak juga amat penyayang orangnya. Pandai memasak mengalahkan orang perempuan, pandai mengemas rumah..pembersih, cukup bersih orangnya. Bila mama masukk wad nak bersalin sampailah mama lepas pantang, arwah buat semua kerja rumah. membasuh, mengemas, memasak dan menjaga kami.

Kenapa garang?
Arwah bapak paling pantang kalau apa yang disuruh / diajar tak dibuat sebaiknya. Kalau kami nak keluar bermain tak boleh balik selepas pukul 7pm. Masih ingat lagi arwah baling kakngah dengan botol kerana mengusik saya, simpul tali di anak batu lesung dan gantung. Tunggu untuk hayun pada along (arwah dah sekarang) sebab keluar rumah tak tentu masa (tapi arwah tak buat pun). Ada sekali tu arwah bapak tunggu saya dan kakngah di luar rumah sebab keluar ke pekan balik lewat. Masa tu kami sampai rumah lebih kurang 7.10pm sedangkan arwah dah pesan balik sebelum 7pm. Punyalah kecut waktu tu..tapi sebab kakngah keluar dengan saya so terselamatlah kami..sebab saya ni tak pernah kena cubit pun apatah lagi kena pukul.

Penyayang?
Haa..bab ni paling saya suka. Walupun garang, arwah amat penyayang. saya boleh dikatakan rapat juga dengan arwah. Dalam semua saya tak pernah kena jentik pun..sebabnya saya akan ikut seboleh  mungkin apa yang arwah minta. Paling saya ingat bila saya sakit, arwah balik je dari kerja dengan uniform(arwah polis dulu) dan stoking yang belum dibuka terus datang kat saya. Sapu minyak Tiger Balm, picit kepala kita dan jangan terkejut sebab arwah juga akan mandikan saya dengan air asam jawa untuk menghilangkan panas. Belum lagi bab arwah basuh kasut sekolah kami masa kami kecik2, jaga mama dalam pantang dan jaga kami masa mam kena tahan wad. Saya memang salute habis dengan arwah bapak untuk semua ni. Susah nak dapat lelaki macam ni sekarang ni.

Pembersih?
Dulu...(dululah kannn) kalau orang datang rumah mesti puji. Rajin anak dara rumah ni...hah!! nak dara..diaorang tak tahu "BAPAK ANAK DARA" yang buat semua tu dan hanya dibantu oleh anak2 sebab takut kena marah (hehehehe...menyesal rasanya sekarang ni). Bila kemas rumah setiap hujung minggu jangan mimpi nak bangun lewat. Awal2 lagi pintu bilik dah bergegar.Selagi tak bangun selagi tulah akan diketuk. Semua ada tugas masing2. Kalau tak jangan mimpi nak breakfast. Dah siap kerja kami arwah akan check dulu. Kalau dia tak puashati kena buat balik. Arwah selalu pesan "bersih tingkap, jangan sampai boleh tanam belacan"...(tanam belacan??).


Pandai masak?
Hmm bila dah habis siap kerja biasanya arwah bapak akan buat breakfast hujung minggu. Mungkin sebab nak mama rehat kot.Dan salah satu resipi yang amat saya suka ialah Bihun Goreng. mama buat pun sedap tapi tak sama. Lain caranya..nak tahu caranya? Moh lerr cube...

BIHUN GORENG ala BAPAK
Bahan2nya:
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu Bawang Besar Merah - dipotong dadu
Sedikit Isi Ayam - dipotong kecil
Sedikit sayur Kobis - dihiris kasar
Sedikit Taugeh
Kicap Cair
Kicap Pekat
Serbuk Lada
Sedikit Air
Suku peket Bihun - direndam
Minyak untuk menumis
Kiub Pati Ayam Knorr secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih diikuti dengan bawang merah. Bila dah mula kekuningan masukkan sedikit air. Masukkan kicap cair , kicap pekar (sekadar nak menghitamkan), serbuk lada dan kiub ayam knorr. Rasa perasanya dan tambah jika perlu. Bila air mula mendidih masukkan bihun. Bila bihun separuh masak, masukkan kobis. Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau seketika. Kemudian angkat dan hidangkan dengan cili kicap.

Cili kicap ni simple je. Kicap cair, cuka dan cili potong..
Saya buat ni pun kira ok lah ada kiub, ada ayam. Bila arwah buat dulu plain je tapi cukup rasanya. Sebab bihun ni tanpa cili boh dan sos, sesuai sangat makan dengan cili kicap ni.

Malam ni terlebih rajin saya goreng cendawan untuk makan bersama bihun.
Cendawan Goreng Tepung Rangup

CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP
Saya campak2 je so saya campurkan 2 sudu besar tepung beras dengan 1 sudu besar tepung goreng pisang adabi dan secubit garam ..celup kedalam bancuhan dan goreng dengan minyak yang panas secara deep fried. Angkat bila cendawan warna keemasan.
Kalau boleh tepung goreng pisang adabi tu jangan banyak sangat sebab nanti dia serap minyak,tak sedap.

No comments:

Post a Comment