Followers

Wednesday, 1 February 2012

Ayam Masak Cili Kering Bersos Tiram & Masalah Meng"Copy/Paste"

Salam...hari ni saya terbaca dalam Dapur Tanpa Sempadan tentang satu blog ni yang copy paste semua resipi CMG ni kedalam blog dia. Kalau nak tahu apa halnya baca disini. Kenapalah ada manusia yang macam ni? Kenapa mereka tak nak bertatih macam saya (yang tak pandai berblog ni) buat blog sendiri, buat resipi sendiri...tak kisah lah kalau bermula dengan resipi "Nasi Putih" atau "Ikan Goreng" pun. Yang penting bila kita buat semuanya sendiri, kita akan rasa kepuasannya.
Bukan mudah bagi seseorang blogger tu nak berkarya dan mengeluarkan idea terutama sekali yang berkaitan dengan masakan. Dah lah idea untuk resipi,idea untuk menghias & idea untuk ambil foto lagi. Orang lain pulak dengan mudah copy paste semuanya dan masuk kedalam blog mereka. Tak malu ke?
Sorrylah kalau saya sedikit emosi. Sejujurnya saya tak kenal pun siapa CMG tu. Tapi saya bermula sebagai silent reader (bertahun2 lamanya) blog beliau dan beberapa blog masakan lain lagi seperti Myresipi , Secubit Garam dan banyak..banyak..banyak.. lagi. Dan kerana mereka inilah telah memberi inspirasi kepada saya untuk membuat blog sendiri. Walaupun tidak sebaik mereka tetapi seperti yang saya katakan tadi,jika ianya dari hasil titik peluh sendiri pastinya kita akan dapat kepuasannya.
Buat sesiapa yang telah atau bercadang untuk meng"copy/paste" hak orang lain..tolonglah fikirkan semasak2nya. Jangan jadi pencuri..... sekian,terima kasih!!

Ok..sekarang saya nak berkongsi satu resipi yang tak tau datang dari mana. Semalam dok fikir apa nak masak yang ringkas dan cepat. Maka terhasillah resipi ni (resipi campak2 jerr)...


AYAM MASAK CILI KERING BERSOS TIRAM

Bahan2nya:
200 gram Isi Ayam dihiris - diperap dengan garam,serbuk lada putih & serbuk kunyit (agak2 ye macam kita goreng ayam tu je. tapi jangan banyak sangat garam sebab nanti ada perasa lain lagi)
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 labu Bawang Besar Merah - dipotong dadu
5 tangkai Cili Kering - dipotong serong (boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
Sayur - Lobak Merah & Baby Corn (kuantiti & cara potong ikut selera masing2)
1 1/5 sudu besar Sos Tiram
1/2 sudu kecil Serbuk Pati Ayam Knorr
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bawang besar & masak sehingga layu. Masukkan cili kering dan masak hingga naik bau pedasnya dan sedikit garing. Masukkan ayam dan goreng hingga sedikit garing. Bila ayam garing masukkan sayur dan sedikit air untuk melembutkan sayur tadi. (perlu diingat masakan ni jenis kering. tak perlu air banyak cukup sekadar untuk melembutkan sayur je). Bila sayur mulai lembut masukkan sos tiram dan serbuk pati ayam Knorr. Kacau rata, rasa cukup masinnya dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment