Malam ni 12hb Julai 2011, lebih kurang 9.30pm, saya & Harith (Jason) tengah bz melayan customer yang kebetulan ada lah 3-4 meja, tiba2 saya ternampak security berlari ambil tisu dari meja yang ada customer sedang makan disitu. Pelik juga tengok perangai security tu, nak marah pun ada bila berkelakuan macam tu, kurang baik didepan customer. Lepas tu security tu datang lagi minta air mineral botol kecil. Harith pun ambilkan untuk dia. Bila tengok dia macam ada yang tak kena, Harith tanya baru lah dia bgtau ada orang jatuh kat gate depan.
Harith pun tanpa fikir panjang lari terus ke depan gate. Saya pun terus je ikut tanpa pedulikan siapa yang masih ada di cafe & tanpa terfikir untuk ambil duit niaga yang masih ada dalam cafe. Rupa2nya Uncle Tan sudah tak sedarkan diri, duduk diatas kerusi sambil hidung & lututnya berdarah. Dikanan beliau ada isterinya yang kelihatan panik menjerit2 memanggil nama Uncle Tan sambil jari dari 1 tangan dimasukan ke mulut Uncle Tan (bagi mengelakkan terkancing gigi) & sebelah tangan lagi menepuk - nepuk muka Uncle Tan. Dikeliling Uncle Tan ada security, 2-3 orang foreigner yang mungkin dari Iran, seorang wanita melayu & seorang wanita cina (kakak Uncle Tan). Masih kedengaran bunyi nafas yang amat berat tapi hanya sekali dua sahaja.
Harith ambil langkah berani dengan meminta setiap orang membantunya menurunkan Uncle Tan dari kerusi dan baringkannya supaya beliau dapat bernafas dengan selesa. Bila Uncle Tan kelihatan tidak bernafas lagi, Harith cuba memberi bantuan CPR sekadar yang termampu. Dua kali tekanan didada & CPR dari mulut ke mulut , tiba2 Uncle Tan bernafas semula tapi amat berat. Kebetulan ada teksi diluar, kami tahan dan Uncle Tan dihantar ke Hospital Tung Shin dengan ditemani oleh isterinya.
Risau akan keadaan Uncle Tan & isteri, saya & Harith tutup cafe & terus ke hospital. Sampai disana kami dimaklumkan oleh isteri Uncle Tan yang beliau tak sempat diselamatkan...
Uncle Tan merupakan seorang yang peramah. Selalu menyapa kami, selalu menanya kami macamana dengan bisnes kami, selalu angkat tangan kalau jumpa saya atau Harith, selalu berjoging mengeliling condo, selalu order makanan dari kami untuk diberikan kepada security. Tapi hari ini Uncle Tan yang kami kenal terkulai layu didepan mata. Bila dah sampai masanya tak siapa boleh menghalang.
Buat Harith, i'm proud of u. U try ur best but siapalah kita untuk melawan takdir. U never think about races, u never think about dirty or "geli" to touch people mouth with full of blood sorround his mouth and nose. Don't feel upsad..as i said juz now, u try ur best already & i really proud of u.
For Uncle Tan's family, condolence from us. Hope Uncle Tan rest in peace....
No comments:
Post a Comment