Followers

Monday 23 September 2013

TEMPAHAN ROTI JALA & KEK MARBLE ZEBRA

2 hari ni betul betul tak cukup tidur sebab dua hari berturut-turut customer order k Bahan serbuk koko pagi.Di sat UK an tadi) ofis buka...alhamdulillah rezeki dan kepercayaan customer tu penting.

Sikap yang akak selalu amalkan "biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita"...ni pesanan arwah bapak akak. Insyaallah dengan sesiapa saja kita berurusan pasti disenangi...
Tapi kadanng2 tu ada sesuatu yang tak dapat dielakkan seperti tiba2 jalan jem teruk dan sebagainya akak sedaya upaya akan terus berhubung dengan customer supaya mereka tak risau dan tertunggu-tunggu..

Anyway thanks to Mahathir again n again...repeat order..alhamdulillah dan juga Yati di Gombak...harap2 Yati puas hati ye...

Dah penat 2 hari tak cukup tidur..hubby pun suruh berehat dirumah..hmm orang pompuan ni kalau di suruh rehat pun mesti nak pastikan kerja rumah siap baru boleh duduk kan..
Lepas ambil panadol ingat nak tidur sekejap tapi mata ni degil pulak..akhirnya akak membaiking laaa..resepi ni akak ambil dari internet. Dah lama dah. Tak ingat blog mana.. 

Inilah dia...Kek Marble Zebra...

Bahan-bahan A:

5 biji telur

110 gram gula castor

*150 gram tepung kek

*1/2 sudu teh baking powder

Bahan * perlu diayak 

1/2 sudu besar ovalette

Bahan B:

100 gram mentega, dicairkan

3 sudu besar susu pekat manis

1 sudu teh esen vanilla

Di mangkuk yang lain, satukan:

2 sudu teh serbuk koko

4 sudu besar air

1 sudu teh coklat emulco

Hirisan:

Badam cincang 


Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah C. 

    Lenser loyang pembakar dengan mentega.   akak guna loyang 8".

2. Putar bahan A dengan kelajuan tinggi sehingga adunan pekat dan kental. 

3. Masukkan bahan B dan putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati. 

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian (guna bahan serbuk koko yang disatukan tadi)

6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.

7. Taburkan dengan badam cincang dan bakar pada suhu 190 darjah C selama 40minit. Akak guna api bawah saja. Dalam 10min terakhir akak guna api atas bawah. Bergantung pada oven masing masing k. 

8. Biarkan kek sejuk selama selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.


No comments:

Post a Comment