Followers

Tuesday, 5 June 2012

RESIPI WEEKEND...RESIPI CAMPAK MENCAMPAK

Hai...lamanya tak update blog (2 hari lama ke? hehehehe). Bukan apa, kalau weekend saya kena ada di cafe sebab staff cuti. Bila balik je dah malam, malas nak update. Kat cafe bukan tak boleh update tapi tak leh nak concentrate. Bangun duduk..bangun duduk...kannn. Semalam bila buka je fb ternampak Atiesha Sanjimi pun dah mula dengan resepinya dan update dlm fb...wahhhh seronok bila ada geng masak ni. Leh tukar2 pendapat. Bila nak buka blog sendiri erkkk???
Macam saya kata pada beliau lah memasak ni kena ada kesabaran, kena enjoy dan kena beri sepenuh hati, baru lah masakan tu jadi sedap..insyaallah. Yang paling penting setiap pergerakkan setiap perbuatan masa memasak mestilah disertakan dengan selawat. Insyaallah..itulah yang saya amalkan selama ini.
Selain itu kena pastikan bahan2 yang digunakan tu fresh barulah manis dari bahan tu keluar dan menyedapkan makanan tersebut. Saya masak tak pernah letak gula. Memang tak suka kecuali jika masakan tu memang memerlukan gula baru saya letak sikit contoh macam sambal tumis ke..
Ok lah dah cukup mengomel kann so meh kita tengok resipi2 yang tertunggak 2 hari lepas..

Ayam Goreng Berempah ala Grand Dish Cafe - Simple tapi sedap
Dah namanya resipi campak2 so bahan2nya agak2 je lah ye...

AYAM GORENG BEREMPAH ALA GRAND DISH CAFE
Bahan2nya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
Diperap dengan:
Bawang putih, Bawang Merah (besar), Halia - dimesin halus
Garam
Lada Putih
Minyak secukupnya untuk deep fried

Cara Membuatnya:
Perap ayam dengan semua bahan selama sekurang2nya sejam (lebih lagi baik). Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api yang perlahan sehingga masak. Api kena perlahan sebab bahan perap akan cepat hangus dan ayam belum masak jika api besar. Siap..mudah simple tapi rasanya sedap.

Steam Fish My Wayyyy.....
STEAM FISH MY WAYYYY...
Bahan2nya:
1 ekor Ikan Bawal Emas - ikan lain pun boleh. untuk steam digalakkan ikan isi putih.
Halia, Bawang Putih, Bawang Besar Merah - dihiris halus (lagi banyak lagi bagus)
6 biji Cili Padi - dibelah tak putus (nak pedas tambah lagi)
1 biji Tomato - dibelah 6
3 batang Serai - dititik
Garam
Sos Ikan
Soya Sos
Sos Tiram
Minyak Bijan
Jus Limau Nipis
Sedikit air untuk kuah
 
 
Cara Membuatnya:
Masukkan kesemua bahan KECUALI JUS LIMAU NIPIS kedalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Kukus lebih kurang 15-20minit atau sehingga ikan masak. Sebelum angkat masukkan jus limau nipis. Kalau masuk jus awal nanti akan rasa pahit. Makan ketika panas.

Untuk masak steam pastikan ikan fresh..kalau tak memang tak boleh makan. Rasa garamnya sebab semua bahan perasanya masin. Banyak bawang halia lagi sedap. Rasanya akan datang dari situ dan dari ikan tu sendiri. Kalau ada daun bawang, hiris dan tabur atas sebelum dihidang..

Daging Goreng Kunyit
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan2nya:
Daging - dihiris kecil dan nipis
Diperap dengan:
Bawang putih, Bawang Merah (besar), Halia - dimesin halus
Garam
Lada Putih
Serbuk Kunyit
Sedikit air untuk memasakkan daging
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan untuk menumis (banyak lagi sedap):
Halia & Bawang Putih - dicincang halus
Bawang Besar Merah - dipotong dadu

Cili Merah - dihiris

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan menumis sehingga kekuningan. Masukkan daging yang diperap tadi bersama air. Masak sehingga pekat dan daging masak. Bila daging masak, masukkan cili merah. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Masakan ni kena pekat baru sedap tauu..

Kacang Buncis Goreng bersama Udang 
KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA UDANG
Bahan2nya:
Kacang Buncis - dihiris serong
Bawang Putih - dicincang halus
Udang
Cili Merah - dihiris
Lada Putih
Serbuk Secukup Rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan udang. Bila udang dah masak masukkan sayur dan cili merah diikuti dengan bahan perasa secukupnya. Goreng jangan lama sebab kalau saya lebih suka sayur tu rangup. Siap...

Sayur ni Mak Choi namanya kalau tak silap. Ada auntie kat NSK Kuchai Lama tu yang rekomen. Katanya sedap dan bau macam cendol bila masak. Memang betul..harum satu rumah bila masak. Senang je tumis bawang putih dan masuk sayur dan perasa. (auntie tu ajar macam tu) - Gambar Ehsan En Google
Ini lah rupanyabila saya buat. Sayur ni juga mengeluarkan banyak air. Tak perlu tambah...sedap.
Ini sajalah resipi campak mencampak yang dapat saya share hari ni. Resipi ni semuanya akan mengeluarkan angin selepas makan sooooooo....jangan melepas sembarangan errkkk...

No comments:

Post a Comment