Followers

Friday 1 June 2012

Kari Ikan Nyok Nyok

Sekarang ni malam suka sangat masak. Bukan apa sebab masa tu saja selesa untuk makan dengan tenang. (bersyukur kerana busy..alhamdulillah). Hari ni masak kari sebab kesian tengok ikan kat dalam fridge tu. Merayu 2 suruh masak dia. So pagi tadi ke pasar beli bendi nak masak sekali...
Kari Ikan Nyok2
KARI IKAN NYOK NYOK
Bahan2nya:
1/2 ekor Ikan Nyok Nyok - saya ambil bahagian atas. Bahagian bawah buat goreng.
2 ulas Bawang Putih - dihiris nipis
2 ulas Bawang Kecil - dihiris nipis
1 sudu kecil Halba Campur
2 tangkai Daun Kari
2 peket kecil Rempah Kari Ikan Babas - kalau tak silap 25gm/pack. dibancuh dengan sedikit air.
1 biji Tomato Buah - dipotong 6
Bendi
1 senduk Santan Pekat
Sedikit Air Asam Jawa
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak secukupnya. Masukkan sedikit garam kedalam minyak (petua mama) diikuti dengan daun kari. Kemudian masukkan semua bawang dan halba campur. Masak sehingga bawang kekuningan. Masukkan rempah kari. Kalau pekat masukkan air sedikit. Masak sehingga rempah pecah minyak. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan air asam dan santan pekat. Tambah air sedikit lagi mengikut banyak mana kuah yang anda mahukan. Tapi jangan banyak sangat sebab kalau cair tak sedap. Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Jangan kacau sangat takut ikan hancur.Sesekali alihkan ikan. Bila dah mendidih masukkan tomato dan bendi. Masak seketika hingga mendidih lagi. Rasa perasanya. Angkat dan hidangkan.
Saya makan dengan ikan goreng (bahagian ekor dibuat goreng), sambal belacan, appalom & ulam timun....
Kari Ikan Nyok Nyok bersama "gu" nya..


Inilah rupanya Halba Campur..Gambar Ehsan dari En "Google"

No comments:

Post a Comment