Followers

Monday, 13 June 2011

Nasi Ayam Penyet

Ini sebenarnya kes hari Jumaat lepas. En Harith Irfan, Yeo & Simon punyer kes laahh..tiba2 jer teringin nak makan Nasi Lemak Antarabangsa kat Jalan Ampang tu. Saya malas nak campur...lantak lah korang nak g mana ke..nak beli apa...

Sekali diaorang sampai jer Jalan Ampang, Nasi Lemak Antarabangsa dah tutup daaaa....HAHAHAHAHA...yg dibawa balik Nasi Ayam Penyet. Tak pula saya tau nama restorannya, maklumlah yg pegi tu pun semuanya lelaki.



Ini lah rupanya Nasi Ayam Penyet tu.1 set RM9.35. Nasi putih, kobis, timun & kacang panjang mentah, ayam penyet & teh O ais limau. Pada pedapat sayalah, tiada apa yg istimewanya nasi ni selain dari "keriuk2" yg ada atas ayam yg telah dipenyetkan tu. Sambalnya pun biasa2 jerr...sedap sambal kawan saya buat lagi, Pn.Aini...hehehehe



Apapun bila dah makan ramai2 macam ni, habis juga. Juz ok lah untuk alas perut...

No comments:

Post a Comment