Followers

Saturday 1 September 2012

TRAGEDI 6 SYAWAL 1433 HIJRAH / 24HB OGOS 2012

Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan salam kemerdekaan buat semua. Cepat betul masa berlalu. Kini Syawal berada di pertengahannya. Bagaimana agaknya sambutan Syawal kawan2 semua tahun ni? Pasti seronokkan..
Saya seperti biasa beraya di Ipoh bersama mama & adik beradik disana. Meriah juga sebab ada anak saudara yang berumur 3tahun kebawah. Seronok melihat telatah mereka yang berlari ke sana sini..happy je. Taknak makan taknak minum...hanya nak main je. Tahun ni cucu2 mama bertambah menjadikan 12orang semuanya. Dalam keriuhan dan keseronokkan, ada juga kesedihannya bila anak2 arwah Along tak dapat balik. Diaorang beraya di KL sahaja sebab Syahirah (anak arwah yang sulung) bakal menghadapi Trial SPM lepas raya. So dia nak concerntrate untuk exam katanya.
Seperti kebiasaan juga juadah raya mesti terlupa nak diambil gambarnya...hhmmmm bilalah nak ingat agaknya..

24hb Ogos saya pulang ke KL setelah puas beraya di kampung. kenapa balik hari Jumaat??? Haaa..sebab nak elakkan jem. Baliknya nak singgah Tesco dan NSK Selayang, nak beli barang untuk cafe lagi. Selesai membeli barang saya terus ke cafe. Laparnya perut Allah saja yang tahu sebab sedari pagi perut ni tak diisi. Cadangnya nak berhenti di Hentian Tapah tapi bila dah hampir ke sana saya tukar fikiran pulak. Hati ni nak cepat je sampai ke cafe. Sampaikan masa drive saya tak sedar yang saya sudah berada di hentian Rawang. Masa bila saya melepasi exit Bukit Beruntung pun saya tak sedar.
Sampai je di cafe, Harith & staff saya keluarkan barang dari kereta dan saya terus ke bilik air. Kemudian saya terus ke kedai aunty di sebelah untuk beli sebotol minuman isotonik. Sambil minum saya duduk bersembang dengan Harith sebelum membuat keputusan untuk balik berehat. Saya masuk ke dapur untuk ambil barang untuk dibawa pulang dan sebaik saya berada di muka pintu cafe tiba2 saya tergelincir dan jatuh terduduk. Yang saya sedar jeritan saya amat kuat sehinggakan kontraktor bersebelahan cafe tu pun boleh berhenti bekerja dan menoleh pada saya.
Saya dah dapat rasa kesakitan yang amat sangat pada tangan kanan saya. Harith memapah saya ke kerusi dan saya dapati tangan kanan saya membengkak dan terkulai. Nampak panik juga Harith. Saya meminta beliau dapatkan kain untuk dijadikan anduh untuk tangan saya dan kami terus berkejar ke HKL bahagian kecemasan. Kami tiba lebih kurang jam 3pm dan saya dimasukkan ke wad sementara lebih kurang jam 4pm untuk tarik dan simen tangan saya.
Tangan yang membengkak dan terkulai
Tekanan darah saya melonjak kepada 227..fuhhh mungkin kerana sakitnya seakan membunuh saya. Jam 6pm doktor mula memberikan saya ubat bius tapi proses tidak dapat dijalankan sebab darah saya meninggi. Dan bila tekanan darah saya sudah stabil kesan bius pula hilang dan saya sudah sedar.Jam 10pm barulah mereka decided untuk memulakan proses tarik & simen. Itupun setelah pasti yang penantian mereka untuk lihat tekanan darah saya turun sia2 sahaja.
Saya difahamkan tekanan darah saya tiba2 melonjak ke 205 semasa saya dalam tidur(akibat bius) dan sekumpulan doktor dah standby untuk bertindak jika berlaku sebarang kemungkinan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya dibenarkan pulang lebih kurang jam 12am.   


No comments:

Post a Comment