Oklah, hari tu masa dok fening-fening dok cari idea nak masak apa dengan ikan tongkol yang ada dalam frezeer tu, saya ke website ni link. Memang dari mula saya mengikuti blog/website masakan, website inilah yang menjadi pilihan utama. Saya terberkenan dengan resipi dari HaSue ni. Resipi yang mudah dan sedap sangat. Terima kasih kerana berkongsi resipi ni.
Inilah hasilnya Ikan Goreng Asam Jawa. Tapi saya tak habis disini. Ikan ni saya buat sambal yang amat simple. Kalau berminat bolehlah mencuba yerr...
Sambal Ikan Tongkol
Bahan2nya:
1 ekor ikan Tongkol size sederhana (dipotong kecil) & digoreng seperti resipi diatas.
1 biji bawang besar (dimesin halus)
3 ulas bawang putih (dimesin halus)
4 sudu besar cili giling
Garam & Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan2 yang telah dimesin halus. Bila bawang dah naik bau, masukkan cili giling. Masak sehingga cili betul2 garing dan cukup masak. Masukkan sedikit air (agak2 saja. Saya masukkan sikit sebab tak mau terlalu berkuah). Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan, garam & gula secukup rasa.
Inilah rupanya Sambal Ikan Tongkol saya. Simple kan??? bulan puasa ni biasanya lauk2 yang macam ni lah yang cepat laku berbanding lauk lain. Tapi sorrylah, saya suka pekat sampaikan tak nampak bentuk ikan dicover dek sambal.....Selamat Mencuba..
best!
ReplyDelete