Followers

Friday 29 June 2012

BIHUN GORENG ala BAPAK

Kalau bercerita pasal bihun goreng, pada saya tak ada siapa yang boleh lawan bihun goreng yang arwah bapak saya buat. Kami 5 beradik (seorang dah meninggal), arwah bapak ni seorang yang garang...sangat2 garang. Bila arwah marah saya rasa tiada bapak yang segarang arwah. Tapi disebalik sikap garangnya, arwah bapak juga amat penyayang orangnya. Pandai memasak mengalahkan orang perempuan, pandai mengemas rumah..pembersih, cukup bersih orangnya. Bila mama masukk wad nak bersalin sampailah mama lepas pantang, arwah buat semua kerja rumah. membasuh, mengemas, memasak dan menjaga kami.

Kenapa garang?
Arwah bapak paling pantang kalau apa yang disuruh / diajar tak dibuat sebaiknya. Kalau kami nak keluar bermain tak boleh balik selepas pukul 7pm. Masih ingat lagi arwah baling kakngah dengan botol kerana mengusik saya, simpul tali di anak batu lesung dan gantung. Tunggu untuk hayun pada along (arwah dah sekarang) sebab keluar rumah tak tentu masa (tapi arwah tak buat pun). Ada sekali tu arwah bapak tunggu saya dan kakngah di luar rumah sebab keluar ke pekan balik lewat. Masa tu kami sampai rumah lebih kurang 7.10pm sedangkan arwah dah pesan balik sebelum 7pm. Punyalah kecut waktu tu..tapi sebab kakngah keluar dengan saya so terselamatlah kami..sebab saya ni tak pernah kena cubit pun apatah lagi kena pukul.

Penyayang?
Haa..bab ni paling saya suka. Walupun garang, arwah amat penyayang. saya boleh dikatakan rapat juga dengan arwah. Dalam semua saya tak pernah kena jentik pun..sebabnya saya akan ikut seboleh  mungkin apa yang arwah minta. Paling saya ingat bila saya sakit, arwah balik je dari kerja dengan uniform(arwah polis dulu) dan stoking yang belum dibuka terus datang kat saya. Sapu minyak Tiger Balm, picit kepala kita dan jangan terkejut sebab arwah juga akan mandikan saya dengan air asam jawa untuk menghilangkan panas. Belum lagi bab arwah basuh kasut sekolah kami masa kami kecik2, jaga mama dalam pantang dan jaga kami masa mam kena tahan wad. Saya memang salute habis dengan arwah bapak untuk semua ni. Susah nak dapat lelaki macam ni sekarang ni.

Pembersih?
Dulu...(dululah kannn) kalau orang datang rumah mesti puji. Rajin anak dara rumah ni...hah!! nak dara..diaorang tak tahu "BAPAK ANAK DARA" yang buat semua tu dan hanya dibantu oleh anak2 sebab takut kena marah (hehehehe...menyesal rasanya sekarang ni). Bila kemas rumah setiap hujung minggu jangan mimpi nak bangun lewat. Awal2 lagi pintu bilik dah bergegar.Selagi tak bangun selagi tulah akan diketuk. Semua ada tugas masing2. Kalau tak jangan mimpi nak breakfast. Dah siap kerja kami arwah akan check dulu. Kalau dia tak puashati kena buat balik. Arwah selalu pesan "bersih tingkap, jangan sampai boleh tanam belacan"...(tanam belacan??).


Pandai masak?
Hmm bila dah habis siap kerja biasanya arwah bapak akan buat breakfast hujung minggu. Mungkin sebab nak mama rehat kot.Dan salah satu resipi yang amat saya suka ialah Bihun Goreng. mama buat pun sedap tapi tak sama. Lain caranya..nak tahu caranya? Moh lerr cube...

BIHUN GORENG ala BAPAK
Bahan2nya:
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu Bawang Besar Merah - dipotong dadu
Sedikit Isi Ayam - dipotong kecil
Sedikit sayur Kobis - dihiris kasar
Sedikit Taugeh
Kicap Cair
Kicap Pekat
Serbuk Lada
Sedikit Air
Suku peket Bihun - direndam
Minyak untuk menumis
Kiub Pati Ayam Knorr secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih diikuti dengan bawang merah. Bila dah mula kekuningan masukkan sedikit air. Masukkan kicap cair , kicap pekar (sekadar nak menghitamkan), serbuk lada dan kiub ayam knorr. Rasa perasanya dan tambah jika perlu. Bila air mula mendidih masukkan bihun. Bila bihun separuh masak, masukkan kobis. Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau seketika. Kemudian angkat dan hidangkan dengan cili kicap.

Cili kicap ni simple je. Kicap cair, cuka dan cili potong..
Saya buat ni pun kira ok lah ada kiub, ada ayam. Bila arwah buat dulu plain je tapi cukup rasanya. Sebab bihun ni tanpa cili boh dan sos, sesuai sangat makan dengan cili kicap ni.

Malam ni terlebih rajin saya goreng cendawan untuk makan bersama bihun.
Cendawan Goreng Tepung Rangup

CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP
Saya campak2 je so saya campurkan 2 sudu besar tepung beras dengan 1 sudu besar tepung goreng pisang adabi dan secubit garam ..celup kedalam bancuhan dan goreng dengan minyak yang panas secara deep fried. Angkat bila cendawan warna keemasan.
Kalau boleh tepung goreng pisang adabi tu jangan banyak sangat sebab nanti dia serap minyak,tak sedap.

Thursday 28 June 2012

CUCOQ KODOK (JEMPUT2 PISANG)

Hai semua dah sarapan ke? Sarapan apa pagi ni? Hari ni saya buat sarapan yang simple. Sarapan asli orang2 Melayu iaitu Cucoq Kodok @ Cokodok @ Cekodok (ni confirm orang Kay Elll cakap) @ Jemput2 Pisang....
Tapi sebab kita ni orang utara rasanya lidah ni dah biasa dengan panggilan cucoq kodok..pasal apa kodok pun taktau lah. Cucoq tu tau laaa sebab dari panggilan cucur.
Macam2 cara orang buat cucur ni. Ada yang letak susu tepung, ada yang letak yis, ada yang letak soda, ada yang letak baiking powder dan tak kurang juga yang guna tepung kek.
Pada saya, saya suka cucur yang lembut dan penuh dengan pisang bukan tepung. Saya nak rasa pisang yang lebih. Kadang2 kita tengok orang buat sampai petang dok elok lagi bulatnya kan..tapi pada saya cucur yang asli tak akan keras macam tu sampai petang.
Jadi ini cara saya..jom tengok resipi agak2 ni:

Cucoq Kodok (Jemput2 Pisang)
CUCOQ KODOK (JEMPUT2 PISANG)
Bahan2nya:
12 biji Pisang Emas masak ranum
Gula halus secukupnya (ikut tahap kemanisan yang korang nak)
1/2 sudu kecil Soda Bikarbonat
1/2 sudu kecil Baiking Powder
Tepung secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
Lecek pisang dengan gula. Letak gula sikit2 dulu sambil rasa. Bila dah cukup manis berhenti letak gula sebab pisang pun dah manis (saya tak suka manis). Letak soda dan baiking powder, gaul lagi. Masukkan tepung sedikit2. Saya letak sikit sahaja, kurang dari secawan. Aduanan nya juga agak lembik.
Panaskan minyak dan jemput2kan masuk ke dalam minyak. Angkat bila dan dah brown colour.

KETAM MASAK CABAI ;)

Haa..tu bahasa melayu utara nya. Kalau bahasa Inggeris Chili Crab @ Ketam Bercili. Kalau orang utara kan panggil cili, cabai. Macam Cabai melaka (cili padi)...tak lah beza sangat kan. Oklah kita bukan nak cerita pasal Cabai @ Cili tapi kita nak cerita pasal Chili Crab @ Ketam Bercili @ Ketam Masak Cabai tadi.

Hari ni paginya ke NSK Kuchai Lama tapi takde apa yang menarik selera untuk dibeli. Petangnya ke Jusco Maluri. Hari ni ada Member Card Day (27 & 28 Julai)..harap2 adalah yang murah boleh dibawa balik. Sampai je parking as usual lah..ya amat payah kalau sales ni. Dekat 45minit juga baru dapat parking. Masuk je, niat yang pertama nak tengok apa lauk yang murah. Tapi disebabkan saya ni pengunjung tegar Jusco Maluri (seminggu 2-3 kali kesana) so pada saya apa yang dikatakan "sales" tu cuma pada nama je. Memang adalah yang sedikit murah tapi bukan sangat murah.

Macam kasut wanita, selalu saya kesana harga hari ni dengan hari2 sebelumnya sama je. Yang ok sikit bila diaorang buat "Happy Hour" tapi selalunya barang2 happy hour ni "kurenggg" sikit. Cuba buat handbag Bonia ke, Alain Delon ke, Carlo Rino ke up to 70% haa..barulah sales. Ada handbag bonia sales 70% tapi harga asalnya RM600.00 keatas...haaa macamana tu?

Macam hari ni langsir (lupa brand apa) 3 panel RM38 dan 2 panel RM30..wahhh berebut orang. Teruja jugalah saya sebab kainnya ok. Tapi bila saya pusing belakang tempat sales tu, Jusco Brand langsir 3panel RM59.90 less 50% = (30 lah lebih kurang). Amacam??? Tu lah kenalah kita fikir sebelum membeli...
Tapi kesudahanya apa yang saya beli?? Saya beli kedua2 langsir tu..Brand Jusco saya beli sebab murah & brand lagi satu tu sebab saya nak warna tu...HAHAHAHAHAHA...

Ok back to our recipe...jomlah layannnn

Ketam Masak Cabai...Aku cabai budak ni kang..hahahahah

KETAM MASAK CABAI / CHILI CRAB
Bahan2nya:
3 ekor Ketam - bersihkan dan potong 2
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
2 inci Halia - dicincanghalus
2 1/2 sudu besar Cili Boh
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Ikan
2 biji Telur - dipukul sedikit
Air secukupnya
Secubit Serbuk Secukup Rasa
Sebiji Bawang Besar - dihiris
Minyak secukupnya

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak goreng ketam separuh masak dan ketepikan seketika.
Ketam yang digoreng separuh masak
Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang putih & halia. Bila dah naik bau masukkan cili boh dan sos cili. Masak sehingga cili garing, masukkan air. Jangan terlalu banyak sebab kita nak ianya pekat sikit. Masukkan sos tiram, sos ikan & serbuk secukup rasa. Rasa perasanya..dah ok masukkan ketam dan bawang besar. Masak seketika. Bila ketam dah masak masukkan telur dan kacau dengan api besar. Kaup balik seketika je kemudian angkat dan hidangkan..

*Kalau suka pedas tambahkan cilinya.

Saya makan dengan Sayur Kangkung Goreng..
Alahaiii..Kangkung tak payah resipi erkkk...

Wednesday 27 June 2012

HATI AYAM GORENG KICAP

Esok (27 Jun 2012) katanya di area condo ni ada gangguan bekalan elektrik dari jam 10am hinggalah 10pm. Kadang2 betul dan kadang2 tak juga. Mulanya ingat nak pergi shopping sayur hari ni tapi bila dah dapat tahu esok bekalan elektrik terganggu jadi saya tak kemana2.Lebih baik keluar esok. Hari ni rehat je kat rumah dan masak je apa yang ada untuk dinner nanti.
Kawan2 suka makan hati tak? Laa..bukan yang boleh buat korang semua menangis tu tapi hati yang sedap dimakan...hati ayam, hati lembu..hati apa lagi erkk? Saya jika diberi hati & pedal saya akan pilih hati. Saya tak suka makan pedal, perut, lidah, otak lembu, paru semua tu. Jangan tanya kenapa..walaupun orang kata sedap tapi entahlah saya tak boleh nak telan. Tapi kalau bagi hati lembu atau ayam, saya ok jer.
Paling saya suka hati lembu masak kicap atau buat rendang. Kalau bulan puasa memang menu ni yang amat menyelerakan. Masak kicap..apa2 je lah. Ayam ke hati ayam ke hati lembu ke, telur ke asalkan masak kicap kira ok lah tuuu..
Banyak info mengenai organ dalaman binatang ni serta khasiat dan kemudaratan nya dalam Islam dan sains. Memang dah lama tahu tapi bila baca dari blog saudara ni dan saudara ni saya rasa macam tak nak makan je..tapi kali ni last boleh?? (ye ke last??)

Anyway saya tetap masak juga sebab barangnya dah ada ni..(hehehe alasan..)

Hati Ayam Goreng Kicap
HATI AYAM GORENG KICAP
Bahan2nya:
Bahan diperap:
450gm Hati Ayam - dicuci & dipotong sikit
3 sudu besar Kicap Kipas Udang Manis
1 1/2 sudu besar kecil Kicap Cair
1 inci Halia, 2 ulas bawang putih & 1/2 labu bawang besar - dimesin halus
Sedikit Serbuk Lada Putih

Bahan  untuk menumis:
2 inci Halia Muda -  dihiris halus
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
Minyak secukupnya
Kacang Panjang & Bahan Tumis
1 labu Bawang Besar Merah - dibelah 6-8
15 batang Kacang Panjang - potong ikut selera masing2
1biji Cili Merah - dipotong serong
Garam - jika perlu

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan bahan yang diperap dan masak sehingga hati masak. Saya suka agak garing baru sedap. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan bawang besar. Tambah garam jika perlu. Masukkan cili merah dan masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

*Saya suka bila hati tu sedikit keras dan garing manakala kacang panjang tu lembut..hhmmm telan terus..hehehehe.

Tuesday 26 June 2012

BUBUR KACANG DURIAN

Semenjak minggu lepas saya terasa teringin sangat nak makan bubur kacang. Dah lama beli bahan2 tapi mungkin sebab batuk yang tak pulih2 lagi ni membuatkan niat tu terbantut. Lepas tu Harith belikan durian. Saya ni bukan peminat durian tegar, tapi setakat 2-3 ulas tu boleh lah saya makan. Hari ni setelah sekian lama saya mengidam nak buat akhirnya..awal2 pagi tadi siaplah Bubur Kacang Durian...

Bubur Kacang Durian

Saya buat main campak2 je.

BUBUR KACANG DURIAN

Bahan2nya:

250gm Kacang Hijau - direndam 4 jam
1 1/2 sudu besar Biji Sagu - direndam seketika
1 kotak kecil Santan M & S
1 tin Susu Cair Ideal
1 ketul gula Melaka dicairkan bersama gula pasir (gula ikut selera masing2)
2-3 helai daun pandan - disimpul
Beberapa ulas Buah Durian

Cara Membuatnya:
Rebus kacang hijau sehingga empuk. Masukkan santan, susu cair, gula dan daun pandan. Masak seketika bila hampir mendidih masukkan sagu & durian. Masak sehingga mendidih dan cukup masak.

Saya asingkan sedikit sebelum masukkan durian tadi. Buat teman yang tak suka durian dijadikan kuih atau makanan lain. Saya kurangkan sikit manisnya, kalau sesiapa nak makan manis boleh tambah gula sendiri...

Bubur Kacang Durian makan dengan Roti Canai..;)



KHASIAT KACANG BENDI

Kacang Bendi
Buah Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
Pada saya biasanya bendi saya suka goreng cili atau sebagai perencah untuk kari ikan atau asam pedas/asam tumis. Paling tidak pun celur saja  dan cicah dengan sambal belacan. Selain tu bendi juga sedap jika direbus dengan belacan, udang & cilipadi yang ditumbuk dan letak juga asam keping. Simple tapi sedap jika dimakan dengan ikan/ayam goreng dan sambal belacan...hhmmmm layan habis.
Asam rebus bendi, ayam goreng & sambal belacan...dinner semalam.
 

Saturday 23 June 2012

MURTABAK MAGGI

Sarapan pagi yang simple dan cepat untuk dibuat. Rasanya ramai yang telah tahu macamana nak buat tapi saya suka nak share disini. Kalau tak silap di internet banyak juga resipi ini. Seingat saya bertahun2 dulu sebelum ada internet, ada kawan yang dah cerita pasal resipi ni. Ya amat senang...jom tengok macamana nak buat..


1. Celur 2peket Maggi (ambil mee nya sahaja) dan toskan.
2. Pukul 1 biji Bawang Besar Merah, sedikit Daun Sup dihiris halus, 3 biji telur & 1 peket Serbuk Kari Maggi. Pukul sebati..
3. Campurkan maggi & telur yang dipukul tadi. Kacau sehingga sebati. Kalau boleh potong2kan sedikit maggi tu supaya tak panjang sangat.
4. Panaskan pan / kuali dengan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan tadi. Masak macam goreng telur dadar/murtabak.
5. Bila dah agak masak, alihkan. Pastikan kedua2 bahagian masak elok.
6. Angkat daboleh potong ikut suka & hidangkan.
* Tak perlu garam atau lada sebab serbuk maggi tu dah cukup rasa. Ingat walaupun guna 2 peket maggi mee tapi hanya 1 serbuk saja yang digunakan.Boleh juga letak isi ayam/daging jika suka.

Murtabak Maggi

YANG SIMPLE ITU SEDAPPP....

Kadang-kadang jem sikit otak ni bila dok masak setiap hari, sampaikan dah tak tau nak masak apa lagi dah. Bila busy sikit 2-3 hari ni terlepaslah juga dari masak (hehehehe). So semalam dah rasa nak makan Ayam Goreng Cili (resipinya klik je ye). Resipi yang pada saya amat mudah dan cukup menyelerakan.
Ayam Goreng Cili
Sebagai "gu" nya saya goreng Kacang Buncis Goreng Telur. Simple je kan, tumis bawang puith yang dicincang halus. Masukkan telur pecahkan, masuk sayur & bahan2 perasa.
Kacang Buncis Goreng Telur
Dan juga Sup Sawi..sama juga tumis bawang putih, halia 1/2 inci (diketuk). Masukkan air sebagai kuah, sayur, telur & perasa. Letak kiub pati ayam Knorr pun sodappp..
Sup Sawi

Wednesday 20 June 2012

EASY HEALTHY BREAKFAST

Mission Wholegrain Beef Wrap
MISSION WHOLEGRAIN BEEF WRAP
Bahan2nya:
4 keping Mission Wholegrain Wrap
1 biji Buah Tomato Fresh - dipotong dadu
1 bundle Salad (Mak Tam/Romain Salad) - dibuka satu persatu, cuci & toskan
1/2 biji Bawang Merah Besar - dihiris nipis
4 keping Daging Burger Ramly - di grill dengan 1/2 sudu kecil mentega & dipotong memanjang. Saya letak sedikit Serbuk Secukup Rasa Maggi pada daging burger tu semasa grill sebagai perasa.
Bahan2 Intinya

Salad Mak Tam/Romain Salad

Bahan Sos (digaul sebati):
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Mayonaise
Secubit garam
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Sos yang telah digaul sebati

1. Sapukan sos pada wholegrain wrap. Letakkan salad, tomato dan bawang.
2. Letakkan daging dan tambah lagi tomato.
3. Boleh tambah salad lagi jika suka.
4. Gulungkan.
Inilah rupanya..Mission Wraps

Cara nak roll yang tertulis di packaging
Taraaa...Inilah rupanya Mission Wholegrain Beef Wrap

LAGI MENU PEGAGA

Macam yang saya dah katakan dulu, pegaga juga boleh dibuat masak lemak cili padi seperti ini. Resipinya sama seperti yang telah saya buat yang sebelum ini. Cuma tambahkan pegaga kedalamnya.
Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri & Pegaga

Monday 18 June 2012

NASI GORENG PEGAGA & KHASIATNYA

Haaa..pernah makan pegaga? Biasanya orang2 lama yang gemar makan ulam2an ni. Rasanya sedikit pahit tapi sedap dimakan begitu saja sebagai ulam dan dicicah dengan sambal belacan. Ataupun ada juga yang baut masak lemak cili padi dengan udang dan sebagainya. Tak ketinggalan juga yang gemar jadikan jus...hmmm sedap.
Yang lebih penting Ulam Pegaga ini banyak khasiatnya. Diantaranya ia baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, ubat kencing manis, mengecilkan peranakkan dan banyak lagi. Jom kita tengok apa lagi kelebihan Daun Pegaga ni errkk..
Inilah rupa pokok pegaga..
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Selain itu pegaga juga dikatakan mengandungi asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk
revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
15. melambatkan proses penuaan


Banyak lagi info2 mengenai pegaga ni. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke http://tip-untuk-semua.blogspot.com
Salah satu resipi ciptaan saya menggunakan pegaga ialah:


Nasi Goreng Pegaga
Bahan2nya:
1 mangkuk Nasi Putih
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
2 biji Cili Padi Kampung - dihiris
Segenggam Daun Pegaga - dicuci dan dipotong sedikit
1 sudu besar Sos Tiram
1/2 sudu kecil Serbuk Lada Putih
1/2 sudu kecil Serbuk Secukup Rasa Maggi
1/2 sudu kecil Kicap Kipas Udang (Manis)
1 sudu besar Minyak - untuk menumis
1 sudu besar Air

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. tumis bawng putih sehingga kekuningan kemudian masukkan cili padi. Masukkan sos tiram dan air dan diikuti dengan serbuk lada, serbuk secukup rasa dan kicap. Masak seketika kemudian masukkan daun pegaga dan diikuti dengan nasi putih. Goreng nasi sehingga semuanya sebati angkat dan hidangkan.
Sebab saya tak suka masukkan ayam atau apa2 rencah dalam nasi goreng saya, jadi saya goreng Drummet Ayamas untuk dimakan bersama...
Nasi Goreng Pegaga

STRAIGHT FORWARD TO RECIPE....;)

Straight forward ke resipi lah yerr...xde suara sangat nii...hhuuuhuu.
<><><>
Sambal Telur & Sayur Bok Choy Bersos Tiram

Sambal Telur
Sambal Telur

Bahan2nya:
2 biji Telur
Bahan dikisar:
2 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Besar Merah
1/2 inci Belacan - dibakar
1/2 inci Halia

2 sudu besar Cili Boh
Air Asam Jawa
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan masak sehingga cili masak dan sedikit garing. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukupnya. Bila agak pekat masukkan telur satu persatu tapi jangan hancurkan. Bila telur masak dan kuah dah pekat boleh lah diangkat dan hidangkan.
Resipi ni sebenarnya sama seperti saya masak sambal tumis. Mulanya memang nak buat sambal tumis tapi bila ke blog Dapur Tanpa Sempadan - Mat Gebu tu tengok dia buat kering, teringin pulak. Ni resipi di blog beliau..Sambal Telur Pecah Mat Gebu

Sayur Bok Choy Bersos Tiram
Sayur Bak Choy Bersos Tiram

Bahan2nya:
5 bundle Sayur Bok Choy - dibersihkan dan dicelur seketika dengan air mendidih yang dicampur bersama beberapa titis minyak.
1 sudu besar Minyak
5 ulas Bawang Putih
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Air
1/2 sudu kecil Serbuk Lada Putih
Bawang Goreng

Cara Membuatnya:
Susun sayur didalam pinggan.
Sementara itu panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.Masukkan air, sos tiram dan lada. Bila mendidih dan agak memekat angkat dan tuangkan keatas sayur tadi. Taburkan bawang goreng diatasnya dan hidangkan.
* Saya tak letakkan garam kerana sos tiram & bawang goreng sudah cukup masin.
Dan saya juga goreng Drummet Hot & Spicy Ayamas sebagai pelengkap hidangan..;)

Sayur Bok Choy - tq En Google

Roti Telur
Roti Telur
Bahan2nya:
4 biji Telur - dipukul bersama secubit garam & lada sulah
Mentega Secukupnya
10 keping roti

Cara Membuatnya:
Panaskan sedikit mentega didalam pan. Celupkan roti kedalam telur di kedua-dua bahagian roti, biar rata. Letakkan ke dalam pan. Bila roti dah masak alih dan masakkan sebelah lagi. Ulang sehingga habis semua roti...Sedap juga kalau makan dengan kari atau susu cair.


Friday 15 June 2012

AMALKAN HIDUP SIHAT.........JEREBU MAI LAGI NIII..

Perasan tak cuaca kebelakangan ni..tak tahu lah dinegeri lain tapi di KL ni amat2 lah "kelabu asap". Sesak rasa nafas..
Pandangan pada 15 Jun 2012
Inilah pandangan dari rumah saya. Dah beberapa hari lepas saya nampak macam ni tapi hari ni lebih teruk. Matahari pun dah nampak macam bulan. Bila cuaca macam ni kenalah jaga sikit kesihatan. Banyak kan minum air putih/kosong dan elakkan aktiviti luar.
Walaupun cuaca tak menentu sekarang ni tapi makan teatp makan juga ye takkk... ni lauk dinner semalam. Tak sempat nak update, bz sikit hari ni.
Yang ni resipi ulangan Sayu Lobak Masin Berdaging. Nak tengok resipinya sila ke entry ni yerrr...
Sayur Lobak Masin Berdaging
Walaupun tekak ni dok sakit lagi..semput jer rasanya, tapi masih rasa nak makan pedas. Saya pun mulalah mereka cipta sesuatu yang simple dan pedas..so yang ada dalam kepala ni hanyalah Ikan Bilis Goreng Cili..
Ikan Bilis Goreng Cili
Ikan Bilis Goreng Cili
Bahan2nya:
Segengam Ikan Bilis - digoreng dan toskan. Minyaknya guna untuk menumis.
Bahan Tumbuk Kasar:
2 ulas Bawang Putih
1 biji Bawang Merah Besar
3 biji Cili Merah
6 biji Cili Padi Kampung
Secubit garam
Bahan2 yang ditumbuk kasar
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan garing. Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.
Saya buang minyak yang berlebih. Takut juga minyak banyak2 ni walaupun saya pakai minyak Sunflower. Garam boleh dimasukkan jika perlu sebab kadang2 ikan bilis ni dah masin dan minyak bekas goreng ikan bilis pun dah masin..ikutlah selera masing2 ye.

Tapi nampaknya malam ni kena makan ni, untuk kebaikan tekak..(sakit tuuu)

Thursday 14 June 2012

SPRING ROLL & FIGO SPRING ROLL SKIN YANG HAMPEHHHH!!!!

Marah niiii.....hahahahhaha marah kerrr? semalam buat popiah untuk breakfast. Sebab selalunya guna kulit brand KG tapi bila kelmarin ke Supermarket jumpa lak brand Figo (siap tulis easy to peel) so interested lah nak cuba. Memang tak dinafikan "easy to peel" tapi bila goreng macam taknak "crunchy" dan tak cantik sangat...

Tak sampai 2 minit mula lembikk nampak tak kulitnya???
Kalau nak resipi bolehlah ke entry saya yang sebelum ni dan tengoklah perbezaannya..Resipi Popiah Dengan Kulit KG

Wednesday 13 June 2012

RENDANG ASAM IKAN TENGGIRI

Ikan merupakan salah satu sumber protein yang penting buat manusia. Untuk mengetahui mengenai khasiat ikan, apakata singgah  disini. Saya nampak info di blog ni agak menarik untuk dikongsi bersama.
Kalau di belah utara semenanjung kita panggil rendang tu macam goreng lah. Kalau di KL ni orang panggil ikan tenggiri masak asam atau goreng asam kot...hehehe. Kalau sesiapa yang tak tahu macamana rupa ikan tenggiri..ni gambar dari En Google


Saya dengan Harith ni kalau makan gemar sangat yang cepat dan ringkas. Nak masak simple tapi biar sedap. Terutamanya masak rendang asam ni memang favourite. Apatah lagi kalau arwah bapak & mama yang masak...hmmm "the best". Masakannya ya amatttt simple..tak caya? Jom cuba resipi ni..
Rendang Asam Ikan Tenggiri
Rendang Asam Ikan Tenggiri
4 ketul Isi Ikan Tenggiri - digaul garam kunyit & digoreng
Bahan Tumis:
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
2 inci Halia - dihiris nipis
1 labu Bawang Besar Merah - dihiris
Minyak untuk menumis (lagi baik pakai minyak goreng ikan tadi)
Air Asam Jawa secukupnya
Garam secukupnya
1 biji Cili Merah - dihiris serong
4 biji Cili Padi - dipotong jangan putus (jika suka)

Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumis sehngga kekuningan dan naik bau. Masukkan air asam jawa. Bila air mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Masak sehingga pekat. Ikaut selera kalau nak berkuah banyakkan sikit air asamnya. Kemudian masukkan garam..jaga2 sebab ikan dah ada garam begitu juga dengan minyak ikan untuk menumis tadi. Last sekali masukkan cili merah dan cili padi yang telah dipotong tadi.
* Saya suka masakan ni biar pekat baru sedap..kalau ada daun sup lagi sedap.

Tuesday 12 June 2012

BERSYUKUR & LUNCH ORANG SAKIT

Kita kena bersyukur dengan apa jua dugaan yang diberi pada kita. Bila kita diberi kesihatan yang baik maka kita kena sentiasa bersyukur dan ingat padaNYA.
Bila kita ditimpa musibah, sakit atau kesusahan maka janganlah kita merungut, marah, mengeji tetapi adalah lebih baik kita bersyukur dan menerima segalanya sebagai dugaan dariNYA. Insan yang disayangiNYA akan terus diuji..diuji...& diuji...



Kerana setiap yang berlaku itu membuatkan kita terfikir untuk...

Dan ingatlah bahawa...
Amin...

Setelah berhari2 menahan sakit, berjaga malam kerana langsung tak boleh tidur..alhamdulillah hari ni lepas zohor, setelah benar2 pasti boleh ambil ubat, barulah saya makan ubat batuk. Sebaik je makan terus terlena dan sedar je dah 4.45pm..Ya Allah. Cepat2 bangun sempurnakan apa yang wajib kemudian terasa lapar..sangat lapar...
Jadi inilah masanya untuk makan sebab dah beberapa hari ni makan pun tak lalu..Simple je cuma Telur Dadar & Sayur Brokoli Goreng..
Nasi Putih & Telur Dadar
Sayur Brokoli Goreng
Sayur brokoli dipotong dan dibersihkan kemudian saya goreng dengan sedikit minyak dan bawang putih. Kemudian letak sedikit perasa (garam & lada). Simple.. saya suka letak bawang putih banyak2 masa saya goreng sayur. Itu cara saya..inilah caranya lunch orang sakit.