Followers

Wednesday 20 July 2011

Hadiah Dari Australia..


Bukan nak menunjuk tapi sekadar nak sampai rasa terima kasih to my Dad sebab bawa balik souvenir untuk saya dari Australia..from him & mummy katanya... Thanks a lot!!!

Grand Dish Special Chicken Roll

Selepas apa yang berlaku hari, kami semua macam malas jerr.. takde mood. Ye lah semuanya berlaku depan mata dan terlalu cepat. Dan yang paling sedih ianya bukan happy ending, tapi sedihhh...

Lepas tu pulak bz bukan main...tau bz dengan apa??? Bz main game, Angry Bird!!! Hahahahaha....

Berbalik kepada resipi yang banyak beratur tu, ini saya nak kongsi resipi Grand Dish yang baru. Masih panas..panas..panas.. dalam menu pun tak masuk lagi tau...

Grand Dish Special Chicken Roll...


Eh..eh...apa tu erkkk? Haaaa, jom semak resipinya..

Bahan2nya luar:
1 ketul isi dada tanpa tulang diketuk nipis
1 keping telur dadar dari 1 biji telur
Sedikit mentega
Serbuk roti secukupnya

A. Bahan Inti:
Sedikit mixed vegetables
Cendawan - boleh guna apa2 jenis cendawan. Saya mixed Shitake, Crab Meat Mushroom & Oyster.
*3 sudu besar Whipped Cream
1 sudu kecil Parmesan Cheese
*3 sudu besar Brown Sauce
Sedikit serbuk lada hitam & garam
Bahan yang bertanda * dicampur sekali

Cara Memasak Inti:
Mixed vegetable & cendawan di "soute" atau dimasakkan atas pan. Masukkan bahan yang bertanda * & parmesan cheese. Bila sayur mulai lembut, masukkan garam & lada hitam. Ketepikan..


B. Bahan2 Sos:
5 sudu besar Brown Sauce
4 sudu besar Whipped Cream
1 sudu besar Mayonaise 

Cara Memasak Sos:
Campurkan ketiga-tiga bahan dan masak sehingga agak pekat.


Bentangkan isi ayam yang diketuk nipis, letakkan telur dadar diatasnya. Ratakan bahan A (inti) keatas telur dadar tadi. Kemudian gulung seperti kita buat popia. Gulingkan gulungan ayam tadi keatas serbuk roti sehingga rata sepenuhnya. (Tak perlu telur sebab daging ayam cukup lembab untuk melekatkan serbuk roti).

Panaskan mentega dalam pan. Bila dah cair dan panas, letakkan gulungan ayam tadi. Masak dalam 2-3 minit bagi setiap bahagian. Kemudian masukkan kedalam oven dengan kepanasan 180-200 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan bolehlah dihidangkan bersama B (sos).

TAraaa......siap untuk disantap. Potong perlahan-lahan...

Fuhh..lihatlah dalamnya yang cair & creamy...hhmmmm... Inilah rupanya setelah dipotong..juicy dan hmmmmmm.....saya sorang tak habis ni..kenyang!!

Wednesday 13 July 2011

Tragedi Malam Ini

Malam ni 12hb Julai 2011, lebih kurang 9.30pm, saya & Harith (Jason) tengah bz melayan customer yang kebetulan ada lah 3-4 meja, tiba2 saya ternampak security berlari ambil tisu dari meja yang ada customer sedang makan disitu. Pelik juga tengok perangai security tu, nak marah pun ada bila berkelakuan macam tu, kurang baik didepan customer. Lepas tu security tu datang lagi minta air mineral botol kecil. Harith pun ambilkan untuk dia. Bila tengok dia macam ada yang tak kena, Harith tanya baru lah dia bgtau ada orang jatuh kat gate depan.

Harith pun tanpa fikir panjang lari terus ke depan gate. Saya pun terus je ikut tanpa pedulikan siapa yang masih ada di cafe & tanpa terfikir untuk ambil duit niaga yang masih ada dalam cafe. Rupa2nya Uncle Tan sudah tak sedarkan diri, duduk diatas kerusi sambil hidung & lututnya berdarah. Dikanan beliau ada isterinya yang kelihatan panik menjerit2 memanggil nama Uncle Tan sambil jari dari 1 tangan dimasukan ke mulut Uncle Tan (bagi mengelakkan terkancing gigi) & sebelah tangan lagi menepuk - nepuk muka Uncle Tan. Dikeliling Uncle Tan ada security, 2-3 orang foreigner yang mungkin dari Iran, seorang wanita melayu & seorang wanita cina (kakak Uncle Tan). Masih kedengaran bunyi nafas yang amat berat tapi hanya sekali dua sahaja.

Harith ambil langkah berani dengan meminta setiap orang membantunya menurunkan Uncle Tan dari kerusi dan baringkannya supaya beliau dapat bernafas dengan selesa. Bila Uncle Tan kelihatan tidak bernafas lagi, Harith cuba memberi bantuan CPR sekadar yang termampu. Dua kali tekanan didada & CPR dari mulut ke mulut , tiba2 Uncle Tan bernafas semula tapi amat berat. Kebetulan ada teksi diluar, kami tahan dan Uncle Tan dihantar ke Hospital Tung Shin dengan ditemani oleh isterinya.
Risau akan keadaan Uncle Tan & isteri, saya & Harith tutup cafe & terus ke hospital. Sampai disana kami dimaklumkan oleh isteri Uncle Tan yang beliau tak sempat diselamatkan...

Uncle Tan merupakan seorang yang peramah. Selalu menyapa kami, selalu menanya kami macamana dengan bisnes kami, selalu angkat tangan kalau jumpa saya atau Harith, selalu berjoging mengeliling condo, selalu order makanan dari kami untuk diberikan kepada security. Tapi hari ini Uncle Tan yang kami kenal terkulai layu didepan mata. Bila dah sampai masanya tak siapa boleh menghalang.
Buat Harith, i'm proud of u. U try ur best but siapalah kita untuk melawan takdir. U never think about races, u never think about dirty or "geli" to touch people mouth with full of blood sorround his mouth and nose. Don't feel upsad..as i said juz now, u try ur best already & i really proud of u.
For Uncle Tan's family, condolence from us. Hope Uncle Tan rest in peace....

Tuesday 12 July 2011

Spaghetti Aglio Olio With Vegetables

Hai.. salam buat semua. Lama tak tulis resipi. Busy dengan tugas, busy dengan tengok orang lain "bertugas"..hehehe. Bila dah lama tak update maknanya banyaklah resipi yg perlu dituliskan. Bersusun-susun menunggu giliran. Hari ni saya bagi "Cik Pasta" dulu yer..dah lama "Cik Pasta" ni dok tunggu giliran dia. Akhirnya dapat juga disiarkan dan dikongsi bersama..


Spaghetti Aglio Olio With Vegetables

Bahan2nya:
180 ~ 200gm pasta (Spaghetti) - yang direbus selama 6-7 minit.
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil). Kalau takde minyak zaitun, minyak sayuran pun ok gak.
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 batang cili kering yang dihiris halus - nak pedas tambah lagi
Sayur2 - Lobak Merah, Bunga Kobis, Kacang Buncis di potong ikut selera anda
Stok ikan bilis (serbuk) @ garam
Parmesan Cheese

Cara2nya:
Panaskan pan/kuali.
Masukkan minyak zaitun. Bila dah panas masukkan bawang putih dan cili kering.
Tumis sampai kekuningan dan naik bau.
Masukkan sayur2an. Masak sehingga sayur separuh masak.
Masukkan pasta, gaul rata.
Bila pasta hampir masak masukkan bahan perasa, stok ikan bilis @ garam. (Biasanya saya kalau dah masukkan serbuk pati ikan bilis, saya tak masukkan garam lagi takut masin sebab nanti cheese pun ada rasa masin juga.)
Sebelum dihidangkan taburkan parmesan cheese keatas pasta tadi.

Saya lebih suka masak pasta secara al dente, so bila makan tak lembut sangat,kenyal jer kalau gigit. Sesetengah orang suka rebus sampai kembang,dah macam mee kuning pulak jadinya. Tak lalu nak makan macam tu. Tapi lain orang lain seleranya kann..ikutlah minat masing2.
Aglio Olio ni kegemaran saya. Simple dan tak muak kalu dimakan..cubalah yerr..

Sunday 3 July 2011

Masak Lemak Cili Api Udang & Timun

Hari ni sunyi sikit..mungkin ramai yang dah keluar, maklumlah hujung minggu. Cuma kami jer yang setia menunggu...
Makan tengahari hari ni selesa sikit kalau sunyi macam ni. Kalau tak, nak makan pun berlari-lari. Ada sekali tu sunyi tak ada orang so saya pun siaplah nak makan. Baru je letak nasi dalam pinggan, orang pun datang...hmmm itu lah adat meniaga,kan??
Ok lah cakap banyak pun tak guna. Perut pun dah berkeroncong ni. Hari ni saya masak Masak Lemak Cili Padi...jom tengok resipinya..

Masak Lemak Cili Padi Udang & Timun

Bahan2nya:
2 Ulas Bawang Putih (dimayang halus)
2 Ulas Bawang Merah (dimayang halus)
2 Inci Halia Muda (dihiris halus)
1 Batang Serai (dititik)
2 Batang Timun (dipotong mengikut cara masing2)
7 Biji Cili Api (ditumbuk halus)
15 Ekor Udang
Santan pekat dari 1 1/2 biji kelapa
2 Helai Daun Kunyit (dihiris halus)
Garam secukup rasa
Sedikit Air

Cara-caranya:
Satukan bawang putih, bawang merah, halia, cili api, serai dan timun kedalam periuk. Masukkan sedikit air dan masak sehingga timun empuk dan cili padi masak. Kemudian masukkan udang dan daun kunyit diikuti dengan santan dan bahan perasa. Masak sehingga mendidih.
Untuk masak lemak yang lebih cantik (tak pecah minyak), kena selalu kacau ketika mendidih.
Saya suka hiris halus daun kunyit sebab bau dan rasanya lebih kuat. Mama selalu buat macam tu...hmm rindu masakan mama...
Anyway...SELAMAT MENCUBA... 

Luahan Rasa :(

Hari ni entah kenapa pagi2 dah tersentuh teringatkan kisah lama....hmmm. Mcm2 dugaan yg Allah berikan pada ku. Tapi aku bersabar dan terus bersabar..akhirnya siapa yg lebih baik?? Semoga Allah mengampunkan dia..aku hanya insan biasa yg tak mampu memberikan kata maaf padanya..mungkin bukan sekarang taoi sampai bila..aku pun tak pasti.
Semoga dia melahirkan dengan selamat...semoga dia akan berubah setelah melahirkan...semoga dia tidak tersesat dengan kepercayaan karutnya....semoga..semoga...semoga...segalanya....

Entah dimana silapnya dengan tiba2 jiwanya dirasuki syaitan & iblis yang membisik padanya supaya membenciku..memfitnahku...meletakkkan syaitan & iblis dihadapan bukan Allah S.W.T...
Pelik tapi benar....sedarlah wahai insan yg pernah ku panggil sahabat. Melahirkan ibarat 1 perjuangan. Semoga berjaya dalam perjuangan itu....semarah mana pun aku, akau sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua...
Hmmm...maaf terlari dari topik masakan pulak..sekadar meluahkan apa yg terpendam. agar ianya tidak menggangu mood memasak hari ini... :)

Friday 1 July 2011

Tomato Sos

Sesetengah orang bila buat pasta atau pizza suka gunakan sos tomato ready made dalam botol tu kan, tapi untuk kami yang berniaga, biasanya sos tomato kami buat sendiri. Disini saya nak panjangkan resipi ni buat semua....

Bahan-bahannya:
3 tinTomato dalam tin (diblender)
*1kg Lobak Merah
*1/2 kg Bawang Besar Holland (Kuning)
Garam & Gula secukup rasa
Butter
Bahan yang bertanda * perlu dikisar bersama.

Cara-caranya:
Panaskan sedikit mentega, tumis bahan kisar yang bertanda *. Bila agak dah kering dan masak tutup api dan ketepikan.

Inilah rupanya bahan * yang telah dimasak.

Dalam periuk lain, panaskan lebih kurang 1 sudu besar mentega. Bila mentega sudah cair masukkan bahan * yang telah dimasak tadi. Kacau rata.
Masukkan pula tomato dalam tin yang telah di kisar tadi.
Akhir sekali masukkan 1 sudu besar mentega lagi kedalam sos dan masak sehingga mendidih. Masukkan bahan perasa secukupnya.Setelah mendidih, tutupkan api dan biarkan ianya sejuk sebelum disimpan didalam peti ais/freezer dan gunakan ia untuk membuat sos pasta dan untuk disapukan keatas based pizza. Mungkin kuantiti resipi ni terlalu banyak, anda boleh bahagikan kepada 4 bahagian untuk kegunaan rumah biasa. Tapi untuk meniaga memang berbaloi. Yang selebihnya boleh simpan dalam freezer. Ia boleh tahan lama.
Bezanya dengan sos tomato dalam botol ialah rasa lobak merah & bawangnya yang menjadikan rasanya manis semulajadi.
 Inilah rupanya tomato dalam tin yang saya gunakan.

Selamat Mencuba...... :)