Followers

Tuesday 27 November 2012

MENU SIAP DALAM 40 MINIT..CAYALAHHH

Amacam tajuk entry macam tu,ok tak? Actually kalau saya di dapur saya lebih senang kalau buat sendiri. Cepat dan tak terganggu. Cadangnya nak masak lain tapi bila masuk je ke dapur tup..tup.. lain jadinya. Nampak terung bulat yang masih berbaki dari kari telur ikan hari tu terus potong dan jadilah menu dibawah.
 
Lepas tu terpandang kentang dan daging yang dah siap dipotong kecil dalam segenggam..haaa "gu" dengan kari daginglah terung tu nampaknya. Tapi yang pasti terung tu kena bagi pedas sikit sebab malas nak buat sambal belacan. Biasanya kalau masak kari ni ada sambal belacan & ulam2an baru ngam. Tambah pulak ikan goreng ke ikan masin ke...hmmm.
 
Ikan masin ada tapi malas nak goreng sebab takut tak boleh berhenti makan nanti. Akhirnya cukuplah sekadar Kari Daging dengan Kentang, Sambal Goreng Pedas Terung Bulat dengan Udang Kering. Jadilah untuk orang seperti saya yang tangan hanya recovered 60% dari tangan asal dulu..dah kira ok sangat2 lah kan boleh masak macam ni...(wahhh!! jangan bangga diri hasnie ;) )
 
Percaya atau tidak dalam 40minit semuanya siap termasuklah kemas dapur. Habit saya bila tutup je api, dapur pun kemas. Kalau masak dan semua perkakas letak ke tepi dulu lepas masak baru nak kemas memang saya tak berkenan. Barang2 basah biasanya seperti ikan, daging, ayam, seafood dan sebagainya, balik je dari pasar saya akan terus bersihkan dan masuk dalm bekas siap2. Bila nak masak keluarkan saja dan defrost. Bawang mesin(bawang putih, bawang merah & halia) pun biasanya saya standby stok. Sebab tu bila nak masak menu ni tadi masuk je dapur 2 dapur sekali jalan sambil buat preparation dan kemas. Cukuplah membebel dulu...bukan apa tulis ni supaya kalau ada anak cucu baca blog ni nanti bolehlah diambil sebagai pengajaran.. 
 
Sambal Goreng Pedas Terung Bulat dengan Udang Kering (panjangnya nama..)
SAMBAL GORENG PEDAS TERUNG BULAT DENGAN UDANG KERING
Bahan2nya:
1 biji Terung Bulat - potong wedges
*15 - 20 ekor Udang Kering - direndam supaya kembang
*3 ulas Bawang Putih
*5 biji Cili Padi
Tumbuk kasar bahan bertanda *
3 sudu besar Cili Boh
Serbuk Maggi Secukup Rasa
Minyak secukupnya
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak dalam 2 senduk. Goreng terung seketika biar separuh masak kemudian angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak yang berlebihan cuma tinggalkan dalam 3 sudu besar didalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan cili boh dan goreng sehingga cili masak dan garing. Masukkan perasa secukupnya dan diikuti dengan terung. Kacau rata dan masak sehingga terung masak sepenuhnya tapi jangan sampai hancur.
Saya tak masukkan air sebab saya nak sambal kering dan saya tak suka masukkan gula. Kalau korang nak manis sikit boleh lah letak secubit.
 
KARI DAGING DENGAN KENTANG
KARI DAGING DENGAN KENTANG
Bahan2nya:
200gm Daging - dipotong kecil
2 biji Kentang - potong ikut selera
1 peket kecil Serbuk Kari Daging Babas - bancuh dengan air sikit
2 tangkai daun kari
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
3 sudu besar Santan Pekat
1 sudu besar Kerisik
2 inci halia, 2 ulas Bawang Putih & 1 biji Bawang Merah besar - dikisar halus
Minyak untuk menumis
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang seketika kemudian masukkan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan daun kari kacau seketika kemudian masukkan rempah dan masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air, kentang dan daging dan tutup periuk sebentar sehingga daging masak dan kentang empuk. Masukkan santan dan kerisik. Boleh tambah air jika terlalu pekat. Masukkan garam secukupnya dan boleh lah dihidangkan.
 


Sunday 25 November 2012

PULUT PANGGANG PERTAMAKU

YEahhhhhhhhh.......selama hidup ni asyik dok tengok mama buat je. Memang saya suka memasak tapi bab bab kuih lengat2 ni, kuih yang menggunakan daun pisang dan balut membalut ni amat lahhhh saya tak berkenan..
Alhamdulillah..kadang2 kalau kita tak pernah buat pun tapi kalau dok tengok selalu macamana orang tua kita dok buat insyaallah pasti boleh.
Haa kalau kuih muih lama ni alamatnya main agak2 je. Memang sukatan bahan2nya saya agak2 je. Oklah jom tengok resipi pulut panggang edisi saya ni erkk..

PULUT PANGGANG PERTAMAKU
Bahan Inti:
 
1/2 biji bawang merah besar, 5 biji cili padi, segenggam udang kering yang direndam terlebih dahulu, serbuk kunyit, 3 batang serai, 1/2 sudu besar jintan manis / jintan kasar. Mesin semua bahan sehingga halus kemudian masukkan 1/2 biji kelapa putih. Mesin lagi sehingga sebati saja. Jangan halus sangat.
Masukan dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kering.Perasakann garam dan gula secukupnya. Kalau boleh biar masin dan manis sikit supaya bila dalam pulut nanti tak tawar.

Bahan Pulut:
2 cawan pulut direndam semalaman atau 4-5jam pun ok. Kukus bersama 1 cawan santan pekat dan sedikit garam. Kukus sehingga pulut masak.
 
Pembalutnya:
Daun pisang yang dilayur dulu. Saiz daun pisang agak2 dalam sejengkal lebih sikit lah.
 
Bahan2 dah get ready..saya guna stapler untuk balut dan minyak untuk sapu pada daun pisang
 
Letakkan dalam pulut dan inti ditengahnya

Balut - gulung mampat/kejap dan staple di kedua2 hujungnya
 
Dah siap dibalut. Dapatlah dalam 15 biji. Saya buat boleh tahan gemuknya...hehehe
 
Hujung daun tu biarkan memanjang dan jangan potong. Potong selepas bakar nanti supaya senang untuk nak alih masa proses pembakaran.
 
Dah siap dibakar..kedua2 belah daun bertukar brown macam tu kira oklahhh..
 

IKAN CENCARU MASAK TAUCU

Resipi mudah lagi dan cepat dimasak....
 
Ikan Cencaru Masak Taucu
IKAN CENCARU MASAK TAUCU
Bahan2nya:
2 ekor Ikan Cencaru sederhana besar - dipotong 2 dan dibuang kulit. Digoreng dengan garam & kunyit
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
2 inci Halia - dihiris halus
1 biji Bawang Besar Merah - dihiris
2 sudu besar Taucu - saya guna yang kasar
1 sudu kecil Pes Asam Jawa
1 1/2 cawan air
Serbuk Secukup Rasa Maggi
Sedikit Serbuk Lada Putih
1 - 2 biji Cili Padi - dihiris tengah tanpa putus
Minyak untuk menumis
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan halia dan kacau seketika. Masukkan bawang merah dan biarkan layu sedikit.
Masukkan taucu dan kacau goreng sebentar sebelum dimasukkan air dan pes asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan serbuk secukup rasa secukupnya serta lada putih. Biarkan mendidih sekali lagi dan sehingga kuahnya memekat sedikit kemudian bolehlah diangkat.
 


KETAM BERCILI SEMPOI

Masak Ketam lagi yoooo....resipi yang simple. Sesiapa je boleh buat...
 
Ketam Bercili Sempoi
 
KETAM BERCILI SEMPOI
Bahan2nya:
2 ekor Ketam Bunga
3 ulas bawang putih, 2 inci halia & 1 biji bawang besar merah - dikisar halus
3 sudu besar Cili Boh
2 sudu besar Sos Cili
2 batang Serai - dititik
1 biji telur - dipukul sikit
Serbuk Maggi Secukup Rasa secukupnya
1 senduk Minyak Masak
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak masak. Masukkan ketam dan serai, gorengkan seketika lebih kurang 1 - 1 1/2 minit. Angkat dan ketepikan. Guna minak yang sama untuk menumis bahan2 kisar. Jika minyak terlalu banyak boleh dikeluarkan sedikit. Bila naik bau masukkan cili boh dan cili sos dan masak sehingga cili betul2 masak. Masukkan sedikit air jika perlu tapi jangan banyak sebab kita nak kuah yag pekat.. Masukkan ketam dan serai tadi. Masak sehingga ketam masak / berubah warna keseluruhannya. Masukkan serbuk secukup rasa. Akhir sekali masukkan telur kacau seketika dan angkat.
Pastikan ketam yang fresh akan hasilkan rasa yang manis semulajadi. Tak perlu letak gula.


KARI TELUR IKAN & TERUNG

Kari Telur Ikan & Terung
KARI TELUR IKAN & TERUNG
Bahan2nya:
200gm Tekur Ikan (ikut suka lah ikan apa pun)
3 Ulas Bawang Putih - dihiris nipis
2 Ulas Bawang Merah - dihiris nipis
2 Tangkai Daun Kari
1 1/2 sudu kecil Halba Campur
2 Peket Kecil Rempah Kari Ikan Babas (2pack x 25gm) - dibancuh dengan sedikit air
3/4 Cawan Santan Pekat
1 1/2 Sudu Kecil Pes Asam Jawa
2 biji Terung Bulat - potong ikut selera masing2
2 biji Tomato
Garam secukup rasa
1 Cawan Air
1 senduk Minyak untuk menumis
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halba campur. Bila bawang mula menguning masukkan daun kari.Kacau sekejap masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak.
Bila rempah pecah minyak masukkan santan dan pes asam jawa. Biar mendidih seketika masukkan terung dan telur ikan. Jangan lama sangat. Bila terung dan telur ikan dah masak masukkan tomato dan tutup api. Siap..
 
 


Wednesday 14 November 2012

KAWAN

Kawan..kita perlukan kawan dalam hidup kita. Kenapa? Kerana kita perlukan kawan untuk bertukar tukar pendapat. Kita perlukan kawan untuk berkongsi cerita. Siapa kawan kita? Sesiapa saja...asalkan boleh saling menghormati, tahu batas2 pergaulan & boleh dipercayai. Adik beradik, ibubapa, saudara mara juga boleh dijadikan kawan. Hormat ibubapa kerana mereka melahir dan membesarkan kita tetapi dalam masa yang sama kita anggap mereka sebagai kawan supaya kita dapat meluahkan apa yang kita rasa tanpa ada segan silu. Rasanya kebanyakan ibubapa sekarang sudah mengamalkan konsep ini dan saya sendiri yang menjaga anak buah dari lahir sehingga sekarang mengamalkan konsep ini.
Berkawan ini tak mengira bangsa rupa dan kulit mereka, yang penting hati dan penerimaannya terhadap kita dan penerimaan kita terhadap dia. Kini saya menambah seorang lagi kawan dari Vietnam yang datang melawat selama sebulan di Malaysia. Alhamdulillah hatinya luhur dan telus. Terlalu pure..
Boleh bertukar2 pendapat dan cerita antara 2 negara. Keluarganya mempunyai kilang perabot, supplier barang2 binaan, ladang lemon...dan saya juga dijemput kesana.
Insyaallah..ada rezeki pasti ke sana. Bila dah orang luar datang ke Malaysia pastinya buah tangan saya padanya ialah.......
 
Moon dengan baju kurungnya...dan she's crazy with my kuih buah melaka..hahahaha
Me, Cheryl & Moon

Moon from Vietnam
That is Grand Dish Cafe...the place where the whole world meets...


Saturday 10 November 2012

MEMBAKAR SEGALA URAT PERUT

Semalam masa di cafe untuk lunch saya makan Pashu Fried Rice yang mana rasa nya masin,masam dannnnn pedas. Saya memang tak boleh sangat2 makan nasi goreng ni. Memang tak sesuai dengan perut saya. Asal makan je mesti ulang alik ke toilet. Berumahtangga kat dalam toliet tu. Yang hairannya customermakan ok je..tokey nya pulak tak tahan,,hehehehe. Actually Pashu Fried Rice ni adalah resipi Myanmar. Nasi goreng belacan yang diletakan cili api yang banyak serta beberapa rempah lain. Memang sedap bila makan taknak stop lagi..tapi perut ni (dengan nada sedih..huuhuu)
 
Dalam sakit2 perut tu masih lagi saya makan pedas..pelikkan? Nak tahu ap menu saya hari ni? Haaaa....tadaaa...
Spicy Green Chili Fried Chicken
SPICY GREEN CHILI FRIED CHICKEN
Bahan2nya:
400gm Ayam - dipotong kecil digaul dengan garam & kunyit kemudian digoreng
*20 biji Cili Padi
*1 labu Bawang Besar Merah
Bahan bertanda * dikisar halus
1 senduk Minyak - untuk menumis
 
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang sehingga naik bau dan agak garing. Masukkan ayam goreng tadi kedalam cili. Kacau dan masak sehingga cili dan ayam sebati dan benar2 masak. Jika kurang rasa garam bolehlah ditambah. Angkat dan hidangkan...dan saya makan dengan ini...

Kangkung Goreng
Kangkung ni goreng biasa je. Tumis bawang putih yangbanyak (sebab saya suka makan bawang putih) masukkan sayur kangkung dan sedikit serbuk secukup rasa maggi sebagai perasa...itu je. Ooooppaa san serbuk lada putih.

Friday 9 November 2012

KINI KEMBALI...

 
Salam...amboiii...lamanya tak update blog. Lamanya tak masukkan resipi baru. Semenjak tragedi 24hb Ogos lepas sehingga lah ke hari ni, seminggu 3 kali kena ke hospital untuk terapi. Pergerakan juga terbatas. Paling penting nak menyesuaikan diri dengan keadaan tangan ni. Macam2 yang berlaku dan terbatas sekarang ni. Tapi apa nak buat merungut pun tak guna benda dah jadi. Kena redha dan terima serta cuba menyesuaikan diri..itu je yang dapat dibuat sekarang ni.

Dalam keadaan macam ni pun untuk makan sendiri masih masak juga. Tapi untuk berniaga minta maaflah banyak2 sebab memang tak mampu. Kadang2 untuk makan sendiri pun cara potonganya kurang cantiklah sikit. Maklumlah tangan sebelah. Insyaallah..kalau segalanya ok blog dan resipi akan berjalan seperti biasa semula.
Untuk kali ni apakata tengok je dulu gambar2 masakan yang dibuat dengan sebelah tangan k..layannnn..

Cucur Jagung Pedas

Nasi Hujan Panas

Semur Daging Betawi MyChef

Stir Fried Beef with Vege

Rendang Asam Sotong

Terung Goreng Taucu Bersama Udang Kering

Dried Chili Chicken With Cashew Nuts
Insyaallah kesemua resipi ni akan dikongsi dari masa kesemasa.Tangan dah mula sakit bila dipaksa mengetuk keypad ni...daaa...