Followers

Friday, 22 February 2013

Sausage Bun

Salam semua.. Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk terus berkongsi ilmu bersama semua kawan2.

Setiap hari sarapan benda yang sama je..boring kan. So hari ni akak tergerak hati nak buat roti yang memang famous di kalangan blogger2 masakan. Dan yang akak ingatlah resepi ni mulanya dari Kak Hanieliza dan dari situ ramai yang mencuba dan alhamdulillah semuanya tidak mengecewakan. Nak tau resepinya boleh  klik disini.


Tak secantik dan segebu tuan punya resepi tapi Alhamdulillah boleh makan dan sedap still lembut gitu..Akak suka kalau nampak garing2 sikit atasnya. Cubalah..selagi kita fikir ia susah maka susahlah ia. Tapi kalau kita fikir kita mahu mencuba dan tak mahu mengalah..insyaallah kita mampu buat yang penting rajin.. Cubalah..


Thursday, 21 February 2013

Kek Cinta Hati


Tengah2 sibuk pasal lagu terbaru Shila Amzah akak pun apa lagi mendeco dan mendeco lah..maka terciptalah kek ini...Kek Cinta Hati..hahahahahaha



Resipi kek akak guna resipi rainbow cake yang biasa ada di internet tapi akak tak buat rainbow colour sebab tak suka terlalu banyak colouring. Manakala creamnya pulak akak guna buttercream dan bow yang atas kek tu akak gunakan white chocolate.

Selalunya orang guna fondant untuk nampak cantik tapi personal opinion akak, fondant ni memang cantik tapi kandungan gula terlalu banyak. Biasanya kalau kek yang melibatkan fondant ni perlu dibuat awal 2-3 hari dan kalau deconya banyak lagi awal perlu buat. Renyah (banyak kerja yang perlu dilakukan) sebab tu harganya mahal.

Tapi apapun semua ni ikut citarasa masing2lah kan...

Akak dah plan nak buat kek ni dah lama tapi sebabkan hari tu Valentine's Day akak tangguhkan dulu takut nanti orang kata akak buat kek sambut Valentine's pulak..kan haru...

Dan balancenya jadilah iniiiii....


Anyway nak buatnya makan masa sehari jugalah sebab buat kek, tunggu sejuk pastu sapu cream pada kek, simpan dalam fridge semalaman  atau atleast 4 jam. Pastukeluarkan dan deco.. tu belum kira masa nak buat  bow lagi tu...kadang jadi kadang2 kalau expert pun ada je masalahnya.

Tapi kalau makan tak sampai 1/2jam dah jadi macam ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.

 

Wednesday, 20 February 2013

CONTACT NUMBER


Untuk Sebarang Pertanyaan & Tempahan Sila Hubungi/SMS
Kak Hasnie di talian 017-328 7554
Email: granddishcafe@yahoo.com
FB: Granddishcafe KL

Sunday, 17 February 2013

MENU MUDAH DAN CEPAT..PUFF SARDIN

Salam..hhmmm dok busy dengan chocolate, cupcakes, terlewat pulak nak update blog ni..
Ni nak bagi idea (rasanya dah ramai dah tau) walaupun rasanya resepi ni dah lapuk tapi insyaallah cepat dan mudah dibuat.

Memang ramai yang dah tahu buat tapi pada yang masih tak tahu bolehlah tengok caranya dibawah ye.

Menu ni mudah tak perlu nak menguli bagai. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Nak tau? Jom layan..

PUFF SARDIN


1. 1 pek Roti Paratha brand Kawan (alamak..tak nampak brand pulak dah gambar ni).

2. Keluarkan dari plastik dan letak atas papan pemotong atau papan canai yang telah ditaburkan dengan tepung gandum supaya tidak melekat. Potong 4.

3. Ambil 1 bahagian dan letakkan inti sambal sardin (inti apapun boleh, ikut selera).

4. Lipatkan menjadi tiga segi. Tekan sekeliling dengan garpu dan hiris nipis bahagian atas puff tersebut.

5. Susun atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega. Sapukan telur kuning diatas puff.

6. Bakar dengan oven pada suhu 170C selama 10-15 minit mengikut jenis oven masing2.

7. Masak sehingga keperangan. Angkat dan sapukan butter atas puff ketika puff masih untuk puff kelihatan berkilat dan cantik.

8. Ready untuk dimakan...makan panas2 tak sedar habis sepeket roti paratha tu..hehehehe

* Akak masak sardin macam kita selalu makan dengan nasi tu je. Tumis bawang putih, cili boh, sardin dengan sos nya sekali, bawang besar didau. Perasakan dengan garam gula.
Kalau nak tukar dengan inti karipap pun sedap juga...ikut selera.

Selamat Mencuba...



 

 

Friday, 8 February 2013

HOMEMADE CHOCOLATE

Selepas membuka cafe, makanan bungkus dan katering kini Grand Dish melangkah setapak lagi dengan membuat homemade chocolate. Agak baru tapi insyaallah dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Akak sendiri adalah penggemar dark dan bitter chocolate. Sejak lidah mula makan dark/bitter chocolate, milk chocolate dah tak dapat diterima dek tekak ni. Walaubagaimanapun untuk pelanggan akak pelbagaikan rasanya iaitu:

1. GDC Milk Chocolate (plain/with nuts/edible image/lollichoc)
2. GDC Dark Chocolate (plain/with nuts/edible image/lollichoc)
3. GDC Bitter Chocolate (plain/with nuts/edible image/lollichoc)

Harga diantara RM0.80 ~ RM2.50. Packing kami seperti dalam gambar. Jika ada special requirement untuk packing akan di caj berasingan.

Choc A
Ini contoh yang mengandungi nuts/kekacang seperti Badam Cincang dan Kacang Hazel. Shape/bentuk bergantung kepada permintaan samada nak campur2 bentuk atau sejenis sahaja. 

1. Plain (Non Colour) Chocolate atau dengan sedikit lorekan white chocolate
    1pc ~ 300pcs - RM0.90/pc
    301pcs ~ 500pcs - RM0.85/pc
    500pcs keatas - RM0.80/pc

   Dengan Badam Cincang (Chopped Almond) atau Fruit Paste Filling
   1pc ~ 300pcs - RM1.00/pc
   301pcs ~ 500pcs - RM0.95/pc
   500pcs keatas - RM0.90/pc

   Dengan sebiji Hazelnut
   1pc ~ 300pcs - RM1.20/pc
   301pcs ~ 500pcs - RM1.15/pc
   500pcs keatas - RM1.10/pc


2. Coloured Chocolate
    
    1pc ~ 300pcs - RM1.00/pc
    301pcs ~ 500pcs - RM0.95/pc
    500pcs keatas - RM0.90/pc

   Dengan Badam Cincang (Chopped Almond) atau Fruit Paste Filling
  
1pc ~ 300pcs - RM1.10/pc
   301pcs ~ 500pcs - RM1.05/pc
   500pcs keatas - RM1.00/pc

   Dengan sebiji Hazelnut
   1pc ~ 300pcs - RM1.30/pc
   301pcs ~ 500pcs - RM1.25/pc
   500pcs keatas - RM1.20/pc



Choc B
Ini contoh Oreo Chocolate with Edible Image. Edible image bergantung pada stok dan permintaan. Untuk image custom made boleh dibincang.


GDC Love U Lollichoc


 1.   Oreo Chocolate with Edible Image
       1pc ~ 300pcs - RM2.40/pc
       301pcs ~ 500pcs - RM2.35/pc
       500pcs keatas - RM2.30/pc

2.    Oreo Lollichoc with Edible Image
       1pc ~ 300pcs - RM2.50/pc
       301pcs ~ 500pcs - RM2.45/pc
       500pcs keatas - RM2.40/pc

3.   Love U Lollichoc
       1pc ~ 300pcs - RM1.00/pc
       301pcs ~ 500pcs - RM0.95/pc
       500pcs keatas - RM0.90/pc

 Packaging


Sebahagian dari design kami

*Minimum Order 50pcs.
*Tempahan kurang dari 300pcs ~ order 3 hari sebelum tarikh majlis.
*Tempahan 300pcs keatas ~ order 2 minggu sebelum tarikh majlis.
*50% deposit diperlukan sebaik tempahan disahkan.
*Self Collection atau Delivery boleh dibincang (Caj RM8~RM15 mengikut tempat)

Berminat/sebarang pertanyaan  hubungi Hasnie 017-3287554




Monday, 4 February 2013

KATERING GOV EVENT 03022013

Semalam 03hb Feb 2013 ada katering makanan bungkus untuk goverment event. 2k bungkus nasi ayam. Alhamdulillah..jom layan gambar je lah..masa packing tak sempat nak snap sbb tuan empunya diri pun turun padang...

 
Thanks kepada En. Lan dan En.Farid yang beri kepercayaan pada kami. Terima kasih daun keladi....